REVIEW FILEM - Unfriended : Dendam Gadis Mangsa Buli Siber ! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 25, 2016

REVIEW FILEM - Unfriended : Dendam Gadis Mangsa Buli Siber !

1

REVIEW - UNFRIENDED | Apa perasaan bila ada "orang luar" atau stranger yang mengganggu korang saat korang tengah syok berchatting?? Mesti gabra kan?? Kisah ni more to thriller... Tak berapa horror sangat....

Blaire Lily tengah syok main Skype dengan boyfriend dia, Mitch Roussel.. Tengah depa syok2 bercinta... datang pulak member2 diorang join online sekali... member2 diorang ni termasuklah Jess Felton, Adam Sewell, Ken Smith dan Val Rommel.. Kekawan dia ni kemain gelak laa sebab si Blaire ni kantoi nak "manja2" dengan boyfriend dia...

Tengah diorang nak berborak, muncul satu user id tanpa gambar yang menggunakan nama billie227... so sahabat2 ni jadi pelik laaa sebab diorang tak invite pun ID ni untuk join diorang chatting... Berapa kali diorang cancel chat & sambung balik tapi ID ni still ada.... masing2 dah gabra...

maxresdefault

Sementara tu, Blaire Lily mendapat satu inbox dari Laura Barns kat Facebook dia.... Nak jadi cerita, sebenarnya Laura Barns ni dah mati sebab bunuh diri akibat pembulian siber... Sebab semua takut, diorang tuduh kawan diorang si Val Rommer yang menyamar sebagai Laura Barns & curious siapa; billie227.. Tak lama lepas tu Val mati.. tapi id Laura & billie227 tersebut masih mampu menaip.... So semakin suspen laaa kisahnya...

Jadi mereka yakin... billie227 ini adalah kemunculan hantu Laura Barns yang ingin membalas dendam... Sebab apa Laura nak balas dendam?? Sebab bebudak ni ada post video tentang Laura dan video itu sangat memalukannya dan membuat Laura berada dalam keadaan tertekan lalu membunuh diri...

ok itu je serba sikit pasal sinopsis ye.... meh nak review pulak....

SS Web Flower Divider

REVIEW --» Permulaan korang tengok mungkin agak bosan... Bagi aku tak sesuai untuk korang yang suka tengok action movie atau jenis yang kurang sabar... Penggambaran cerita ni agak statik sebab hanya berlandaskan Skype semata2... Ramai yang kata filem ni berbajet rendah tapi pengajaran cerita ni agak tinggi laa especially untuk gadis2 supaya jangan buat benda bodoh ikut kepala otak sendiri... kelak makan diri tak pasal2 rasa nak bunuh diri...

Yang kelakar, aku gigih search Facebook id2 yang ditayang dalam filem ni... termasuklah Laura Barns tu.... actually Laura Barns hanyalah kewujudan watak khas untuk cerita ni....

NotaKaki
Sebenarnya cerita ni based on true story tau... 
If korang search cyber-bullying, kes paling popular tentang ni adalah Amanda Todd... 

kbai.

2 comments:

  1. ingatkan cerita friend request. ke sama je ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope... tak sama dear... dalam Unfriended ni, id strangers tu memang dah ada dalam friendlist diorang...

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.