REVIEW FILEM - Bajrangi Bhaijaan .. Kasih Sayang Lelaki India Terhadap Budak Pakistan - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 22, 2016

REVIEW FILEM - Bajrangi Bhaijaan .. Kasih Sayang Lelaki India Terhadap Budak Pakistan

1

FILEM : Bajrangi Bhaijaan
GENRE : Drama
PENGARAH : Kabir Khan
PELAKON : Salman Khan, Kareena Kapoor & Harshaali Malhotra

SINOPSIS
Shahida seorang budak kecil yang berasal dari Kampung Sultanpur, Pakistan.. Ayahnya seorang pengembala kambing dan ibunya seorang surirumah... Satu hari ketika Shahida nak balik rumah, dia tergelincir dari bukit dan tercampak hampir ke dalam sungai.. Nasib menyebelahinya kerana dia terjatuh dan tergantung di atas pokok..

Shahida juga dilahirkan bisu..Atoknya bercadang supaya Shahida berubat di Delhi.. Ayah Shahida tidak bersetuju kerana India dan Pakistan sukar untuk bersatu.. Tetapi ibunya berkeras, ingin mengubati Shahida jugak...

2

Bermulalah episod dimana satu malam tu keretapi berhenti sebab diorang nak repair something... So diorang suruh para penumpang tido.. Shahida terjaga sebab dia tengok ada anak kambing jatuh dalam lubang... Dia turun dari keretapi tu untuk selamatkan anak kambing... Malangnya nasib Shahida sebab keretapi bergerak lepas dia selamatkan anak kambing tu...

Shahida menaiki sebuah gerabak dan sampai di daerah Kurukshetra, Haryana, India... Di situ dia menemui Pawan Kumar Chaturvedi dan mengekori Pawan ni mana2 je... Pawan yang kesian dengan si Shahida ni, dia bawak Shahida mana je dia pergi... Pawan ni beragama Hindu dan dia mengajar Shahida tentang berdoa cara Hindu jugak... itu je buat Shahida ni tak selesa...

bajrangi bhaijaan salman khan wide

4

Sementara itu, Pawan ni ada kekasih bernama Rasika... diorang dah bercadang nak kawin dah... tapi sebab kemunculan budak Shahida ni, diorang terpaksa tangguh sebab nak guna duit tu untuk hantar shahida balik...

Satu malam tu Pawan hantar Shahida kat Jabatan Visa sebab pegawai dekat situ cakap ada cara senang nak hantar Shahida balik tanpa Visa... Tapi pegawai ni menipu, dia hantar Shahida kat rumah pelacuran dan hampir menjual Shahida... tapi berjaya diselamatkan oleh Pawan..

Pawan atau dikenali dengan nama Bajrangi Bhaijaan ni tadi bengang laa... terus dia bertekad nak pergi Pakistan sendiri hantar Shahida ni.. tapi dia terpaksa melalui jalan singkat tanpa visa...

3

Sesampai di Pakistan... rakyatnya menyangkakan Pawan adalah seorang perisik India.. mulalah berdua ni jadi kes polis... Polis asyik cari diorang ni dimana saja... Sepanjang perjalanan Pawan dan Shahida mengalami dugaan yang pelbagai... Mereka banyak dibantu oleh seorang wartawan bernama Chand Nawab...

5

Hampir tiba di kawasan tinggal Shahida.. polis telah menangkap Pawan tapi Chand Nawab & Shahida ni dapat melarikan diri.... akhirnya Shahida jumpa balik famili dia...

Tapi apa jadi dengan Pawan?? haaa tengok sendiri !

SS Web Flower Divider

REVIEW --» Jalan cerita yang menarik dan tak boring... penuh moral tapi ada part yang tidak berperikemanusiaan... Walaupun melibatkan perpaduan, agama dan politik... Aku harus bagi kepujian cerita ni.. Perpaduan pelbagai kaum tu penting tak kisahlah kau dari agama apapun... Cerita ni membuktikan apa saja agama kita, jika ada kasih sayang yang telus... kita boleh bersatu dan tidak racist dengan agama orang lain...

Budak yang jadi Shahida tu comel & cantik... Penceritaan dan watak agak sampai pada aku... Bergenang jugak laaa airmata aku.. aku recommend laa sesiapa nak tengok....

NotaKaki :  Ehhh aku try gak tengok Dilwale... tapi tengok starting pun aku dah rasa boring... kenapa ekkk?? kbai.

1 comment:

  1. sedih sgt ending cerita ni. time video tu sedih. last2 Shahida dpt bercakap tu yg impak nya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.