Ditahan Polis Gara-Gara Pakai "Seat Belt" - Monolog Aku Cuma Di Kiri

January 29, 2016

Ditahan Polis Gara-Gara Pakai "Seat Belt"

cantas pdrm police 2 600 398 100

Hahhahaa tak proper langsung laaa tajuk entri.... pakai rojak je laaa ye... Kisahnya bermula mulut orang kampung --------------- ehh salah !

Kisahnya bermula apabila selama ni aku dengan tuan suami boleh2 elak dari roadblock.. Sebab apa mengelak?? Sebab kes nak dapatkan lesen full (P) tergendala gara2 tuan suami kena usulkan pelbagai procedure... dia kan OKU so memacam la JPJ nak...

... kenapa elak polis??

Ehh tak cukup lagi ek jawapan...? Oklah... tuan suami difahamkan kalau hanya ada lesen (L) dan kalau polis tahan, lesen akan digantung selama dua tahun dan selama dua tahun tu tak boleh ambil lesen.. phewwww.... bukan cuak dengan polis sangat tapi lebih cuak kalau lesen digantung... merana wooooo....

krikkk....krikkk....krikkkk
-
-
-

Dalam pada beberapa bulan dok mengelak roadblocks dan kereta polis... akhirnya kami tersungkur jua.... mwahahahaha !! Malam tadi laaa... tuan suami bawak aku jenjalan.... selalu kawasan tu selamat dari roadblocks... tapi malam tadi plak depa boleh buat kerja kat situ... Sebab suspen punya pasal... tuan suami pi berhenti kereta tengah2 jalan lepastu pakai seatbelt... apalagi.... perkara itu menjadi kecurigaan pada polis...

Aku dah gigil dah bila polis suruh berhenti kat tepi... habis satu kereta dia geledah... dah rasa macam diri sendiri ni umpama penjenayah berjaya plak dah.... hahahhaa ... tuan suami watlek watpis... dia dengan polis dah macam member dah.....

Lastly kena bebel dengan encik Sarjan Polis....

....Lainkali kalau ada roadblock awak lalu je... pakai tali pinggang ke tak pakai lalu ke... Awak tahu tak bahaya berhenti tengah jalan macam tu?? Cara awak tu pulak buat kami curiga... bla bla bla bla... ❞ 

Tuan suami balas... ..... Saya risau lesen saya kena gantung je Encik...

..... .... Kami pun ada timbangrasa sebab awak OKU... lain kali jangan buat lagi macam ni... ..... kata encik Sarjan Polis dengan muka garang....

-
-
-

Itulah penangan asyik mengelak dari polis... Sepandai2 tupai melompat akhirnya kena tahan polis jua... hahahaha ! ehh salah ekkk?? Apapun bagi aku ni kira pengalaman berharga laaa... Polis pun dah explain anything everything so takdelah kami ni gabra nampak polis hanya kerana lesen tak complete lagi... Lepas ni nampak polis boleh laaa senyum2 siap buat PEACE !


#NotaKaki

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.