SINOPSIS & REVIEW - THE THEORY OF EVERYTHING : ADAPTASI KISAH BENAR TENTANG STEPHEN HAWKING - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 25, 2016

SINOPSIS & REVIEW - THE THEORY OF EVERYTHING : ADAPTASI KISAH BENAR TENTANG STEPHEN HAWKING

SINOPSIS & REVIEW - THE THEORY OF EVERYTHING : ADAPTASI KISAH BENAR TENTANG STEPHEN HAWKING - Cadangnya malam tadi nak layan hindustan, tapi sebab dah terbukak HBO maka aku layanlah cerita ni - The Theory Of Everything . Aku kan suka cerita ala2 non-fiksyen @ fiksyen kan so layankan je laaa sambil makan nasi goreng ayam yang pedas ittew.

theoryofeverything1

TITLE : THE THEORY OF EVERYTHING
GENRE : Based on true story
DIRECTOR : James Marsh
STARS :  Eddie Redmayne, Felicity Jones & Tom Prior

SINOPSIS
Kisah ini adaptasi dari kisah benar tentang Stephen Hawking, seorang pakar fizik yang menggunakan ideologi dan teori.. Stephen Hawking - adalah seorang genius dalam bidang fizik.. Dia telah jatuh cinta dengan seorang siswa Cambrigde bernama Jane Wild.. Pada mulanya Stephen seorang yang sihat tetapi malangnya tidak lama selepas itu, dia di-sahkan lumpuh..

theory

Jane tetap setia dengan Stephen dan sentiasa memberi semangat kepadanya... Akhirnya mereka berkahwin dan mempunyai 3 orang anak... Dalam kesetiaan Jane pada Stephen, Jane telah menjalinkan hubungan dengan guru koir di gereja... Jonathan.

Setelah sekian lama, Jane dan Stephen berpisah dan Jane berkahwin dengan Jonathan.





REVIEW

Dah tengok sampai habis baru aku sedar yang cerita ni adaptasi kisah benar.


Aku teruja tengok watak Jane. Bukan teruja malah kagum pun sama. Ada jugak seorang isteri yang sanggup bersabar mengharungi beberapa tahun dengan seorang suami yang tak mampu buat apa2.


Aku sedih bila Jane curang.


Lakonan Eddie Redmayne sebagai Stephen Hawking tersangatlah menjadi.


Aku rasa nak tengok lagi --


Sebenarnya nak ikutkan aku nak gak arr cerita serba sikit pasal Stephen Hawking ni tapi panjang bebenar kisahnya... Korang bolehlah nak baca kat wikipedia kalau rajin.... Haaaa kalau aku rajin nanti aku taip laaa kisah tokoh yang berilmu ni ye... Aku kagum dengan semangat dan kekuatan dia serta kepandaian dia, walaupun --------- dia tidak percaya Tuhan.

Sekian.

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.