REVIEW FILEM - SINISTER (2012) : Rasukan Dewa Pemakan Budak - Tunsha Ayunie Punya Belog

February 05, 2016

REVIEW FILEM - SINISTER (2012) : Rasukan Dewa Pemakan Budak

Sinister Quad Final1

REVIEW : SINISTER (2012) || Nellison OSwalt adalah seorang penulis buku yang berkisarkan tentang kisah jenayah.... Mempunyai seorang isteri Tracy Olwatd, dan 2 orang anak, Ashley & Trevor..

sinister 2 035

Kisah bermula dengan Super 8.. iaitu rakaman tentang sebuah keluarga yang mempunyai 5 orang ahli... Tapi 4 orang ahli telah ditutupi kepala mereka dengan sarung guni.. dan leher mereka diikat dengan tali dan digantung di pokok berdekatan rumah mereka...

Beberapa bulan lepas tu... Ellison dengan keluarga dia berpindah kat rumah keluarga yang mati tergantung tu.... Kat situ kejadian pelik bermula bila anak perempuan dia Ashley suka melukis kat dinding dan anak lelakinya Trevor mula bersikap pelik....




Ellison ni bercadang nak gunakan kes "Keluarga Tergantung" ni sebagai asas untuk buku barunya... dan dia cuba mendedahkan nasib seorang lagi ahli keluarga tergantung ni yang telah menghilangkan diri, iaitu Stephanie.. budak yang berumur 10 tahun...

Dia jumpa sebuah kotak di loteng yang dah siap dengan projektor dan tape rakaman.. Setiap tape tu dah ada label & tajuk dah... Setiap tajuk tu pulak adalah peristiwa jenayah yang melibatkan kehilangan kanak-kanak...!!

sinister still 2


2012 10 10 sinister filmreels

Peristiwa itu menggambarkan keluarga yang dibunuh dalam cara yang berbeza-beza ; Terikat pada kerusi ketika berjemur dan dilemaskan dalam kolam (Pool Party '66), yang terikat dengan mulut mereka ditutup dan dibakar dalam kereta (BBQ '79), mati kerana berlanggar dengan mesin pemotong rumput (Lawn Work '86), yang diikat dan ditutup mulut mereka dan seterusnya leher dikelar (Sleepy Time '98), dan ahli-ahli yang digantung (Family Hanging Out '11).


sinister2

Ellison mengenal pasti ada satu kuasa jahat di dalam video Pool Party... Ianya dipanggil Bughull, satu kuasa yang menggunakan jiwa kanak2 untuk meneruskan hidup... Dan jasad kanak2 itu akan menjadi hamba kepada kuasa jahat ni tadi...

Itu antara sikit2 punya sinopsis... Panjang kalau nak cerita semua... Haha !


SS Web Flower Divider

REVIEW - Bagi aku cerita ni more to suspen laa... bagi aku biasa je... takde laa seram sangat pun.... Cuma memula tu buat kita curious, siapa yang buat rakaman tentang pembunuhan tu?? In the end memang laa akita tahu siapa yang buat ! Cuma watak Bughull tidak diketengahkan padahal dialah 'hero' dalam filem ni.... Aku ada rasakan sedikit keseraman dan sebab aku betul2 menghayati cerita ni.... 3/5 je laaa aku bagi sebab adegan seram tu bila dah nak ending je..... Memula start agak boring gak arr...

kbai.

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.