Google Icon | Charles Perrault - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 12, 2016

Google Icon | Charles Perrault

download

GOOGLE ICON - CHARLES PERRAULT | Google telah meraikan ulangtahun Charles Perrault yang ke-388 tahun pada hari ini.. Charles Perrault dikenali sebagai BAPA CERITA DONGENG !

-
-
-
-

Charles Perrault

Charles Perrault (12 Januari 1628 - 16 Mei 1703) - Merupakan seorang peguam sebelum beralih kepada bidang penulisan.. Walaupun kisah dongeng yang kita tahu selalu dikreditkan dengan nama Brothers Grimm, tetapi sebenarnya Perrault telah menulis keseluruhan cerita dongeng itu 200 tahun dahulu.. Antara karya dongengnya yang popular adalah Red Riding Hood, Sleeping Beauty, Cinderella dan Puss in Boots.. 

Pada tahun 1695 ketika beliau berusia 67 tahun, beliau menulis Tales & Stories dengan selitan tentang akhlak.. merupakan kisah moral yang direka untuk menggalakkan pembaca memikirkan tentang dilema yang dikemukakan untuk watak protagonis... yang terkenal dalam cerita dongeng rakyat pada waktu itu...


Buku yang asalnya berbahasa Perancis ini menjadi sebuah karya yang sukses dan akhirnya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1729 oleh Robert Samber..

Sebenarnya... kalau baca karya asal Perrault adalah lebih lengkap lagi... cerita yang kita tahu banyak yang dah lari dari cerita asal pun... Nak tahu lagi banyak pasal Perrault ni boleh baca kat Wikipedia atau Google ye :)

kbai.

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.