Tidak Amanah ! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 19, 2016

Tidak Amanah !

jujur dan amanah dalam islam

Assalamualaikum wbt!

Aku ni dari kecik dibesarkan oleh arwah opah sampailah umur 16 tahun... Kiranya aku paling lama laaa dengar arwah.. So aku banyak bercerita dengan arwah daripada mama aku sendiri...

Opah ni jenis amanah.. Aku ceritalah apapun.. habis situ je.

Jenis aku suka berkongsi cerita... lepas arwah opah meninggal.. aku jadi sunyi... Ada je mama setiap masa tapi aku tak berani langsung nak cerita pasal luar dalam... dulu dengan arwah opah watlek watpis je aku cerita...

.. So membesarnya aku.. aku lebih selesa bercerita dengan orang luar tentang dosa apa yang aku lakukan dan sebagainya... tanpa memikirkan apa natijah yang bakal aku dapat selepas itu..

Memang... memang dia berjanji... Sumpah Wallahi segala bagai... tapi....

... Dari seorang yang tahu pasal silam aku... meleret-leret sampai orang yang takde kena mengena pun tahu ... Sehinggakan menjadi pengajaran pada aku supaya TAK PAYAH NAK PERCAYAKAN SESIAPA ! seriously, sejak tu aku jadi lebih pendiam...lebih pemendam orangnya...


Daripada Anas bin Malik r.a,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

 Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah,
dan tiada agama bagi yang tidak berpegang pada janji.. ...

[Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.