SINOPSIS KUBUR BERDARAH (ASTRO) - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 14, 2016

SINOPSIS KUBUR BERDARAH (ASTRO)

kubur

KISAH BANGKITAN GADIS DARI KUBUR BERDARAH | Sakinah seorang gadis nak kata liar tak liar laaa.... satu hari tu dia bagitau kawan dia yang dia nak jumpa.... Sakinah panik sebab dia TER-mengandung... Kawan dia si Keisha ni suruh dia pergi ke studio lukisan sahabat kepada suami si Keisha ni...

Nak jadi citer... suami si Keisha ni dengan 3 orang lagi sahabat dia tengah high dengan ganja... depa ajak Sakinah join sama.... Tak fikir panjang, Sakinah pun join depa meng-ganja.... So Sakinah pun high jugak....  After that Sakinah nak balik rumah laaa tapi beruk2 matyehh tadi tahan Sakinah dan rogol Sakinah sehingga Sakinah keguguran... Tapi suami Keisha tak join, dia tolong tengok aje...

Takut rahsia terbongkar... depa tanam Sakinah hidup2 dan berharap Sakinah akan mati... Hari berganti hari.... beruk2 matyehhh ni tadi menjalani kehidupan tanpa rasa berdosa langsung... Tapi Keisha pulak asyik bermimpi roh Sakinah datang ingin menuntut bela...

Mimpi Keisha menjadi kenyataan bila seorang demi seorang sahabatnya mati... Rupanya, Sakinah kembali dan membalas dendam... Ada yang dihiris hidup2 menggunakan pisau belit... Ada yang kena ketuk dengan tukul... Ada yang kena gergaji dan paku... Boleh kata cara2 kematian beruk2 matyehh ni dalam keadaan yang mengerikan..



Keisha dan suaminya adalah mangsa yang terakhir... Sakinah telah menanam Keisha hidup2 manakala suaminya ditangkap polis kerana menjadi suspek utama pembunuhan 3 orang sahabatnya....

Siapa Sakinah ni?? Orang ke Hantu?? Haha !

Dah tentu laaa boleh agak... Sakinah ni manusia sebenarnya... bukan hantu... dia hidup lagi masa kena tanam.... Lepas dia dah bunuh sekor2 beruk matyehh tu... Dia pi buat report polis bagitau dia kena rogol bagai... fuhh senang sungguh buat kerja kan....

kubur

Itulah antara sikit sebanyak yang boleh aku review pasal telefilem arahan Micheal Ang ni... cerita ni mungkin under 18sg kot... Tapi takde laaa horror sangat macam cerita Thailand... Yelaaa... kalau ganas sangat comfirm kena tapis.... Biasalah Malaysia ni serba tak boleh... haha !

kbai.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.