RESEPI : Bendi Goreng Belacan ala Amitabh Bachan - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 18, 2016

RESEPI : Bendi Goreng Belacan ala Amitabh Bachan

1098476 10204238086272618 7093405409811461724 n

Assalamualaikum wbt !

Aku kan sebenarnya tak boleh makan sayur hijau dan berkacang banyak sangat.. Sebab?
Pottasium aku akan jadi tinggi.. bila pottasium aku tinggi.. ianya akan menyerang jantung lalu ---

Mati. ok tipu -- but at least sentiasa akan kena serang heart attack, seriously.

Sebab aku dah kena..
Kekadang rasa menyampah -- asyik sakit je tapi redha la sebab Tuhan kan sayang aku...

kk -- aku tak nak melencong dari tajuk asal kang kata aku mintak simpati pulak.. MANA ADA !

Bendi goreng belacan ni aku belajar makan masa aku kerap beli ayam masak lemak cili api kat De'Abang nun di Rawang sana... selalu aku partner kan ayam aku tu dengan kangkung goreng.. Tapi sebab takde, brandi pun brandi laaa... opss! bendi ...

RESEPI BENDI GORENG BELACAN
Bahan-bahan :
Beberapa batang bendi (aku potong serong2 kecik2 senang masak)
(Kisar/tumbuk)
Seketul bawang merah
3 ketul bawang putih
2-3 biji cili api
1 inci belacan
Segenggam ikan bilis
*
1 sudu kecik Pasti Sedap Knorr

Optional
Garam
Gula
Serbuk perasa

*Aku tak guna barang optional tu sebab dah letak Pasti Sedap Knorr

Cara-cara :
  • Tumis je bahan kisar tu sampai garing, lepas tu campak bendi, gaul2 je.
  • Lepas tu letak air sikit... dah nama bendi mesti laa akan keluar lendir2 dia tu sikit.
  • Then campak laa Pasti Sedap Knorr .. ok aku tahu part ni ngelat... tapi biarlaaa... haha !
  • Aku tutup kejap guna tudung periuk.. Bagi wap dia memasakkan bendi itu..

Aku memang suka masak sayur ni sebab tuan suami kalau makan bertambah nasi.... Rasa macam senang je kerja aku... Dulu waktu susah tinggal merempat kat Selayang tu... Ini jee laa lauk kami... ehh takde laa rasa susah sangat... ingat ikan bilis tu murah??

kbai.

10 comments:

  1. amitabbachan???

    msti sedap ni....pndai msk auni ni..

    aritu lya msk ayam cilipadi resepi simple auni up kt FB.. mmg thorrbaekkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... menjadi ke? haha resepi simple je pun kak lya :)

      Delete
  2. Ni tolong jawabkan kemusykilan akak ni...

    Macamana pulak tetiba Amitabh Bachan dapat nama? Masak pun tidak. Belikan bahan mentah pun tidak! Hahaha!

    Akak tak makan sayur langsung jadi sekarang ni telah terima akibatnya. Sakit satu badan ni. Mata pun makin teruk rabun orangtuanya walaupun umur takdalah tua mana (lagi tua daripada awaklah, Dik...)

    Akak pernah beberapa kali beli brandi, eh bendi ni kerana anak nak buat cop-cop lukisan di sekolahnya, bukan untuk dimasak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa Amitabh Bachan sumber inspirasi laaa mamikkk.... Sambil tengok belacan tetiba terbayang Amitabh Bachan...

      Laaaa tak makan sayur langsung?? Sha makan ikut jenis gak... kekadang tak lalu jugak... rasa macam daun aje !

      Hhahaha kita pun sama, suka main cop2 guna bendi dulu mamik...

      Delete
  3. aduii.. sedapnya... tapi dah tak boleh makan bendi...

    ReplyDelete
  4. Ada belacan masak mcm tu mmg kompom sedap... :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.