February 25, 2016

Bahan Semulajadi Ini Mengatasi Kulit Yang Bermasalah !

TSS Skin Problem

Assalamualaikum wbt !

PEREMPUAN.

Tidak lari dari mengalami kulit yang bermasalah... Sama la dengan aku pun... Kusam je muka.. Kekadang malu gak kat suami walaupun dia asyik cakap aku comel but as a womannnn laaa sangattt... of coz laaa akan rasa rendah diri dengan kekusaman muka ni...

Kalau kat rumah mama nun di Rawang, rajin laaa aku lumur kunyit + madu .. Tapi kat rumah mertua ni malas bebenau kekdahnya... ntah laa... hakikatnya aku tidak selesa di rumah ini but I have no choice... ergh !

Ok ok... terlebih sangat mukadimah..

Tahukah anda?
Bahawa anda boleh jadi cantik dengan bahan semulajadi? Tak perlu nak guna produk memahal? Arghhh aku tahu ni ayat cliche tapi nak jugak share untuk pengetahuan aku dan kamu22222---------!

peria

PERIA
Ini buah peria walaupun dia kategori sayur .. (ke buah??.. lolz) .. Peria sedap dibuat goreng tepung... Nanti ada masa aku share resepi ye... Haaaaa.... 

KEBAIKAN
Kaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan terbaik melawan radikal bebas... Juga kaya dengan flavonoid seperti karotin, lutein, zea-xanthin dan vitamin A... Semua ni bergabung untuk menghalang penuaan pramatang kulit... 

Haaa patutlaaa orang dulu muka takde jerawat... ishh awatlah aku terlibat dengan pemakanan tak sihat zaman ni??

seaweed

RUMPAI LAUT
Rupa macam agar2... Dulu aku obses gak makan kolagen rumpai laut ni... Tapi mahal nak mati tak sanggup aku nak beli... yelaaaa gatal nak makan yang gred A punyaaa... hiks !

KEBAIKAN
Tergolong dalam keluarga alga yang kaya dengan vitamin dan mineral.. Mempunyai sifat anti-radang yang memberi kesan positif pada kulit dan menenangkan.. juga mengelak masalah kulit kering dan jerawat...

Selain makan, korang boleh sapu kat muka... seriously, memang best ! Tapi macam aku kata laa.. dalam condition aku, aku tak mampu dah nak beli rumpai laut ni... setakat seaweed yang banyak ajinomoto dalam packing tu aku mampu leeeee tapi itu dah takde khasiat sangat dah....

teatreeoil

TEA TREE OIL
Minyak ni aku dah biasa dengar... Nampak banyak foamy wash yang menggunakan minyak tea tree ni... namun aku tidak pernah menggunakannya... baru bercadang-cadang sahaja --- ok aku faham bahasa aku baku ...

KEBAIKAN
Bersifat antibakteria dan membunuh kuman.. Juga bersifat antiseptik untuk merawat kesan terbakar, gigitan serangga dan gatal2 kulit..

Kalau rajin sapu2 kat muka atau satu badan... dapat lahhh hasil yang memuaskan.... tetiba aku teruja nak guna tea tree oil ni... Kalau berkesan nanti aku review lah ye... ahaks !

So itu je laaa entri panjang lebar yang belum tentu ada orang baca ni... Aku tak boleh elak diri dari taip pepanjang.... rasa takde kepuasan taip pependek..

Sekian, kbai ~

1 comment:

  1. tunsha ayunie,, minta share sikit ramuan yang awak selalu buat kat rumah tu,, madu + kunyit tu hehe,, boleh belajar n macam mudah je nak disediakan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.