Benarkah Kita Dianggap Berzina Walaupun Sudah Berkahwin?

kartun kahwin

BENARKAH KITA DIANGGAP BERZINA WALAUPUN SUDAH BERKAHWIN | Salam Jumaat. Walaupun perkara ini kelihatan agak memberatkan kepala otak... tetapi ianya memang perlu diambil tahu... Agak menyesak dada jugak masalah seperti ni... Tapi aku anggap ianya sebagai ilmu..

Aku ada baca satu artikel ni... ianya mendatangkan kemusykilan pada aku sehingga membuatkan aku rajin nak buat research pasal hal ini... Apapun jom baca soalan yang ditengahkan...

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah? --» Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah? --» Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin? -- » Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? --» Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? --» Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? --» Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? --» Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? --» Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri? --» Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KESIMPULANNYA : Ibubapa, saudaramara, orang2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi dan saksi2 yang tahu akan keadaan tersebut namun hanya mendiamkan, membiarkan atau membenarkan perkahwinan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada azab dan seksaan...
-
-
-
Namun, dari hasil penyelidikan aku... kita di Malaysia mengikut Mazhab Syafie dan mengikut pandangan Mazhab Syafie so perkahwinan sebegitu adalah sah.. wallahualam.. Pada yang tidak pasti, boleh rujuk mahkamah syariah atau ahli2 agama...

Benarkah Kita Dianggap Berzina Walaupun Sudah Berkahwin? Benarkah Kita Dianggap Berzina Walaupun Sudah Berkahwin? Reviewed by Tunsha Ayunie on January 15, 2016 Rating: 5

14 comments

  1. Just a new visit here. I enjoy reading this awesome article.

    ReplyDelete
  2. Acapkali cik akak dengar isu nie...kita serah pada yang pakar...
    dapatkan info yang sahih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ni memang ada tapi sebab ada perdebatan mengenai perkara ini so kita tak ikut....

      Delete
  3. Tu ramai yang tak tahu.. ramai yang kita tak boleh bayangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?? ramai yang tak tahu... ada kata ini ajaran sesat... dalam Al-Quran ada juga pasal ni... aku lupa ayat yang mana je -_-

      Delete
  4. Kena ambik tahu hal sebegini... Jangan buat mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Kathy... Tak boleh amik mudah je...

      Delete
  5. SALAM JUMAAT PERKONGSIAN YG SGT BERMENAFAAT.

    ReplyDelete
  6. ntah la.. masa bljar dlu lain.. realiti lain. kita ada pjbt agama, kita ada ustaz ustazah.. tpi benda cmni kerap berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun baru dapat tahu hal ni.. Tapi memang banyak berubah daripada apa yang kita belajar dulu....

      Delete
  7. ramai yang buat benda ni sekarang.. bila terlanjur, mengandung kemudian kawen. walaupun pernikahan tu tak sah tapi di mata masyarakat dah set.. depa dah nikah so tak ada orang mencegah. Mungkin jugak cetek agama buat orang tak tahu perkara ni. Tapi kita dah belajar perempuan hamil memang tak boleh nikah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang suami cakap... Masa dia belajar pun perempuan hamil memang tak boleh menikah... Ada pulak yang kata itu hanya untuk janda2 yang hamil/iddah je baru tak sah nikah... Masyarakat sekarang macam ni la kak...

      Delete
  8. Replies
    1. Betul... :) kalau tak pasti kan ada info rujukan disitu...

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.