Google Icon | Wilbur Scoville - Tunsha Ayunie Punya Belog

January 22, 2016

Google Icon | Wilbur Scoville

download

GOOGLE ICON - WILBUR SCOVILLE | Google telah meraikan ulangtahun Wilbur Scoville yang ke-151 tahun.. Sebagai penghargaan dan penghormatan... Google telah membuat doodle Wilbur di newtab ! Lepas tu macam ada game tau kat situ.... Semuanya berkaitan cili.. Apa kaitan Wilbur dengan cili2 itu ye?

download (1)

Wilbur Lincoln Scoville dilahirkan pada 22 Januari 1865  di Bridgeport, Connecticut (Amerika Syarikat).. Beliau berkahwin dengan Cora B.Upham pada 1 September 1891 di Wollaston.. Mempunyai 2 orang anak ; Amy Augusta dan Rut Upham..

Wilbur ni seorang pakar farmasi Amerika... Beliau pernah menulis buku berjudul The Art of Compounding dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1895 dan mempunyai 8 edisi.. 

Pernah juga menulis buku berjudul Extract and Perfumes, dimana isinya mempunyai beratus formula.. Beliau juga seorang profesor di Massachusetts College of Pharmacy and Health Sciences...

4e5b74 8d7e1adbf1f444e6956e23cd117d7cdb

Pada tahun 1912, beliau telah mencipta ujian dan skala yang dikenali sebagai "Scoville Organoleptic Test" ketika bekerja di Parke-Davis.. Ujian tersebut diukur dari segi kesedapan atau kepedasan pelbagai jenis cili..

Scoville meninggal dunia pada 10 Mac 1942 ketika berumur 77 tahun di Gainesville, Florida - Amerika Syarikat..

Sekian.

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.