Google Icon | Sophie Taeuber-Arp

download

GOOGLE ICON - SOPHIE TAEUBER-ARP | Semalam Google telah meraikan ulangtahun Sophie Taeuber-Arp yang ke-127 dan memberi penghormatan kepadanya.. Beliau adalah seorang artistik dan pelukis abstrak..


Sophie Taeuber-Arp atau nama sebenarnya adalah Sophie Henrietta Gertrude Tauber, dilahirkan di Swizerland pada tahun 1889... Beliau salah seorang tokoh terkemuka di pergerakan seni Dada.

Beliau cukup berseni dalam menghasilkan lukisan, rekabentuk, tenunan, boneka dan tarian.. Kreatif juga dalam memperjuangkan gaya seninya dalam seni halus dan hasilnya, beliau menjadi salah seorang seniman wanita yang paling menonjol pada abad-20..

1 vert
Hasil seni Abstrak beliau.

Memulakan pengajian seni di Swizerland di Pusat Pengajian seni di St.Gallen antara tahun 1906 dan 1910, kemudian berpindah ke Munich (Jerman) dan menghabiskan masa selama setahun di Pusat Pengajian Seni dan Kraf di Hamburg..

Meninggal dunia pada tahun 1943 selepas keracunan karbon monoksida dari dapur..

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)