RESEPI : Ayam Masak Bangladesh - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 20, 2016

RESEPI : Ayam Masak Bangladesh

Ayam Masak Bangla

RESEPI AYAM MASAK BANGLADESH | Teruja aku dengan resepi ni sebab nama dia... Gambar takde laa tempting manapun tapi tengok bahan-bahan dia ngencess jugak laaa air liur... Hobi aku memang suka abadikan resepi yang entah bila aku nak buat pun tak tahu... So aku share je la... Kalau korang rasa nak try... silakanlah...

AYAM MASAK BANGLADESH
Bahan-bahannya :-
  • 1 ekor ayam
(Rempah 4 Sekawan)
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 tangkai bunga cengkih
  • 4 bunga lawang
(Bahan Kisar)
  • 2 biji bawang holland
  • Segenggam cili api
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam (boleh kurangkan)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
    • Daun ketumbar - dihiris kasar
    • Lobak merah
    • Baby jagung
    • Kobis bunga
    • Tomato
      Cara-caranya :-
      • Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan dan masukkan bahan kisar.. Tumis hingga naik bau.. Masukkan serbuk cili, serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.. Masak sehingga pecah minyak..
      • Masukkan ayam yang telah dipotong.. Dah separuh masak, bolehlah masukkan tomato, garam, gula dan serbuk perasa..
      • Kemudian masukkan semua sayur.. Sedia untuk dihidangkan..
      Untuk lauk tadi... boleh dimakan dengan nasi.... roti... capati... roti canai... apa saja lah yang kena dengan tekak korang... aku dah telan air liur ni... nak masak kemain malas... MamaNora pun tak masak arini... lebih rela kebulur dari masak.. Jangan Jadi Macam Aku ... kah !

      kbai.

      8 comments:

      1. alamakkk..kenapa mcm sedap sangat tu? uhu

        ReplyDelete
      2. Wah...selepas Ayam Masak Bali, sekarang dah ada Ayam Masak Bangladesh pulak...

        Boleh cuba nanti. :)

        ReplyDelete
      3. Salam singgah. Baru saya tahu ada resepi ayam ni. Mudah difahami. Nanti nak cubalah.

        ReplyDelete
      4. Nampak sedap...
        Tapi nama resipi tak agak2 :D

        ReplyDelete
      5. nama dia sangat rare
        kenapa bangladesh? tapi memang nampak sedap

        ReplyDelete
      6. Wahhhhh macam best ajer ni =)

        ReplyDelete

      Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.