REVIEW FILEM - The Uninvited : Pembunuh Yang Tidak Sedar Dia Membunuh



Assalamualaikum wbt !
Morning all.

Stay kat Teratak Bonda... memang aku jadi gila movie..
Sebab aboy rajin download -- mementang Unifi laju... keh !

The Uninvited ni dah released tahun 2009...
Tapi aku baru tengok harini......... hentam je laaa.. citer baru2 tak keluar lagi --


SINOPSIS : Mengisahkan tentang Anna, seorang gadis cantik yang baru keluar dari hospital sakit jiwa.. Pakar terapi menyuruh Anna untuk mengakhiri apa yang telah dia mulakan.. Bila pulang, Anna mendapat tahu Rachel, seorang jururawat yang pernah merawat ibunya, ada hubungan dengan bapanya...

Di rumah, Anna sentiasa bersama dengan kakak dia, Alex.. Alex pun tidak menyukai Rachel kerana baginya, Rachel yang telah membunuh ibu mereka...

Kedua beradik ni tadi buatlah siasatan sendiri... Anna mengalami halusinasi dari roh2 yang telah mati termasuk roh ibunya.. Roh2 tersebut seperti memberi isyarat dan menghasut Anna seolah Rachel punca segalanya...

Anna jugak semakin percaya bahawa rumah mereka yang terbakar sebelum ini semuanya angkara Rachel... Satu demi satu kematian berlaku sekeliling Anna namun apabila dia memberitahu ayahnya... ayahnya tak percaya...

In the end... rupanya Anna sendiri yang melakukan segala pembunuhan dan kebakaran tu -- 
Alex pulak?? Alex hanyalah illusi Anna semata2... Alex dah lama mati masa kebakaran yang melibatkan ibunya tu...



REVIEW :

1) Cerita ni awal2 memang penuh teka teki.. Lakonan Emily Browning memang sesuai dengan watak gadis psiko..

2) Bagi aku tiada yang cacat dan cela dalam cerita ni.... sebab aku tak boring dan makin curious siapa sebenarnya Rachel... dan apa kaitan roh2 dalam kisah ni...

3) Ending... Alex membunuh Rachel... Sampai ayahnya memberitahu Anna bahawa Alex sudah mati... Disitu ada cutscene yang menunjukkan apa yang berlaku.. Maka terlerai segala suspen...

4) Filem ini adalah remake dari cerita korea berjudul The Tale of Two Sisters/... hakakkk bagi 4/5 bintang...

Sekian.



REVIEW FILEM - The Uninvited : Pembunuh Yang Tidak Sedar Dia Membunuh REVIEW FILEM - The Uninvited : Pembunuh Yang Tidak Sedar Dia Membunuh Reviewed by Tunsha Ayunie on February 15, 2016 Rating: 5

3 comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.