REVIEW FILEM - Meat Grinder : Bebola Daging Manusia Punca Rezeki ! - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 30, 2016

REVIEW FILEM - Meat Grinder : Bebola Daging Manusia Punca Rezeki !

thai film shocking horror meat grinder teaser r

REVIEW : MEAT GRINDER || Aku tahu cerita ni pun dari Kak +Suria Lekatlekit  punya entri... So gasak jugak laaa mencari cerita ni kat online... Nasib baik kat Youtube ada... Aku memang peminat setia cerita horror & thriller ni... Aku kan psycho so melayan cerita psycho jugak laaa... haha !

meat grinder5

FILEM : Meat Grinder
GENRE : Seram/Ganas
PENGARAH : Tiwa Moethaisong
PELAKON : Mai Charoenpura. Rattanaballang Tohssawat, Wiradit Srimalai & Pimchanok Luevisadpaibul

SINOPSIS
Kisah mengenai seorang wanita yang telah dibesarkan dalam keadaan yang huru hara.... Kecik2 dia dah kena rogol & kena buli.... Anak hasil rogol tu mak dia bunuh.... So dia membesar dalam keadaan tertekan...

Dia berkahwin... ada suami... ada anak... sayangnya suami dia pun curang dengan dia.... Dah laa curang, suami dia dengan perempuan simpanan suami dia tu pegi bunuh anak perempuan dia pulak.... So bertambah gila ler perempuan yang bernama Buss ni... Dia bunuh je suami dia dengan perempuan simpanan tu tadi.....

Sebab tertekan yang amat sangat... Buss ni kerap berhalusinasi... Dia rasa macam anak dia masih hidup sedangkan dia tengah hidup sorang2 je... 

Buss ni jual mee bebola daging hasil turun temurun mak dia... Satu hari tu ada laaa macam pemberontakan camtu kat tempat Buss meniaga... Ada sorang mamat ni menyorok dalam kereta sorong tempat Buss mengangkut mee dia tu... Buss ni tak sedar so mamat tu mati dalam kereta sorong tu...

Nak jadi cerita, Buss mengawet mayat lelaki tu dan seterusnya membuat bebola daging dan teruskan perniagaan seperti biasa... Dari guna kereta sorong, Buss sudah mampu bukak kedai makan... betapa sedapnya daging manusia... mihmih



Lepas tu dia jumpa dengan seorang lelaki... diorang bercinta... Tak lama lepas tu boyfriend dia find out yang Buss ni gila... So diorang putus.... Buss jadi bengang sebab ex-boyfriend dia ni bercinta dengan perempuan lain pulak... 

Buss jadi tak siuman balik... Dia jemput perempuan tu datang rumah lepas tu dia kurus dalam tempat dia rendam mangsa2 dia.... Ex-boyfriend dia yang takut girlfriend dia diapa-apakan, terus pergi ke rumah Buss...

Akhir cerita... ex-boyfriend dia yang dipersalahkan dalam cubaan membunuh sebab Buss menghilangkan diri dalam air dan tidak dijumpai polis...

meat grinder thai 393x500

SS Web Flower Divider

REVIEW --» Walaupun cerita ni agak ngeri sebab ada adegan potong memotong sampai kau rasa nak tutup mata... tapi bagi aku ada pengajaran... so ianya bukanlah cerita bodoh.... Akhir cerita, pengarah telah highlight kepada kita supaya kita tidak berlaku kejam ata mendera kanak2... Kalau awal2 kita dah ajar dia dengan kekejaman, dia akan jadi lebih kejam bila dah dewasa kelak... Salah satu sebab terwujudnya kaum yang psiko ni sebab tu lah... PENDERAAN,,,

Cerita ni agak pening sikit sebenarnya... Aku tengok dua kali baru faham apa yang berlaku sebenarnya... entah... itu dari aku lah... aku tak tahu lah kalau orang lain tengok sekali je dah faham ... haha ! maklumlah aku ni memang lambat catch-up sikit...

Ok itu je...bye.

2 comments:

  1. Menarik juga... Tapi kena hold tgk cerita gini buat masa ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.