February 20, 2016

RESEPI : Ayam Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi

12742756 10204237971069738 65743568292995855 n

Assalamualaikum wbt!

Ada orang suka ayam tu digoreng terlebih dahulu... itu style apa aku kurang pasti... emm... ok, ni edisi ulang-tayang resepi tapi ada sedikit adjustment dalam resepi ni...

Haritu aku balik Rawang, kemain semangat nak masak... Sebab? Aku dah berbulan tak masak disebabkan mak mertua aku selalu conquer dapur... Kalau dia tak conquer pun... aku yang malas masak... sebab? hmm biarlah rahsia ye...

--- haaa sambung !

Balik Rawang aritu aku semangat bikin ayam masak lemak ni sebab tuan suami dengan Lia suka makan... Seronok aku tengok Lia... dia mengadap aku punya ayam masak lemak macam sedap sesangat je... haha ! well... bila kita masak and orang suka makan, hati mana tak happy... kannnnnn....

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API PEDAS BERAPI
Bahan-bahannya :
(Perap)
Beberapa ketul ayam - in my case aku guna 5 ketul ayam je
Garam
*
(kisar)
25 biji cili api
1 1/2 inci kunyit hidup
1 inci belacan
*
serai - ketuk
2 ulas bawang putih - ketuk
1 kotak santan
1 cawan air
Pasti Sedap Knorr/kiub ayam

Cara-caranya :-
  • Kisar cili api, kunyit hidup dan belacan..
  • Letak ayam dalam kuali ke periuk ke... lepas tu masukkan bahan kisar tadi...
  • Menggunakan api slow, gaul2 ayam dengan bahan kisar, campak serai dengan bawang putih, biarkan bahan kisar tadi kering bersama ayam.. (Aku saja slowkan api bagi ayam mesra dengan bahan kisar dan bagi ayam masak tanpa darah2 ayam keluar.. sambil tu boleh tengok TV.. lalalalala)
  • Tutup dengan penutup kuali/periuk.
  • Bila dah kering, masukkan air, gaul, lepas tu masukkan santan, kacau..
  • Garam tak payah letak dah sebab tadi dah gaul dengan ayam..
  • Masukkan bahan perisa... Ini kalau nak sedapkan lagi.... kalau tak letak juga tidak mengapa (kiub ayam/pasti sedap knorr/secukup rasa maggi/apa2 je laa)..
  • Rasalah... kalau tak cukup garam letak laa garam... tak cukup pedas letak arr cili lagi... haha ! kalau dah ok... biar didih kejap, tutup api...

Resepi aku ni... kuah agak pekat sebab tuan suami dengan Lia dengan aku jugak suka kuah pekat... Korang boleh tambah air kalau nak kuah cair sikit... Makan pulak dengan Bendi Goreng Belacan ala Amitabh Bachan memang pedepoOowwp!!

Sekian terima kasih ^^

3 comments:

  1. Mak aiihh..25 bijik. Tapi lagi pedas memang lagi best

    ReplyDelete
  2. perghhh tsedap sis... leh cuba gak ni... hehe

    ReplyDelete
  3. KALAU DKT DGN TUNSHA BOLEH MINTA AYAM MSK PEDAS SEKETUL HEH..HEH..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.