Inilah 7 Wanita Yang Terlibat Dalam Gangster ! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

February 25, 2016

Inilah 7 Wanita Yang Terlibat Dalam Gangster !

s l1000

Assalamualaikum wbt !

Budaya gangster sudah tidak asing lagi dekat negara kita ni... Aku sendiri, terlibat sama --- eh ! Tipu je... Haha..

WANITA.

Peribadi seorang wanita adalah lembut. Tapi siapa sangka kalau seorang wanita itu adalah seorang yang kejam?? Siapa sangka jika wanita itu seorang yang ganas dan jahat dan ------------- segalanya yang kita tak sangka?


Judy Moran

JUDY MORAN - Ini Judy Moran, berumur 71 tahun.. Kalau korang nak tahu, dia adalah pemimpin gangster paling besar dekat Melbourne sehingga digelar "Family Matriarch".. Semuanya akibat kerana ahli keluarga dia sendiri terlibat dalam gangsterism... Suami dan anak2nya jugak mati akibat konflik kumpulan2 gangster.. hmm.... nampak kakyongggg sangatttt Nek Judy ni...


Xie Caiping

XIE CAIPING - Beberapa tahun yang lalu di kota Chongqing, China telah melakukan tindakan tegas untuk membanteras keganasan.. Satu operasi besar-besaran telah menangkap hampir 1,500 suspek yang kesemuanya berada di bawah kepimpinan Xie Caiping... Dia menjalankan perniagaan kasino dan bertanggungjawab mengawasi polis untuk melindungi anak2 buahnya.. Aku percaya citer ni sebab muka hakakkk ni macam mafia..


Sandra Avila Beltran

SANDRA AVILA BELTRAN - Mendapat gelaran Ratu Pasifik. Sandra dilahirkan dan dibesarkan untuk menjadi 'God Mother' di Mexico.. Bapa saudaranya adalah 'God Father' Mexico.. Sandra juga bertanggungjawab merapatkan hubungan antara kartel Valley del Norte Colombia dan kartel Sinaloa serta membantu mengembangkan aktiviti penyeludupan sepanjang Pantai Pasifik Mexico.. Dia kemudian dipenjarakan atas tuduhan jenayah yang terancang, pengubahan duit haram dan konspirasi pengedaran dadah... ish ish....


Rossetta Cutolo

ROSETTA CUTOLO - Alkisahnya dia menjadi gangster kerana sedih dan kecewa ketika saudaranya di tangkap polis Itali.. Dia telah meneruskan perniagaan yang dijalankan oleh saudaranya itu.. Akibatnya, dia disenaraikan sebagai suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana termasuk dalam keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali... Dia menghabiskan masa selama 10 tahun menjadi buruan polis dan akhirnya dia sendiri yang menyerah diri.. (Ni kira gangster baik sikit la)..


Maria Licciardi

MARIA LICCIARDI -  Tahun 1993 hingga 2001, Maria menjadi ketua keluarga Licciardi dan 'Capo di Tutti Capi', sebuah kumpulan gangster di Napoleon.. Maria memberi sumbangan terbesar dalam memperkenalkan industri pelacuran di Camorra.. Nampak muka pun dah macam jahat sangat !


Maria ' Chata' Leon

MARIA 'CHATA' LEON - Dia seorang ibu yang mempunyai 13 orang anak.. Baca je rasa seolah dia seorang ibu mithali yang tidak berbahaya tapi sebenarnya dia ketua sindiket pengedaran dadah terbesar hokeyy.. Yang menguasai timur laut kat Los Angeles dan Beirut... Walaupun macam tu... dia bagi pendidikan yang sempurna pada anak2 dia... haih... kenapalah ye pilih jalan yang merangkul nyawa sendiri... ?

Griselda Blanco

GRISELDA BRANCO - Kalau bebudak umur 11 tahun masih bermain hide and seek, Blanco ni pulak masa umur 11 tahun dah pandai buat aktiviti menculik, bahkan jugak membunuh ! Selain itu Blanco dikenali dengan nama Black Widow ! Selain dari kisah penculikan & pembunuhan tu.. Blanco jugak terlibat dengan perdagangan kokain.. Kenapa Blanco jadi sebegini?? Sebab perjalanan hidup dia tak best... muda2 dia habiskan masa dia kat rumah pelacuran..

Daripada kisah2 kat atas ni... ada yang jadi jahat sebab keadaan terdesak... ada yang marah dengan kehidupan masing2... entah --- bagi aku, masing2 ada SEBAB kenapa mereka jadi JAHAT & KEJAM !!

Nak jadi KUAT?? Senang je... klik sini --» ANDA MAMPU SELAMATKAN DUNIA !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.