REVIEW FILEM - Langit Cinta : Percintaan Segi Tiga - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 14, 2016

REVIEW FILEM - Langit Cinta : Percintaan Segi Tiga




Assalamualaikum wbt !
Long time no see --- ok tipu .

Aku lepak Teratak Bonda lagi ni so memang takde nak menepek jari kat keyboard...
Cuma harini gatal jari nak menaip review plak... hiks !

Baru layan cerita Langit Cinta arahan Osman Ali... 
Iaitu pengarah yang sama mengarahkan filem Ombak Rindu --



SINOPSIS : Kisah cinta antara Aliff Zurkarnain dan Khadijah yang ditentang hebat oleh keluarga Aliff namun dia bertekad untuk memperisterikan Khadijah jugak... Asalnya Aliff ni anak yang patuh tapi disebabkan dia jatuh hati dengan kesederhanaan Khadijah, maka dia mengambil keputusan berkahwin walaupun keluarga dia tidak setuju...

Dalam keadaan Khadijah sarat mengandung, Aliff terpaksa meninggalkan isterinya kerana bapanya jatuh sakit... So Aliff laaa yang kena uruskan perniagaan bapak dia... Nak jadi cerita... Aliff kemalangan dan lupa ingatan...

Sepanjang dia lupa ingatan tu.... Dia meluangkan masa dengan Suzana, anak kepada kawan ibunya... Yang berkawan dengan Aliff sejak kecil...

Pelbagai dugaan yang diterima oleh Khadijah ketika cuba mencari Aliff... Dia dihalau dari rumah mertuanya dan hampir dirogol.... Selepas bersalin, sahabat baiknya di kampung, Budiman berhajat untuk memperisterikan Khadijah..

Klimaks cerita, pernikahan tersebut dibatalkan kerana Aliff kembali bersama Khadijah.


REVIEW : 

1) Masa memula tengok cerita ni.... Seakan dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya... Ada yang dari sangkaan aku agak meleset...

2) Jalan cerita lebih kurang sama dengan Ombak Rindu cuma scene lelain je... Maksud aku... Olahan cerita adalah lebih kurang....

3) Fazura berlakon bersalin agak tidak real.. haha !

4) Cerita yang agak streotaip bagi aku.... semua jalan cerita seperti yang dijangka je... Takde yang lain dari yang lain..

Overall...
Aku hanya bagi 3/5 tanda support filem Melayu... 
Kalau boleh aku nak lebih lagi.... Apapun... Mama aku berjaya melelehkan airmata tengok cerita ni....

Sekian.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.