#REVIEW - Telemovie Alida (Astro Ria) - Tunsha Ayunie Punya Belog

February 18, 2016

#REVIEW - Telemovie Alida (Astro Ria)

alida1

SINOPSIS
Kisah tentang sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Iman, yang juga merupakan pengidap kanser. Sebab diorang ni taknak Iman sunyi, maka diorang amik lah seorang anak angkat bernama Alida..

Alida pada mulanya baik, tiba2 bertukar identiti.. Alkisahnya Alida ni menghadapi tekanan... Hayat dia asyik kena pukul dengan bapak dia, dan mak dia mati kena bunuh dengan bapak dia... so dia trauma..

Dalam kebaikan Alida, perlahan2 dia menjadi jahat dan pembunuh dalam diam.. Kira cam psiko laa... Sebabnya?? Mak dia berskandal dengan bapak angkat dia, dan bapak dia berskandal dengan mak angkat dia... So dia nak balas dendam laa... Bagi dia.. keluarga angkat dia ni laa punca keretakan keluarga dia sehingga dia jadi yatim piatu ---

REVIEW
  • Cerita ni ada copycat sikit cerita omputeh tapi aku tak ingat tajuknya... Haha!
  • Ending cerita ni, yang kena tangkap adalah mak angkat Alida kerana disyaki mendera Alida dan membunuh suami dia sendiri.
  • Alida terlepas dan terus menjadi pembunuh.
  • Watak Iman mati begitu saja... That's mean penonton tak tahu apa yang jadi dengan Iman lepas dia masuk hospital.

Cerita ni pun takdela seram mana... Itupun aku layan sebab tak boleh tido akibat menadah telinga dengaq rakyat cina dumdamdundam sana sini... Plus perut aku kembung so layankan je laa Alida ni... Cerita dah lama, tahun 2011.. hoho

Sekian.

3 comments:

  1. wah nice review! tapi based on jalan cerita, might need to pass it lah sebab Fifi jenis yg penakut so takut late at night termimpi2 pulak si Alida tu :D

    ReplyDelete
  2. Cerita dah lamalah ni tapi serius memang akak tak pernah tengok pun. Akak suka cerita ala-ala suspense thriller tapi tak tahulah cerita ni memenuhi syarat tontonan akak ke tidak :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.