PETUA MASKER DARI KUNYIT YANG SANGAT BEST - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 25, 2016

PETUA MASKER DARI KUNYIT YANG SANGAT BEST

PETUA MASKER DARI KUNYIT YANG SANGAT BEST - Assalamualaikum wbt. Rutin aku waktu single dulu... adalah sentiasa buat researh petua orang lama2... Especially bab kecantikan laa... Selain makan ulam, apa skincare yang orang2 dulu guna untuk dapat muka halus tanpa jerawat??

Banyak petua aku jumpa -- by the way dulu aku ni hantu majalah Wanita.... suka bebenar aku dengan majalah itu.. haaa antara petua yang aku jumpa adalah campur tepung pulut dengan asam jawa pekat... Hasilnya? Kulit licin uolssss....

images


Saja jugak nak share pasal masker kunyit ni. Ada orang alah sikit dengan kunyit, tapi kalau kulit korang jenis tak berapa nak sensitif, bolehlah cuba ye?

Antara bahan-bahan yang boleh korang buat campuran untuk dijadikan masker adalah :

* 1 sudu kecil serbuk kunyit + 1 sudu kecil susu full cream + 1 sudu kecil madu

* 1 sudu kecil serbuk kunyit + 1 sudu kecil yogurt asli + 1 sudu kecil madu

* 1 sudu kecil serbuk kunyit + 1 sudu kecil air perahan lemon + 1 sudu kecil madu

Sapu semua bahan ni pada muka dan biarkan dalam 30 minit dan cuci dengan air suam. Buat dengan tertib serta kerap dan rajin maka selepas itu tengoklah hasilnya !

Kalau rajin buat.. sampai ke tua laa insyaAllah muka korang tak bermasalah. Jangan jadi macam hakakkk, sejak dah kawin hampir 3 tahun ni, buat derkkk je terhadap muka sendiri sampai jerawat yang tak pernah singgah seumur hidup ni pun tetiba buat 'rumah' atas hidung ni... haha !

Sekian.

6 comments:

  1. Replies
    1. Kuning laa jugak tapi takde laa ketara sangat.... Selalu lepas buat cuci dengan scrub :)

      Delete
    2. Haah..kena terus scrub lepas pakai benda ni.. kalau tak.. jadi alien la. hehe

      Delete
  2. penah try skali dlu ..rasa panas je muka..heheh
    mgkin muka MG tak sesuai kot :P

    ReplyDelete
  3. nanti muka kuning...jd spongebob. hehe

    ReplyDelete
  4. PETUA MENARIK TU MUDAH N MURAH...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.