HERO ALI SETAN SEDANG KRITIKAL

ogyazmil

HERO ALI SETAN SEDANG KRITIKAL - Assalamualaikum wbt. Dulu menyampah tengok watak Ali Setan ni... Annoying sangat2... Dalam menyampah tu aku minat jugak laaa kan... Aku ni gila cerita/filem zaman 80/90an... sebab zaman tu cerita tak bodoh dan tak sampah...

Namun... cerita harini sedikit gempar apabila Ali Setan atau nama sebenarnya Azmil Mustapha (63), dilaporkan telah mengalami serangan jantung dan berada dalam keadaan kritikal... perkara ini disahkan oleh anaknya sendiri, Syamira.

Adiknya memberitahu Azmil tidak sedarkan diri dan terpaksa bergantung pada alat bantuan hayat.. Perkembangan terkini masih tidak diketahui...

1

Sedikit Info Tentang Azmil Mustapha - Beliau berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan.. Namanya pernah menjadi fenomena awal tahun 1980-an di Malaysia.. Bermula dengan filem Mekanik dan seterusnya melonjakkan nama beliau dalam filem Ali Setan 1 & 2, juga Suara Kekasih..

Beliau pernah memenangi anugerah Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-6 (1986) iaitu dalam filem Ali Setan.

Moga Azmil diberikan kesembuhan, InsyaAllah.
HERO ALI SETAN SEDANG KRITIKAL HERO ALI SETAN SEDANG KRITIKAL Reviewed by Tunsha Ayunie on January 15, 2016 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.