TIADA ANAK PUN TAKPE, NAMA ANAK TETAP ADA... - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 03, 2016

TIADA ANAK PUN TAKPE, NAMA ANAK TETAP ADA...

TIADA ANAK PUN TAKPE, NAMA ANAK TETAP ADA - Bersyukur tu jangan cakap laaa.... sangatlah bersyukur... Entahlah... ada perasaan yang aku tak boleh nak describes macam mana... Kaklong bukan darah daging aku pun.... Maklong dengan Mama bukan adik beradik sama bapa.... cuma adik beradik seibu.... Tapi kami dengan anak2 maklong memang rapat ibarat air kau cincang banyak kali pun tak putus...

Baby ni baru lahir tanggal 28 Januari 2016 ... Anak kaklong sebenarnya... Tapi biasanya kami memang gembira menyambut orang baru....Anak2 kaklong pun rapat dengan kami...

Lahirnya baby ni tanpa nama sebenarnya.... sebab kaklong pening nak bagi nama apa... so dalam 2-3-4 hari tu depa panggil je nama baby ni Fatimah laaa... Umairah laaa... Siti Khadijah laaa.... gara2 nama rasmi takde lagi....

Seperti biasa... aku kalau tengok baby mulalah datang perasaan moody... mood jadi sebakkk laaa... sedih laaa... teringin beb nak anak sendiri walaupun ada laaa cuak nak bayangkan baby tu lahir... Tapi kesakitan tu nikmat mungkin, bila yang kau lahirkan zuriat dari benih suami sendiri.....

Dalam pada kaklong belum bagi nama tu... aku upload la kat Facebook... nama sementara untuk baby -------- Amirah Delisha ...  itu kejadian smalam..

Tup2 tengok whatsapp... Kaklong amik nama yang aku bagi tu sebagai nama rasmi baby... iaitu Ameerah Delisha --- Puteri Yang Membahagiakan ...

12644751 10204177702723067 2356524728942165522 n
Dapat menyebut nama kamu setiap masa... ibarat kamu anak bonda... walaupun bukan susu bonda yang kamu minum... Bonda harap Ameerah Delisha akan menjadi seorang insan solehah yang benar-benar membahagiakan Mummy & Daddy....

2 comments:

  1. In sha allah.. ada hikmahnya tu.. ada rezeki nanti..

    Lama tak singgah sini.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Semoga rezeki Allah tu tiba pada masa yang dah ditentukan Allah...
    Saya doakan untuk semua...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.