#REVIEW - GHOST THEATER - Si Patung Penarik Nyawa Yang Obses Untuk Cantik - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 20, 2016

#REVIEW - GHOST THEATER - Si Patung Penarik Nyawa Yang Obses Untuk Cantik

ghost

SI PATUNG PENARIK NYAWA YANG OBSES | Kisahnya bermula dengan seorang gadis muda bernama Sara yang minat berlakon teater dan sangat berharap dia mendapat watak utama dalam teater terbaru yang akan ditayangkan namun malangnya dia hanya mendapat watak sampingan... Sara ni budaknya rajin... habis semua skrip orang dia hafal... 

-- Teater ini memerlukan sebuah patung gadis yang cantik.

Aoi, rakan teater Sara adalah watak utama untuk cerita tersebut.. Selepas habis latihan teater tu, Aoi mintak tolong si Sara ni jahitkan baju dia yang koyak.... so Sara ni bendul sikit... dia tolong je laa... tapi bukan dia yang jahit... dia mintak tolong sorang staff yang bekerja di sebalik tabir teater tu...

Staff tadi pun tolonglah jahit sampai malam... waktu tu semua orang dah balik... tinggal laa staff tu sorang2... keesokkan paginya, staff tersebut ditemui mati dalam keadaan mayatnya seperti di-lilinkan..

ghost

Perkara berlalu dalam siasatan polis... latihan dilakukan seperti biasa sehinggalah Aoi pula ditemui mati akibat terjatuh dari bangunan.... so watak utama tadi diberikan kepada Sara... oh ye... pengarah teater ni gatal gila hokeyy... haha ! ok-- potong je baru nak bagi suspen..

ghost2

Sara pun beria2 lah nak berlakon sebab dia rasa hasrat dia dah tercapai.. sungguh2 dia bawak watak tu tapi pengarah yang gatal tadi tetap tak puas hati.... Sara tetap cuba yang terbaik... Tapi perkara yang merunsingkan Sara, satu babak untuk lakonannya itu, dia nampak patung tu seolah memandang dia.,.. Akibat kejadian itu, Sara dibuang dari menjadi watak utama dan digantikan pula dengan sahabatnya, Kaori.

Di belakang teater ketika mengemas... Sara mendapat bayangan yang patung ni dah bunuh ramai
perempuan... lepas tu si Sara ni nampak darah meleleh2 dari kepala patung tu.... Sara yang tension dengan kejadian tu telah dibantu oleh pembantu teater, Izumi untuk menyelesaikan kes pasal patung ni tadi... Diorang pergi laaa jumpa si pembuat patung berhantu itu...

Bila dah jumpa, si pembuat patung berceritalah yang anak2 dia mati tu disebabkan oleh patung tu sendiri... Patung tu sebenarnya dia buat serupa wajah dengan anak sulung dia.... Si pembuat patung yakin bahawa patung itu dengki dengan keremajaan orang sekelilingnya dan dengan itu dia menyedut nyawa supaya dia jadi manusia....

ghost1

Ending kisah ni mesti korang rasa curious siapa si Sara ni sebab dia kekejap pandang patung tu dia senyum.... macam something fishy arr Sara ni..... Bagi aku cerita ni slow jugak arr... Rasa nyesal habiskan RM15.90 langgan kat AstroFirst sebab tak dapat cerita yang best....

Patung dia nampak grafik sangat.... dan aku tak dalam menyelami perasaan seram tersebut... itu je laa yang aku mampu review...

kbai.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.