12/1/15 - Tunsha Ayunie Punya Belog

December 31, 2015

Kenali Siapa Nancy Bulagang

10:35 AM 0
Kenali Siapa Nancy Bulagang
nanan

KENALI SIAPA NANCY BULAGANG | Sanggup ke korang meninggalkan pekerjaan yang stabil demi membuka satu perniagaan yang korang sendiri tak tahu mampu berjaya ke tidak?? Bertanya pada aku, kalau aku ada pekerjaan yang stabil, mungkin aku tak tinggalkan.... itu kalau aku laaa.... walaupun aku makan gaji, aku sanggup ! heee ~

Lain pulak Nancy Bulagang, beliau bertugas di sebuah pusat pentadbiran di sebuah syarikat besar malah kehidupannya sudah cukup selesa dengan pekerjaannya itu.. hanya disebabkan satu iklan pembangunan dan pelancongan, Nancy mengambil risiko untuk memulakan perniagaan itu dan meninggalkan kerjayanya yang dulu...

Nak tahu cerita di sebalik kejayaan Nancy?? Jom tengok ▶ INILAH WANITA BIASA YANG MENJADI LUAR BIASA ◀ Sesiapa yang nak mulakan perniagaan, inilah video yang akan memberi inspirasi pada korang.... sebab orang kita ni kekadang kan hangat2 tahi ayam je.....

Siapa kata wanita tak mampu berjaya dan duduk ceruk dapur je?? Nancy adalah bukti kejayaan kaum hawa bergelar WANITA !

December 30, 2015

Pemilik Kicap Tirana Nak Saman Azwan Ali !

10:29 PM 5
Pemilik Kicap Tirana Nak Saman Azwan Ali !
2

KICAP TIRANA NAK SAMAN AZWAN ALI | Amboiii kooooooo.... dah lama tak menaip, sekali menaip cerita retissss je lah ye... maklumlah... idea berkurang sejak lupa ingatan ni.... entah ubah salah dos ke apa tak tahu laaa yang buat hakakkk sakittttt memanjang...

               back.to.basic.

Haritu baca kat blog Kak +Diana Rashid  , katanya Aznil Hj. Nawawi nak saman Diva Azwan Ali kiteeee... amboiiii berani kau nak saman diva ye?? aku bukan alert sangat kisah depa ni sebab dari dulu pun depa tak sefahaman.. sat tu nampak ok, sat lagi tak ok balik... biasalah... krisisssss retissss.... macam tak faham..... tak kacau hidup aku pun, its ok... gaduh la situ...

azwan

... Ni kisah kicap, aku baru lah baca tadi sebab aku ni pun fans of stalkers kepada diva kita sorang ni... entah.. rasa terhibur je.... sekali tu nampak komen, pemilik kicap Tirana nak saman Azwan Ali kalau masih dok provok iklan kicap depa....  siap buat video bagai.... tapi biasalah diva kita kan.... mana tahu erti gentar.....

Bagi pihak Kicap Tirana.... bila iklan anda ditayangkan di public, penonton berhak buat kesimpulan... anda tak patut jadi macam ni ▶ HIDUP ZAMAN MODEN TAPI TETAP KUNO ◀ , tapi bersangka baiklah, mana tahu dengan provokasi Diva AA maka nanti ramai yang beli kicap anda... kannnnnnnnnn.....

sekian protttprettttt dari hakakkk gojessss yang gonjeng !

December 24, 2015

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1437H

8:02 AM 3
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1437H
maulidul

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1437H | Maulidur Rasul (Mawlid Nabi) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada 12 Rabiulawal.. Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan Allah SWT..

Baginda seorang manusia yang paling tawaduk walaupun Baginda merupakan kekasih dan Nabi Allah SAW.. Baginda juga tidak suka dipuji sebagaimana yang diceritakan oleh Sayidina Umar Al-Khattab di dalam sebuah hadith ,

...Janganlah kamu memuji aku berlebih-lebihan seperti 
kaum Nasrani memuji Nabi Isa ibn Maryam, 
Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah. 
Maka kami semua menyebut : Hamba Allah dan rasul-Nya,

[HR : At-Tarmizi, Bukhari, Ahmad dan Abu Dawud]


Banyak hadith yang menceritakan tentang sifat tawaduk Rasulullah SAW antaranya :-
  • Baginda yang akan pergi menemui orang yang berhajat kepadanya, bukan orang yang berhajat itu datang menemui baginda.
  • Baginda pernah memenuhi undangan seorang hamba, ketika itu Baginda hanya menunggang seekor keldai yang pelananya diperbuat dari sabut.
  • Baginda menunaikan ibadah haji hanya dengan menunggang unta yang pelananya sudah usang dan di lapik dengan baldu yang harganya tidak sampai empat dirham sebagaimana yang dicerita oleh Anas bin Malik.
  • Baginda tidak akan menghampakan undangan walaupun makanan yang dihidangkan hanya roti dan lemak lembu yang sudah basi.
  • Baginda tidak suka para sahabat bangun bagi menghormatinya apabila Baginda mendatangi mereka. Anas bin Malik meriwayatkan, ❝  Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat melainkan Rasulullah SAW... Tetapi bila Baginda datang, mereka tidak bangun kerana mengetahui bahawa Baginda tidak suka dihormati begitu... ❞
  • Baginda adalah manusia biasa, Baginda merendam pakaian, memerah susu kambing dan urusan peribadinya sendiri walaupun Baginda mempunyai ramai isteri dan khadam (pembantu).

26d4191f49e46039047b5a395637676f

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan tentang sifat keperibadian dan tawaduk Rasulullah SAW... begitu agungnya Baginda... begitu mulianya Baginda... Allahu.... Selawat dan salam junjungan ke atas Baginda Rasulullah SAW....

sekian.

December 22, 2015

Penyesalan Kerana Tidak Sarapan Pagi

9:54 AM 0
Penyesalan Kerana Tidak Sarapan Pagi



[WAJIB BACA] : PENYESALAN KERANA TIDAK SARAPAN PAGI | MORNING !! SELAMAT PAGI !!  DAH SARAPAN?? Siapa yang tak suka sarapan?? ehhh ada ke?? Bukankah rakyat Malaysia suka makan?? Haha....  ok jokes.. sebenarnya sarapan pagi ni penting... yela... bangun2 pagi dah nak buat kerja... kalau korang tak pergi office atau kerja kat luar pun, sekurangnya mesti kena kemas rumah, masak, basuh baju, sidai baju, haaaa lipat baju... cehhh itulah rutin seorang surirumah....

Korang boleh pelbagaikan sarapan atleast bancuh milo dengan sesudu oat ke, nestum ke... alaaaa sekarang instant pun banyak jugak kan.... Aku dulu masa single, aku suka goreng telur mata kerbau, letak kicap tamin, cicah makan dengan roti tak pun beli je instant garlic butter , bakar roti lepas tu sapu atau sapu sebelum bakar.... haaa itu aku laaa... minum dengan kopi pearl kacip fatimah... ok settle...

--- Tak pun, makan buah ajeeeeeeeeeee... janji perut diisi..

Sekian.

December 21, 2015

Mood Blogging Bila Nak Mai??

7:13 PM 2
Mood Blogging Bila Nak Mai??
images

Randomly je laa ye..

Assalamualaikum wbt... salam maghrib... ada mood sikit nak menaip... konon kisahnya nak lupa sakit... aku memang acapkali tidak sihat beberapa abad ni... entah lah... bosan kekadang.... bosan jadi orang sakit.... ada yang bias sangattt ----- ingat aku saja buat2 sakit?

Best ke sakit?  --- tak seronok awak tahu? Nak buat kerja pun lemau... ni blog ni terbiar berzaman dah... dah lama sangat tak menaip entri penting... tak hyper macam dulu... dulu balik dialisis still boleh create satu entri --- AT LEAST --------- but now? Ya Allah....  janganlah uji aku sebegini...

Sekarang siapa saja pergi ke Makkah, aku kirimkan doa supaya aku kuat semangat...  aku sedih dengan diri aku... semangat aku betul2 hilang ntah tercampak ke mana.... siapa2 yang ingin menunaikan umrah... mohon kirim doa...

❝ ... Supaya insan ini , Auni Afiqah binti Muthal'lib, dikuatkan semangatnya mengharungi dugaanmu Ya Rabbi ....

terima kasih :)

December 20, 2015

SINOPSIS - Kubur Berdarah di Astro Ria

10:06 AM 4
SINOPSIS - Kubur Berdarah di Astro Ria
12249860 10203947459287125 8370796836793630340 n

KUBUR BERDARAH | Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sakinah yang telah dirogol beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki.. Sakinah kemudiannya ditanam hidup-hidup oleh perogol-perogol tadi. Roh Sakinah yang tidak tenteram telah menghantui kehidupan mereka yang membinasakan kehidupannya...

Emm... dari trailer aku perati cerita ni ada copycat cerita Thailand, The Art Of Devil .. cuma aku tak sempat tengok kat TV sebab semalam aku collapse habis... bengang gak laaa... 

By the way.. cerita ni bukan seram tapi lebih kepada ngeri dan memang memerlukan kekuatan mental... sama laa macam cerita The Art Of Devil tu.... dalam Kubur Berdarah, roh Sakinah tadi benar2 psiko.... selalu kita tengok hantu kacau orang... ini siap gergaji. tukul bagai... cuma aku tak pasti sama ada scene dia nampak realistik atau tak macam filem Thailand tu..

Nanti aku dah tengok, aku review ye... :)

December 19, 2015

Yang Malas Sarapan Pagi Sila Baca !

10:54 AM 1
Yang Malas Sarapan Pagi Sila Baca !


MALAS SARAPAN PAGI SILA BACA | Assalamualakum semua...dah sarapan? Aku belum lagi and kalau sebenarnya pun... aku memang JARANG sangat sarapan pagi... Sejak tinggal dengan mertua ni ntahlaa... aku jadi malas nak ke dapur... Tapi kalau balik Rawang, aku memang rajin breakfast.. yelaaa... rumah sendiri... akulah KAKYONG dalam rumah... kat rumah mertua ni aku punya segan MasyaAllah... sampai berat mulut nak berborak dengan mertua pun...

Haaa kan dan panjang lebar mengarut... Tahukah korang sarapan pagi ni amat penting? Ianya mengembalikan tahap glukosa, karbohidrat yang penting yang diperlukan oleh otak.. Sarapan pagi juga boleh meningkatkatkan daya tumpuan dan ingatan disamping meningkatkan mood...

a11

Kanak2 juga digalakkan mengambil sarapan pagi kerana menurut kajian ianya akan meningkatkan tingkah laku, dan menjadikan kanak2 lebih bijak... haaa tengok laa omputeh tu mana tinggal breakfast... heee ~

Kekadang, kita ni malas nak bangun pagi sebab nak sediakan breakfast kan.. haaaa apakata korang cuba tengok ni ▶ IDEA GENIUS UNTUK SI PEMALAS SARAPAN PAGI ◀ ..sekarang kan serba mudah uolssss.....

Ok... I'm off to dialysis... see ya ! Salam Sabtu semua :)

December 18, 2015

JUARA PARODI 2015 | LAGU YANG BAKAL DIROSAKKAN (MINGGU KE-6)

9:16 PM 1
JUARA PARODI 2015 | LAGU YANG BAKAL DIROSAKKAN (MINGGU KE-6)


Dah lama sangat kot hakakkk tak buat entri Juara Parodi ni sejak entri Pakyus meninggal aritu... terlupa terus nak update sebab kesedihan berlaku pada aku beberapa bulan ni... takde mood... entri terbiar... pageview yang baru nak capai 1k tu merudum balik... entahlaaa...

Untuk minggu ke-6 iaitu malam ini, mereka akan merosakkan lagu :-
  • Righthanded - Karma
  • Selambablur - Selamat Jalan Romeo
  • Senaman - Gilalah
  • Cuba Teka - Madah Berhelah
  • Black Dot Chey - Izinku Pergi
  • Abang Face - Gemilang
  • Mawi & The Loyar - Sesal Separuh Nyawa
  • Kobis Pedas - Sejati
  • Skru - Itu Kamu
  • Juri - Ilusi
Ini entri malas bebenar kisahnya.... hakakkk malasss laaa nak search retissss asal yang nyanyi lagu tu... kang rosak jugak lagu tu... hahahhaa!! Selamat menonton ye readersku sayangggg :)

December 17, 2015

Google Icon | Ludwig Van Beethoven

10:53 AM 0
Google Icon | Ludwig Van Beethoven
a1

Bukak je newtab Google harini, korang akan nampak lah grafik seperti di atas... cer tekan play... nanti korang boleh main susun not musik Beethoven ni... best gak... aku buat awal pagi.. terapi minda.. by the way, Google telah meraikan kelahiran Beethoven yang ke 245 tahun..... sebenarnya tarikh lahir sebenar beliau tidak diketahui namun beliau dibaptiskan pada 17 Disember 1770...


LUDWIG VAN BEETHOVEN (17Disember1770-26Mac1827), dari bandar Mechelen di Duchy of Brabant di rantau Flemish , ialah seorang pengubah muzik Jerman dan seorang tokoh unggul dalam sejarah muzik muzikal.. Beliau merupakan ahli muzik terpenting dalam tempoh peralihan antara muzik era klasikal dan muzik era romantis dalam muzik barat.. Muzik gubahannya juga memberi inspirasi.. Beethoven juga seorang pemain piano yang dikagumi.

Walaupun pendengaran beliau beransur hilang pada akhir 20-an, Beethoven terus gigih menghasilkan karya-karya agung di sepanjang hidupnya... Karya beliau terus dibuat walaupun selepas pendengaran beliau hilang dan menjadikan beliau pekak.

download

Antara karya beliau yang popular adalah Fifth Symphony, Für Elise, Moonlight Sonata dan Ninth Symphony (Ode to Joy)... 

Beethoven terlantar sakit untuk beberapa bulan dan meninggal dunia pada 26 Mac 1827, ketika berusia 56 tahun dan kematiannya ketika ribut petir.. Bedah siasat mendapati bahawa Beethoven mengalami kerosakan hati, mungkin kerana terlalu kuat mengambil minuman beralkohol..

Tragisnya, jenazah beliau digali semula untuk kajian pada tahun 1862 dan dipindahkan pada tahun 1888 ke Vienna Zentrafriedhof.. 

Banyak pertikaian tentang kematian Beethoven ni... ada yang kata pasal alkohol, ada yang kata sifilis, hepatisis, keracunan dan lain2... ada kontroversi mengatakan Beethoven dibunuh secara perlahan dengan diberikan dos ubat berlebihan..

Panjang sebenarnya kisah Beethoven ni... kalau korang berminat baca lah dekat Wikipedia ye... 

Sekian...

Kisah Seram : Kemunculan Roh Zona Memberitahu Siapa Pembunuhnya

4:27 AM 1
Kisah Seram : Kemunculan Roh Zona Memberitahu Siapa Pembunuhnya
greenbrierghosthouseweb

#Misteri #Seram | Oktober 1896, kejadian tentang bibit cinta antara seorang gadis dan pemuda yang tinggal di bandar Greenbier, barat Virginia, Amerika Syarikat... Yang gadisnya bernama Elva Zona Heaster dan lelakinya Erasmus Stribbling Trout Shue juga dikenali sebagai Edward.. Dalam percintaan yang singkat mereka membuat keputusan untuk berkahwin namun ianya ditentang oleh Mary Jane Heaster, ibu kepada Zona.. Naluri ibunya merasakan Edward bukan lelaki yang baik..

Walaupun ditentang, mereka berdua tetap berkahwin dan tidak sampai tiga bulan hidup bersama, satu tragedi berlaku tanggal 23 Januari 1897.. seorang budak lelaki datang ke rumah pasangan itu dan menemui mayat terbaring kaku.... budak tu terus bagitau Mary Jane, ibu Zona.

Ibu Zona menghubungi Dr. George W.Knapp, selepas satu jam kemudian, doktor itu tiba di rumah Zona... ketika itu, Edward sudah membersihkan mayat isterinya dan memakaikan mayat isterinya dengan gaun berkolar.

greenbrier ghost featureweb
Mary Jane & Zona

Edward terus memangku, menangis teresak2 dan tidak membenarkan sesiapa menyentuh mayat isterinya..esoknya, mayat Zona dikebumikan.. kelakuan Edward semakin pelik apabila dia sentiasa berada di keranda Zona dan tidak benarkan pelawat dekat dengan keranda..

Mary Jane yang tidak sedap hati dengan kematian anaknya itu telah berdoa supaya roh anaknya datang dan menceritakan perkara sebenar... tidak lama kemudian doa Mary Jane, termakbul ! Roh Zona datang dan menceritakan kepada ibunya yang dia hidup terseksa disamping Edward..

Zona memberitahu bahawa dia dibunuh hanya kerana Edward berang dengan masakannya lalu Edward memusingkan leher Zona hingga patah dan mati...  selepas roh Zona menceritakan peristiwa itu, Mary Jane bersungguh2 meyakinkan John Alfred Preston, iaitu seorang pendakwa untuk membuka kertas siasatan baru... 

Greenbrierghost signweb

Walaupun ianya pelik kerana kejadian diceritakan oleh "hantu", namun Preston membantu.. akhirnya kubur Zona di gali dan di-autopsi.. Edward akhirnya ditahan.. dia dibicarakan dan dihukum penjara sepanjang hayat..

Hasil siasatan juga mendapati Edward pernah berkahwin dua kali dan Edward digambarkan sebagai seorang yang kejam... seorang isteri telah bercerai dengannya dan seorang lagi mati dalam keadaan misteri...

Satu papan tanda peringatan didirikan dekat dengan kubur Zona, ianya tertulis tentang kisah Zona, gadis yang mati pada tahun 1897 sebelum muncul dalam mimpi ibunya, dan memberitahu perbuatan suami yang kejam..

Kisah Zona juga dikenali sebagai The Greenbrier Ghost !

December 16, 2015

#FOODREVIEW | D-Wok - Resepi Nasi Kak Wok

6:10 PM 0
#FOODREVIEW | D-Wok - Resepi Nasi Kak Wok
2015 12 16 03 14 12 1

D-WOK , RESEPI NASI KAK WOK | Ini sama sekali bukanlah entri resepi... Nasi Kak Wok ni memang tak asing lagi kot bagi orang Kelantan... aku tahu pasal nasi kak wok ni lepas kawin... tapi tak pernah makan... sebab jauhhhhhhhhhh... maklumlah tuan suami takde kereta masa tu....

-- dah ada kereta, lesen L je baruuuu...
-
-
-
-
Berbalik pada cerita Nasi Kak Wok ni tadi... kedai Nasi Kak Wok area Ampang ni dulu ada satu je... kat area Ampang Point sana... now ada satu lagi bukak kat Pandan Mewah, betul2 dekat pintu masuk belakang Hospital Ampang.... D-Wok namanya...

2015 12 16 05 00 52 1

Apa yang yang best nasi kak wok ni?? emm... aku tak tahu exactly rasa nasi kak wok ni... tapi yang aku beli dekat D-Wok ni alhamdulillah boleh telan... sedap laa kena tekak aku lelagi sambal belacan ni... perghhh cukup rasaaaa..... lepas tu merenyam hidung aku kegatalan.... kah !

Lauk yang simple je... ayam potong kekecik + kuah 2 jenis + sambal belacan = RM 5

Sebab nasi tersebut sedap mengenai tekak aku... aku tak berkira sangat... bagi aku oklah tu RM5.... cuma next time aku kena mintak kurangkan kuah... aku memang suka nasi bungkus tapi tak boleh pergi kalau kekembang sangat... dah laaa aku makan macam pengantin... slow nak mati...

Sekian hapdet dari hakakkk yang gojessss... kbai ~

December 15, 2015

TAK NAK KAWAN DENGAN AWAK

10:16 AM 3
TAK NAK KAWAN DENGAN AWAK


TAK NAK KAWAN DENGAN AWAK | Hidup aku ni dulu berpindah randah... dari tinggal kat flat Taman Bunga Raya, lepas tu Setapak Jaya, lepas tu kat Taman Melawati (dua kali pindah) dan last sekali Rawang... dah kahwin ni aku stay Ampang la...

Dalam banyak kenangan tu.. aku paling rindu Setapak Jaya... disitulah aku melalui kehidupan budak kecil yang tidak faham masalah... yang aku tahu... aku harus melekat dengan mesin dialisis selama 12 jam, selepas itu aku boleh main2 dengan adik2 aku dan jiran2...

Photo0780
Selingan... roti ini ingatkan aku pada arwah opah...
dia suka belikan roti ni untuk kami adik beradik...

Bila aku baca ▶ Nostalgia Yang Menggamit Memori  ni, secara tidak langsung aku membawa diri aku pada zaman tu.... betul ! banyak perkara2 ni yang berlaku pada aku.... especially bila part gaduh zaman kecik dulu.... sikit2 taknak kawan... sikit2 taknak kawan.... hari tu je laa.... sat lagi petang esok boleh je main macam biasa....

Dulu kes penculikan ni kurang... nak main merata pun ok je... sekarang ni kesian budak2 dah tak dapat menikmati zaman2 comot ni.... kannnnnnnnnnn?

December 14, 2015

Bila Fizo Omar Sudah Tidak Stim Lagi ...

11:47 AM 6
Bila Fizo Omar Sudah Tidak Stim Lagi ...
image

BILA FIZO OMAR SUDAH TIDAK STIM LAGI | Bila dah jadi retisss ni... apa yang mengundang kontroversi akan diberi perhatian... itu yang jadi kat pelakon hensem si Fizo Omar.... aku tak minat Fizo ni sebab ntah.... lakonan dia keras kot bagi aku... bagi aku laaa...

14

Alkisahnya malam Gegar Vaganza semalam... Fizo Omar telah meng-hapdet satu status yang menaikkan kemarahan netizen... walaupun status tersebut Fizo tak mention sesiapa atau apa yang memotongkan kestiman beliau terhadap rancangan Gegar Vaganza itu namun netizen seperti dapat mengagak ianya tentang ---- errr siapa lagi?? Dato' Vida laaa..... dah camera asyik close-up muka Dato' Vida je malam tadi... haaa haa !

Sekarang ni boleh kira siapa je yang meluat dengan Dato' Vida ni berbanding berapa ramai yang sayangkan beliau, termasuk aku laa... entah... aku sayang dia sebab ketabahan dia... confident level dia tinggi menjadi inspirasi aku untuk redah je apa aku nak buat ~

15

Berbalik pada kisah Fizo tak stim tadi tu... haaa inilah antara komen2 netizen yang korang boleh baca kat twitter (kalau Fizo tak delete lagi post tu la) .... banyak lagi komen.... majoriti menghentam si Fizo ni... hiks !

Aku sokong kata2 netizen ni... penyeri majlis Gegar Vaganza adalah Dato' Vida... aku tengok pun bukan sebab retisss sangat... tapi suka tengok gelagat Dato' Vida yang mencuit hati... laki aku yang memula bingit pun asyik gelak je tengok peel slumber Dato' Vida ni....  yela... kita bukan boleh puaskan semua orang pun.... 

13

Apapun... malam tadi Dato' Vida cantik berpakaian berwarna bendera Kedah.... walaupun dia asal Kelantan.... hahahhaa !! ehhh aku puji dia bukan pasal dia sokong Kedah tau.... tapi aku memang puji kewibawaan beliau.... coz she's very down to earth.... kalaulah aku boleh pelantakkan apa saja orang cakap pasal aku dan mampu berdiri teguh tanpa pedulikan mereka yang negatif ini...... kan best...

Itu saja kisah Fizo Omar yang tak stim tengok Gegar Vaganza.. sekian.

TAHNIAH ! Siti Nordiana Menjuarai Gegar Vaganza 2015 !

2:42 AM 7
TAHNIAH ! Siti Nordiana Menjuarai Gegar Vaganza 2015 !
12376057 10203924064662274 653283998916396274 n

TAHNIAH ! Siti Nordiana Menjuarai Gegar Vaganza 2015 | Seperti yang dijangka, kemenangan adalah milik Siti Nordiana... ada yang kata kemenangannya berdasarkan simpati kerana Nana ibu tunggal tapi bagi aku, sememangnya Nana layak menang kerana setiap minggu lagu yang diberikan mencabar vokalnya...

---- aku setiapkali dia buat persembahan, aku yang ketaq lutut... rasa macam aku pulak ada atas stage tu.. macam Datuk Ramli M.S cakap laaa... bukan senang nak bawak sampai not "F",,, Ziana Zain je pun dah F-Sharp... #koMAMPOOO?? katenyeee... haha !

Berikut adalah hadiah bagi Naib Juara hingga pemenang tempat ke-6 :-

Naib Juara
(Farahdhiya)
Wang Tunai RM50,000 - Pakej Percutian - Trofi GV

Tempat Ke-3
(Ezad Lazim)
Wang Tunai RM30,000 - Pakej Percutian - Trofi GV

Tempat Ke-4
(Nassier Wahab)
Wang Tunai RM15,000 - Pakej percutian - Trofi GV

Tempat Ke-5
(Acong Sweetchild)
Wang Tunai RM10,000 -  Pakej Percutian - Trofi GV

Tempat Ke-6
(Haiza)
RM5000 & Trofi GV



Siti Nordiana telah membawa lagu Putus Terpaksa nyanyian Ziana Zain pada konsert terakhir tadi, dan pada persembahan kedua lagu Awak Kat Mana nyanyian Taufik Batisah , yang dinyanyikan bersama Acong Sweetchild... Nana betul2 all out tadi ! hakakkkk menggigil tengok.... tapi Nana boleh nyanyi watlekkk watpisss je....

Nana membawa pulang hadiah berbentuk :-
  • Wang tunai RM100,000
  • Pakej Percutian ke Madrid, Sepanyol
  • Sebuah single terbitan Astro
  • Trofi GV
SITI

Selain itu, Nana juga memenangi persembahan terbaik dan membawa pulang RM5,000. Tahniah Nana ! Memang kamu layak untuk menang sebab nampak kamu memang nak menang dan membuka mata dunia.... Semoga makin bercambah rezeki kamu diluar nanti --- tahniah juga pada pemenang yang lain :)

GEGAR VAGANZA 2015 KINI----------- DITUTUP !!

December 12, 2015

Derita Ke Hidup Dengan Mak Bapak??

9:15 AM 14
Derita Ke Hidup Dengan Mak Bapak??
C360 2014 10 05 13 30 48 975

DERITA KE HIDUP DENGAN MAK BAPAK | Langsung tak... aku tak pernah derita hidup dengan mama abah & adik2 aku... diorang penyayang... sangat caring pada aku... slacknya cuma satu, mereka terlalu overprotected aku... yelah, aku faham... semua sebab aku sakit..... anything will be happen kan... so takde laaa aku rasa derita pun...

Selalu je pergi karaoke sesama.... merenung KLCC dan posing sana dan sini sekeluarga.. entah... aku tak pernah rasa derita langsung... malah aku selalu keep update kebahagiaan aku dulu sebelum kahwin.. kawan2 aku yang tahu mama abah overprotected, nak ajak aku keluar depa sanggup berdepan dengan mama abah aku dulu... haaaa gittew... so tang mana derita pulak??

12376141 10153321911998100 8398381585448817819 n
(from Beautifulnara)

Aku kawin masa umur aku 23 tahun... (dalam linkungan ni adakah dipanggil kawin muda?) ntah aku tak tahu.... biasalah bila berumahtangga, apa lagi yang aku boleh update? zaman bercinta dengan suami dulu aku mengalami krisis yang membuatkan aku dengan suami tak boleh jumpa selalu... dah kawin, aku bahagia... aku update je laaa...

Seawal aku kawin jela aku keep update segala perkara aku buat dengan suami.... yelah, first time rasa hidup berdua, dalam kesempitan pulak tu... kawin pun takde baju bagai... inai pakai sendiri... nikah ikut Islam, settle... mana ada kenduri.... takde pun.... cuma itulah... aku pamerkan kebahagiaan aku dalam FB.... (siap ada kata aku riak) ... padahal --------

Dah nak masuk 3 tahun ni aku slowly je la update pun.... kekadang jari rasa nak update something tapi tak tahu apa... aku pun post je laaa apa yang aku bual dengan suami...

102

Aku terbaca komen ni kat Beautifulnara.. dan aku setuju... kekadang kami2 ni pamer kebahagiaan kami bersebab... kekadang nak tutup rasa sedih tu.... jangan compare dengan zaman dulu.. dulu takde FB... sekarang ni makcik2 pun ada je pamer kebahagiaan dengan suami.... eloklah pamer kebahagiaan dengan yang halal dari berpeluk sakan padahal ----------------- kawin pun tak lagi...

Aku ni takde anak lagi... kalau ada anak of coz aku post pasal anak aku.... kelakarnya anak aku... harini dia bermuram durja dengan aku... tapi sedihnya... aku tak ada rezeki disitu...

-- Kenapa aku acapkali update pasal aku dengan suami? Sebab aku appreciated dia... aku appreciated sangat kurniaan Tuhan pada aku.... sebab aku pesakit kronik, dan dia OKU fizikal...

Apa kena mengena?

Sebab dulu aku banyak kali gagal dalam percintaan yang hampir membawa aku kepada perkahwinan... tapi semuanya tipu aku... mereka normal dan berjanji akan jaga aku... sedangkan mereka tahu aku tak boleh tension... ntah laa... masa terbuang yang sia2...

Tapi suami aku yang mereka pandang CACAT inilah banyak berjasa dan bertanggungjawab atas aku... mengajar aku supaya tidak jadi bodoh dan kuat semangat... sentiasa mengangkat martabat aku sebagai seorang isteri... sungguhpun dia kekurangan, dia sentiasa lebihkan aku....... bukan senang hidup kami berdua ni sebab aku sendiri kena fight untuk hidup in fact antibodi aku memang teramat lemah masa ni...

Moral & sivik dari cerita & bebelan aku ni.... berlapang dada... kau mungkin tak suka tayang kebahagiaan kau dengan suami tapi kau masih ada intipati penceritaan kebahagiaan kau bersama anak kau pulak.... Nasib orang berbeza, kau tak pernah tahu apa mereka lalui :)

Sekian.

December 11, 2015

JPJ, Kami Mohon Bertimbangrasa !

4:33 PM 2
JPJ, Kami Mohon Bertimbangrasa !

Hanya entri kosong...
Aku hanya berharap... JPJ kasihani orang2 macam suami aku yang susah nak kesana kesini untuk test itu dan ini.... yessssss suami aku tak normal.... tapi kenapa bebankan dia?? dan orang senasib dengannya??

Kalau tak kerana risau dengan JPJ dan Polis, aku suruh je suami aku bawak kereta kesana sini... melepasi highway.... bukan dia tak boleh drive pun... DAH BOLEH !! pergi hospital dia yang drive kereta ! Apa lagi awak nak JPJ??

Pengesahan yang membuktikan suami boleh bawak kereta?? BUKTI APA LAGI AWAK NAK JPJ??

Kata nak mohon sign doktor, tapi kenapa doktor tolak suami aku pergi jumpa pakar itu dan ini?? Dia bukan takde tangan, bukan takde kaki... semuanya normal kecuali TULANG BELAKANG PATAH dan RUSUKNYA kedepan ! Tapi dia mampu MEMANDU.... apa lagi awak nak, JPJ??

Takkan nak memandu berlesenkan L sampai mati?? Kamu jugak JPJ yang akan tahan dia tanpa lesen penuh... kamu normal, tak boleh bertimbangrasa ke?? ke tetap nak ZALIM dengan Orang Kurang Upaya ni??

Maaf, ini hanya luahan aku sebagai isteri yang tidak tahan dengan sistem yang memang TAK ADIL dan menyusahkan ORANG KURANG UPAYA ni... sedih sangat !


December 09, 2015

Kenapa Doktor Bodoh?

9:44 PM 11
Kenapa Doktor Bodoh?

KENAPA DOKTOR BODOH? | Aku tak pasti aku nak taip apa untuk entri aku ni.... aku masih dalam mood down lepas Is jumpa Pakar Ortopedik haritu... aku sakit hati bila doktor tolak Is jumpa pakar itu dan ini... langsung takde kelonggaran.... dia ingat gamaknya Is tu boleh jalan macam biasa kot....

Masa masuk bilik doktor tempoh hari... dengan muka yang cukup meloyakan dia tanya Is... ❝ Kenapa rusuk awak kedepan?? ❞ Is pun explainlah yang tulang belakang dia patah.... etc etc... lepas tu aku bagitau doktor yang badan Is memang tak boleh straight macam orang normal sebab kalau straight nanti dia jatuh sebab tak dapat imbang...

Doktor tu boleh paksa dan memaksa Is untuk luruskan badan dia... ehhh apa ke bodoh sangat?? tak pepasal Is terkial2 nak bangun balik... lepas tu dia cakap kat Is..

.. Ehh takut pulak saya tengok cara awak bangun.... ❞ jari tengah untuk awak lah doktor ! -,,- waktu menaip ni memang dah hilang rasa sopan aku....

seriously, as wife, kau akan rasa bengang bila suami kau yang tidak upaya diperlakukan begitu.. nampak masalahnya kecik but its quite annoying ! aku tak boleh tahan --------

Tunggu awak berjam hanya untuk tengok muka awak yang mengjengkelkan?
Mintak tolong tapi awak tolak kami kesana kesini?

TERIMA KASIH !!!

December 08, 2015

Orang Yang Kuat Ketawa Lebih Sihat !

11:04 AM 0
Orang Yang Kuat Ketawa Lebih Sihat !


ORANG YANG KUAT KETAWA LEBIH SIHAT | Agak sukar bagi kita yang bersedih ni nak ketawa... aku kalau moody, Is bersusah payah paksa aku ketawa... macam2 jokes yang dia buat tau... at last... aku ketawa laa jugak... weeeee~

Ketawa ni ada pro & kontra dia... tapi banyak sebab kenapa dengan ketawa je boleh buat korang sihat.. KAMU MESTI KETAWA MELIHAT PERKARA INI ! ..... antara sebab yang membuktikan ketawa itu bagus adalah...

  • Boleh hilangkan stress - especially untuk pesakit kronik macam aku... kanser atau HIV... penyakit sebegini akan memberi tekanan... lupakan sebentar.. ketawalah !
  • Mengurangkan perasaan takut - Ketawa boleh membebaskan hormon dopamine, serotonin dan endorphin yang boleh mengembalikan mood korang daripada memudaratkan emosi.
  • Meningkatkan kesihatan pernafasan - Orang yang suka ketawa dapat mencergaskan badan, di samping itu korang dapat bernafas dengan lebih dalam.
  • Lebih rendah peluang penyakit jantung - membolehkan lapisan saluran darah berkembang dan mengalir dengan baik.
  • Hubungan lebih erat - Boleh mencetuskan perasaan gembira antara korang dan orang lain...
Sooo... jangan terlampau moody setiap masa... ketawalah... layan cerita Mr.Bean ke.?? aku memang selalu cari bahan yang boleh buat aku ceria... hidup sekali je uolssss..... asyik sedih2 takut kang bawak mati pun sedihhh ajeeee..... 

Cheers.

December 07, 2015

Nasib OKU yang Dipersendakan...

7:01 PM 7
Nasib OKU yang Dipersendakan...

NASIB OKU YANG DIPERSENDAKAN | Aku bangun awal pagi tadi... dalam keadaan Is demam aku paksa gak dia bangun untuk jumpa Pakar Ortopedik... sebelum ni postpone sebab kes pasang lantai bagai.... harini aku paksa gak walaupun aku kena telan bebelan dia yang mengantuk bagai....

Appointment pukul 9am & pukul 9.20am dah terpacak kat Ortopedik... dapat no.giliran lepas tu dah nak dekat pukul 11am , nombor still macam tu je.. tak berubah.... Is mintak jasa baik staff untuk cepat tapi depa kata nombor kami tu dalam anggaran pukul 2pm kang baru depa panggil.... doktor tak ramai katanya....


So kami decide balik dulu makan semua then datang balik.... lepas datang alhamdulillah doktor terus nak jumpa... aku pun dah suka lah kan... ingat settle takat tu je... sebab doktor dah check tulang Is semua... tapi dia hantar kami suruh buat appointment kat Unit Fisioterapi pulak... oklah takpe, kami pun jalan lah.. gigih pergi Unit Fisioterapi...


Dah sampai sana... depa kata barang tak cukup pulakkkkk untuk buat fisioterapi... depa tendang kami pergi Rehab Centre area HUKM.... Ya Allah... mendidih hati aku.... Is apatah lagi... aku ni bukan takat mendidih dah... berairmata... kesian tengok suami aku....

Kami mintak jasa baik doktor Ortopedik tapi tidak memberi kesan... dari low voice dah sampai high noted kot.... dia tetap suruh Is pergi fisioterapi.... Cerita dia... nak dapatkan TANDATANGAN untuk luluskan Is bawak kereta je punnnnn.... ITU JE ! demi nak dapatkan lesen P, dia perlu jalani prosedur ni....

Maaf, aku cuma berkongsi cerita... tak tahu nak salahkan JPJ atau pihak hospital .. aku sedih... bukankah warga OKU ni sepatutnya diberi kepentingan... awak yang normal tak rasa beban sakit bila berjalan ke sana sini dengan tulang bengkok, boleh cerita laaaaaa !! :(

Aku Rela Kena Rogol !

2:06 PM 6
Aku Rela Kena Rogol !
Highest Rape Crime in Ethiopia

AKU RELA DIROGOL | Bolehlah aku kategorikan undang2 Malaysia ni macam bangsat.... memang aku keji dengan undang2 yang ada... TIADA BELAS KASIHAN !! Membunuh sebab nak mempertahankan diri daripada dirogol, harus dipenjarakan?? shit !

surirumah

Walaupun bukan bangsa aku, sebagai wanita aku harus terasa dengan tindakan mahkamah yang mengenakan hukuman penjara padanya... tak adil bagi aku... sangat tak adil... S.Kalaichelvi, 25 tahun (sebaya aku ni) ... telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun oleh Hakim Zainal Adzam.. kata hakim tersebut, sepatutnya hukuman diberikan lebih berat kerana Kalaichelvi telah melakukan "pembunuhan kejam"...

Kejadian tersebut berlaku dimana suami Kalaichelvi tiada di rumah dan suspek menceroboh masuk dan cuba mengasari Kalaichelvi... dia telah melontar serbuk cili pada mata suspek tetapi suspek masih beria2 mengejarnya dan kemudian Kalaichelvi sempat memukulnya dengan besi di kepala dan itu menyebabkan kematian suspek.....

Siapa yang KEJAM dalam keadaan sebegini?? korang boleh fikir sendiri kan?? Kesian Kalaichelvi atau wanita2 seperti kita ni kan?? nak pertahankan maruah punya pasal.... kita pulak dipenjarakan... seriously... aku rasa sendu sangat... aku tahu bangsa India ni betul2 jenis pertahankan maruah untuk suami mereka yang dianggap sebagai dewa...

Kalau korang? sanggup jadi Kalaichelvi?? Kalau aku... sanggup !! Kaum wanita silalah belajar seni pertahankan diri jugak ye... :(

Cheers.

GEGAR VAGANZA 2 | TEMA - "#AdaLaguAdaLagi" - SENARAI LAGU YANG BAKAL DINYANYIKAN DI KONSERT KE-9 (Konsert Akhir)

1:50 AM 1
GEGAR VAGANZA 2 | TEMA - "#AdaLaguAdaLagi" - SENARAI LAGU YANG BAKAL DINYANYIKAN DI KONSERT KE-9 (Konsert Akhir)


Nampaknya Acong dah balas dendam dengan kekalahan minggu lepas... Acong hampir tersingkir namun dengan kebaikan Dato Vida menggunakan imuniti, maka Acong terselamat... syabas! Untuk konsert akhir dengan tema #AdaLaguAdaLagi... akan menyusul... yang paling best... Dato Vida pun akan nyanyi minggu depan uolssss....

Berikut lagu yang akan dinyanyikan mereka pada konsert akhir nanti :-
  • Siti Nordiana - Putus Terpaksa (Ziana Zain)
  • Haiza - Puisi Cinta (Illusi)
  • Nassier Wahab - Gelombang Cinta (Head Machine)
  • Ezad Lazim - Nur Nilam Sari (Wings)
  • Acong Sweetchild - Seruan (Lefthanded)
  • Farahdhiya - Janji Manismu (Aishah)
Dalam  konsert terakhir ini jugak, mereka akan membawakan lagu versus... so..?? Siapa lawan siapa?? jejejengggg.....

Antara lagu yang akan mereka lawan bersama :-
  • Siti Nordiana vs _______  Awak Kat Mana? (Taufik Batisah)
  • Farahdhiya    vs _______  Ohh ! La La (KRU) 
  • Ezad Lazim   vs ________ Apa Khabar (Joe Flizzoe ft SonaOne)
Sama2 kita tengok apa akan jadi konsert final nanti ye...!

GEGAR VAGANZA 2 - ARTIS YANG TERSINGKIR MINGGU KE-8

12:44 AM 0
GEGAR VAGANZA 2 - ARTIS YANG TERSINGKIR MINGGU KE-8
cats

ARTIS YANG TERSINGKIR MINGGU KE-8 | Sebenarnya dah jangka sebab biasalah kan... nama pun astrooooooooo..... hahaha ! 

Opsss.... anyway, artis yang tersingkir untuk minggu separuh akhir ni adalah Kak Azian Mazwan Sapuwan yang membawa lagu Sedalam Mana Cintamu nyanyian Safura... dapat memikat juri namun nasib tidak menyebelahi beliau...

Takpelah Kak Azian... dah sampai separuh akhir pun membuktikan Kak Azian memang bagus... suka gaya nyanyi Kak Azian yang zigzag tu.... semoga ada rezeki lain diluar sana !

InsyaAllah.

December 06, 2015

Sejauh Mana Kasih Sayang?

12:47 PM 1
Sejauh Mana Kasih Sayang?
Romantic Couples Anime Wallpapers
SEJAUH MANA KASIH SAYANG | Demi kasih sayang lautan api sanggup kuredahi... alkisahnya... biasalah bila dah bercintan cintun ni mulalah semuanya kau rela... tetapi adakah kesanggupan kau tu kekal??

Aku jawab kuiz ni... kononnya kasih sayang aku adalah teguh... korang bolehlah try menilai kasih sayang korang melalui ☛ [KUIZ] Jauh Manakah Kasih Sayang Kamu? ... hakikatnya kasih sayang dan cinta itu tidak ternilai.... cinta kerana Allah adalah sebaiknya... maka kamu akan pertahankan hingga ke akhirat....

Selamat ber-kuiz !

TUNKU ABDUL JALIL SULTAN IBRAHIM MANGKAT

1:24 AM 2
TUNKU ABDUL JALIL SULTAN IBRAHIM MANGKAT
image

TUNKU ABDUL JALIL SULTAN IBRAHIM MANGKAT | Lepas satu pemergian demi satu pemergian pada penutupan tahun ini.. Terbaru, anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7:11 malam tadi (Sabtu) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

Almarhum Tunku Abdul Jalil semasa hayatnya adalah pejuang kanser hati dan telah menjalani pemindahan hati di Hospital Universiti Sun Yat-Sen, Selatan China pada 10 Disember tahun lalu, namun Allah SWT lebih menyayanginya dan almarhum meninggal pada umur 25 tahun... ahli keluarga diraja Johor turut berada di sisi saat pemergiannya..

Kerana penyakitnya itu, ianya telah mendorong Sultan Ibrahim untuk menubuhkan Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation, yang dapat membantu pesakit kanser yang memerlukan bantuan kewangan dan perawatan.

Almarhum akan disembahyangkan dan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah selepas Zohor... Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat... berehatlah Tuanku :(

tengku jalil sakit2

Sedih hati terkenang seorang demi seorang pergi... ini yang kita kenal.. yang kita tak kenal berapa ramai lagi yang telah kembali kepada "rumah asal".... bila terfikir... adakah lepas ini giliran aku?? Sesungguhnya janji Allah SWT itu pasti ..

Merafak Sembah Takziah Buat Kerabat Diraja Johor.

Innalillahi wainna ilaihi rojiun ~

December 05, 2015

Puisiku | " Batu Yang Cuma "

2:16 AM 2
Puisiku | " Batu Yang Cuma "
batu ajaib

Berteka-teki jiwa--
masih dapatkah aku merasai
masinnya garam dan manisnya gula?

Antonasi kehidupanku pelbagai,
menyeringai ketawa berdekah dengan duka--
seronoknya jadi batu dunia --
semuanya dilihat tapi terdiam cuma ~

Luahan SiMatiHidupKembali
05Disember2015/2:15am

December 04, 2015

Sifat Iblis Yang Patut Dicontohi

8:12 PM 1
Sifat Iblis Yang Patut Dicontohi
iblis
Gambar hiasan.

SIFAT IBLIS YANG PATUT DICONTOHI | Bila orang tu buat jahat je... kita akan cakap perangai dia macam iblis.... tapi.... kejam sangat ke iblis ni?? haaa camne tu?? sedangkan.... iblis ni banyak sikap2 mahmudah yang ada pada diri dia tau.... (ehh jangan cakap hakakkk pengikut iblis pulak)...

Borak2 dengan Is... aku banyak tanya tentang logiknya kehidupan... sebab aku tak suka nak be so judgemental sangat... so kekadang aku terfikir, jahat sangat ke si Azazil a.s ni sedangkan dialah yang paling taat pada Allah SWT.... dia hanya berasa tidak adil kerana dia harus sujud pada Adam kerana Adam adalah manusia... 

Bersungguhnya dia nak sesatkan anak Adam sehingga meminta izin Allah SWT dan Allah SWT perkenankan permintaannya....

Contoh Sifat Iblis Yang Harus Kita Contohi :-
  • PANTANG MENYERAH - Macam aku katalah, iblis ni dia bersungguh2 buat kerja... selagi manusia tidak tergoda, dia akan terus dan terus menggoda... haaa manusia ni cepat giveup kan? Macam akulah...
  • KREATIF - Dalam menggoda manusia, iblis memang kreatif... macam2 cara dia buat supaya kita buat dosa...
  • KONSISTEN - Kaum iblis ni memang tak pernah mengeluh apatah lagi berputus asa...  tu sebab kita2 ni senang je kena bisik dengan dia... haaaa kena bisik terus rasa nak buat dosa... begitu konsistennya iblis ni...
  • BEKERJASAMA - Sesama iblis ni, takde hasad dengki.. so camne pulak nak kata hasad dengki tu perangai iblis?? depa bekerjasama tau buat kerja hasut menghasut ni....
  • GENIUS - Depa ada idea sendiri... tak macam kita, asyik copycat sepanjang masa... heee~
  • TIDAK MERINTIH - Kita ni kalau usaha tak datangkan hasil, terus salahkan Tuhan segala bagai... tapi iblis ni buat kerja tanpa harapkan balasan... cukuplah manusia sesat, depa bahagia ~~~
  • SUKA BERTEMAN - Haaa... dia suka berteman.. lagi2 sama2 teman dia ke neraka.. lagi ramai geng dia lagi dia seronok.... manusia ni kekadang selfish kan...??

So.. amacam?? bukan hakakkk suruh korang jadi iblis ye... cuma upgrade diri supaya kita lebih baik dari iblis.... entri ini pengajaran untuk aku jugak sebenarnya.. banyak sikap mazmumah dari mahmudah... moga bermanfaat untuk kita2 ye....

Cheers.

Awas! Pisang Penyebab Kanser!

4:42 PM 2
Awas! Pisang Penyebab Kanser!
monkbnn 201401151046149484

AWAS! PISANG INI PENYEBAB KANSER ! | People alwaysss like bananasss...!! haaaa gittew.... aku suka makan pisang walaupun aku tak boleh makan banyak... ntah... memang suka gila makan pisang, tapi kalau aku makan banyak... aku akan ada potensi masalah jantung...... so abaikan kisah sedih aku ni.... hahahaha

Siapa suka makan pisang?? selalu kita beli pisang mesti tengok pisang yang cantik2 je kan?? yang ada hitam2 tu rasa macam nak pandang pun takmau....tapi awas ! Jangan ingat pisang yang cantik itu selamat untuk dimakan....

12

Pisang yang cantik tu sebenarnya hasil pisang yang direndam dalam air karbait... Air karbait ni memaksa pisang tu untuk masak.... manakala pisang yang tak cantik tu.... semulajadi masak...

Carbide@Kabait adalah bahan kimia yang bila bercampur dengan air akan menghasilkan haba dan gas dan jika dibiarkan dalam ruang tertutup akan menghasilkan gas yang lebih kuat dari LPG gas.. Gas tersebut akan meresap masuk ke dalam pisang dan jika penyerapan berlebihan dalam pisang akan menyebabkan peratusan yang tinggi masuk ke dalam badan...

Kandungan karbait yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan tumor & kanser di bahagian perut... maka cegahlah sebelum terjadi ye... hakakkk pun baru tahu..

Moga perkongsian ini bermanfaat ya.

Juara Parodi 2015 Dibatalkan Hari Ini

4:06 PM 0
Juara Parodi 2015 Dibatalkan Hari Ini
12346298 10154007776022345 2322013715143132866 n

JUARA PARODI 2015 DIBATALKAN | Juara Parodi 2015 hari ini dibatalkan dan digantikan dengan malam penghargaan sempena pemergian Yus Jambu baru2 ini.. arwah meninggal akibat serangan jantung...

Tribute buat pelawak ini akan diadakan menggantikan Konsert Juara Parodi, iaitu "Juara Parodi - #PakYus Dalam Kenangan"... Ramai warga artis yang akan terlibat dalam tribute ini bagi menyampaikan persembahan demi memperingati Pak Yus yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni dan banyak buat kita2 ni ketawa...

Semoga arwahyarham dicucuri rahmat... Orang yang baik sentiasa diingati :)