Farid Nor Pula Kritik #FizoMawarKitchen - Tunsha Ayunie Punya Belog

January 10, 2016

Farid Nor Pula Kritik #FizoMawarKitchen

Fizomawar Kitchen2

FARID NOR PULA KRITIK #FIZOMAWARKITCHEN | Makin panas cerita pasal Restoran FizoMawar Kitchen ni kan... 

Sebelum ni, Fizo Omar menyatakan ketidakpuashatian dia terhadap blogger Kisah Emas Putih sebab review tentang restorannya.... Fizo juga meminta Uzu (Kisah Emas Putih) untuk mengkritik secara peribadi melalui emel yadayada.... hahahhaa..... apsal la malas sangat nak taip ni...

ok skip.

So..... semalam kecoh la pulak bila seorang pemilik FB  , Farid Nor, menyatakan ketidakpuashatian dia terhadap servis yang berlaku di Fizomawar Kitchen ni... katanya .........


 I will not recommend anyone going to this FizoMawar restaurant. Actually baru balik dari tempat tu sebab baru habis luangkan masa dengan kawan-kawan JomWeb di Bangi. 

Since saya datang sana seorang diri, waiter kata kalau makan sorang, saya tak boleh duduk di bahagian aircond. Dia tunjukkan kawasan yang tidak beraircond. Lepas tu bila saya 'stare' pada dia and tunjukkan pada dia ada meja kosong di bahagian aircond, dia beralah dan benarkan saya untuk duduk di situ.

Bila saya place order untuk minuman, mereka ambil masa 29 minit utk sampaikan minuman pada saya. Restoran Murni rasanya lagi pantas serve air walaupun dengan volume pelanggan yang berlipat kali ganda daripada restoran FizoMawar ni.

Makanan pulak sampai dalam tempoh 32 min, taste pun so so saja. Menu tersebut adalah antara menu utama. Bila tengok rupa makanannya, rasanya boleh diserve kan dengan lebih cepat lagi sebab cuma nasi putih, ayam goreng rempah taruk bijan, kuah gulai dan sambal. Nothing kompleks (saya pun memasak juga di rumah). Waiter di Nasi Kukus My Mama pun boleh serve lagi pantas.

Fizo Omar ini kalau ikutkan media ialah seorang pelakon yang menceburi bidang 'motivasi' dan jadi penceramah tentang keusahawanan. Katanya pengalaman beliau dalam bidang keusahawanan ni meluas dan dah ramai orang yang datang dan mendengar ceramahnya. Tapi untuk bisnes F&B, saya rasa Fizo Omar ni perlu lebih banyak belajar, tutup mulut, buka telinga, buka hati dan buka minda kalau nak berjaya dalam bisnes F&B. Ikut nasihatnya sendiri untuk berjaya. Takyah nak sindir perli pelanggan anda.

Untuk menu harga RM16.80, your food biasa-biasa saja dan service pun biasa-biasa saja. Hype saja lebih. Anda semua boleh belanjakan RM16.80 di restoran yang menghidangkan makanan lebih enak dan servis lebih pantas........ 


In fact laaa kalau aku pun bengang jugak.... yelaaa.... kau datang nak makan... tapi kalau dah lambat... lepas tu makanan sampai pun macam so-so je, meleset daripada harapan kau.... fikir sendiri lah.... By the way, aku baca banyak sangat negative reviews dekat page Fizomawar Kitchen ni... so dari situ kita dah boleh agak... macam mana dia punya servis kan...

Lepas ni nak jugak tengok apa pulak respon Fizo terhadap En.Farid Omar ni..... anyhow, bukan Uzu dan Farid Nor je yang bagitau servis teruk... tapi ramai lagi... Boleh baca kat sini ▶ https://www.facebook.com/fizomawarkitchen/reviews/

kbai.

1 comment:

  1. hmm mcm2 kisah org bisnis ni ya ada pro n kontranya...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.