9/1/15 - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 30, 2015

Resepi - Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sedap Lagi Gojesss

11:42 AM 4
Resepi - Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sedap Lagi Gojesss
417734 3900222284302 920566231 n

Alkisahnya nak guna gambar Google tapi sebab rasa not fair pulak kan sebab ni kan lauk feveret aku, maka aku pun gunalah gambar sendiri... kualiti gambar memang yang2 yok sikit sebab ni gambar lama.... emm... Masak lemak cili api ni sinonim dengan oghang nogoei ni...?? Tapi sesungguhnya darah oghang nogoei tak pernah mengalir dalam tubuh aku... Cuma... adik aku si Adib tu berjodoh pulak dengan orang Negeri Sembilan ni haaaa....

September 29, 2015

Google Icon | NASA Temui Bukti Kewujudan Aliran Air di Planet Marikh

10:22 AM 2
Google Icon | NASA Temui Bukti Kewujudan Aliran Air di Planet Marikh
bday

Google Icon @ Google Doodle diatas ni adalah simbolik terhadap satu penemuan baru.. Selalu kita rasa hanya planet Bumi yang ada air dan kehidupan... Ada setengah orang tak percaya bahawa di planet lain juga mempunyai kehidupan... Percayalah, alien memang wujud.... hah !

Yogurt Itu Mencantikkan !

8:22 AM 2
Yogurt Itu Mencantikkan !

Source by Google.

Yogurt diperbuat dari susu kultur dan dikenali sebagai bakteria sihat.. Ianya sangat baik untuk perut.. Suka makan yogurt?? Ada yang tak reti nak makan yogurt ni sebab tekstur dia yang pejal dan masam... Ehh tapi aku suka, yang ada letak buah2 bagai tu.... perghhh....

September 27, 2015

RESEPI PAD KRAPOW GAI (AYAM MASAK SELASIH)

2:06 PM 2
RESEPI PAD KRAPOW GAI (AYAM MASAK SELASIH)
RESEPI PAD KRAPOW GAI (AYAM MASAK SELASIH) - Lama sudah nak readykan resepi ni cuma takde masa. Ingatkan nak letak gambar sendiri cadangnya tapi sebab aku memang tak buat lagi benda alah ni, maka terpaksalah aku culik gambar dari Google.. emm... Pad Krapow Gai ni adalah resepi dari Thailand sebenarnya.. Boleh kata makanan ruji laa untuk diorang... Uniknya makanan ni sebab menggunakan banyak daun selasih..

Aku abadikan resepi dalam blog ni kot2 aku rasa rajin nak buat.... hiks ~ korang bolehlah try :)


Source by Google

RESEPI PAD KRAPOW GAI
Bahan-bahan :
1 mangkuk daging/ayam cincang
6 ulas bawang putih
6-8 tangkai cili padi
1/2 st garam
4 sb minyak sayuran
1/2 cawan bawang merah - dicincang
1 sb sos ikan
1 sb sos tiram
1/2 st gula
1 cawan daun basil/selasih
Cara-caranya :
Tumbuk bawang putih, cili padi dan garam bersama2, ketepikan. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan tumbuk tadi hingga wangi.

Kemudian, masukkan bawang merah yang dicincang dan biarkan layu seketika. Masukkan ayam.

Biarkan sehingga separuh masak dan masukkan sos dan perasa. Akhir sekali bolehlah masukkan daun selasih dan masak sehingga daun selasih layu. Tutup api.-

Senang gila kan2...?? Kalau boring sangat lauk biasa, try arr lauk yang cenggini pulak.. especially untuk korang yang memang suka daun selasih !

Selamat mencuba :)

HAPPY 16TH BIRTHDAY GOOGLE !

12:06 PM 0
HAPPY 16TH BIRTHDAY GOOGLE !
bday

hahhh amik kau... Kau ingat kau je ada tarikh kelahiran??
Encik Google pun takmau kalah...
Muda lagi rupanya Encik Google ni... hahahhaa

September 26, 2015

Tempat Misteri Yang Menyeramkan !

8:42 PM 0
Tempat Misteri Yang Menyeramkan !

Hahhahaha !! Kalau misteri memang acapkali menyeramkan... kan?? Hantu dengan misteri mana yang lagi seram?? Tapi aku sejak kawin dengan Is macam dah takde seram sangat pasal makhluk2  ni sebab Is kan bomoh .. Ehhh tidak... dia tak declare dia bomoh pun.... Tapi lebih kepada Pengamal Perubatan Alternatif... mengubat orang la kekdahnya... So... meh laaa kita kaji tempat2 misteri ni ada seram ka.. tarak seram??




HIGHLAND TOWER | Ini tak perlu diperkatakan lagi kan.. Sebab apa ianya berhantu?? Ianya meragut berpuluh nyawa tetapi tak semuanya dijumpai... Ada yang dah terkandas dalam tanah... err awat terkambus dalam tanah nak kait hantu plak?? Bukanke mati esok memang masuk tanah gak?? krikk krikk krikk




BANGLO MONA FANDEY | Banglo yang pernah didiami Mona Fandey dan suaminya.. Beliau terlibat dalam kes pembunuhan kerat mengerat.. emm cakap pasal Mona Fandey je orang jadi seram.. kenapa ek??




VILLA NABILA - Johor Bharu | Aku kalau dengar nama Villa Nabila ni mulalah terbayang kisah kekecohan budak hilang alkisahnya.... tapi hakikat sebenar budak tu pi rumah kawan dia.... Punyalah berita nak wujudkan kisah seram tentang villa ni... haha ! Anyway, tempat ni pernah jadi markas pembunuhan.. So akibat kes itu, maka terwujudlah kisah2 mistik di villa indah ini.. pernah menjadi saksi... ehhhh sorry ternyanyi ~~~




BUKIT TUNKU - Kuala Lumpur | Dikenali sebagai Kenny Hills, adanya kisah yang mengatakan seorang pemuda telah terbabas di selekoh berhampiran kawasan ini, namun jasadnya tidak dijumpai.. Tak tahulah mitos , auta atau kenyataan...




PENJARA PUDU | Ramai seram dengan Penjara Pudu ni kan?? Dikatakan banyak hukuman mati yang dilakukan disini... Termasuk menyimpan penjenayah yang ganas macam Botak Chin.. Aku tak pasti kenapa Penjara Pudu ni ditutup sebab bila Google... tak habis2 cerita lawak konon Ahmad Albab yang punya apa ntah... kelakar sangat lettew...




KARAK HIGHWAY | Cerita pasal wolkswagen adalah yang paling femes setakat ini.. Alkisahnya ada yang nampak penumpang takde kepala laa... wolkswagen jalan sendiri laa... Tapi so far sepanjang balik kampung nun kat Terong, Perak... acapkali lalu jalan ni... Alhamdulillah takdelaa perkara misteri yang berlaku :)




BANGLO TERBENGKALAI, JALAN TURI - Bangsar | Tengok gambar ni pepagi pun seram... hahaha... tak tahu kenapa... Menurut rekod polis, seorang pengawal keselamatan telah membunuh dua orang kanak2 Amerika dan pengasuh mereka, kemudian mereka ini dikerat2 dan dibuang ke tangki najis..



KELLIE'S CASTLE -  Perak | Terdengar jeritan, pintu tertutup sendiri dan seorang kanak2 yang dilaporkan mati disini.. Cerita yang klise aku dengar... Tapi tak pernah hadapi sendiri... Cuma tu lah... sebelum aku tahu tempat ni menyeramkan, aku pernah laa pergi dengan family, bergambar depan Kellie's ni... Then satu perasaan yang tak best menyelubungi diri.. Tak tahu laa apakah perasaan ittew...

-------------------------- trettttttt cerita dah habis !

Sumber aku dapat dimana-mana menerusi Google.. Ada yang aku translate, ada yang aku ubah... Macam2 laa.... korang ada kesahihan ke dalam cerita ni?? Hahh !! Alang2 dah cerita misteri ni kan.. ada satu tempat sebelum penubuhannya, siap kena panggil ustad lagi.. »»» [KISAH BENAR] -Misteri Cyberjaya Sebelum Dibangunkan ««« 

Semoga bermanfaat ye :)

Menyelami Perasaan Pesakit Kanser, Jom Lari Sambil Pakai Rambut Palsu !

8:26 AM 0
Menyelami Perasaan Pesakit Kanser, Jom Lari Sambil Pakai Rambut Palsu !


Ramai pengidap kanser yang menjalani kimoterapi akan mengalami keguguran rambut yang teruk akibat rawatan tersebut.. Ianya mengambil masa 2-6 bulan untuk rambut tumbuh semula dan kebanyakkan pesakit bergantung kepada rambut palsu. Namun, tak semua rambut palsu itu adalah murah..

September 25, 2015

Aneka Perencah Ini Menjadikan Makanan Bertambah.. WOW !!!

2:09 PM 2
Aneka Perencah Ini Menjadikan Makanan Bertambah.. WOW !!!
65bd

Especially untuk awek2 yang malas masuk dapur... Hahaha... 

Korang suka makan sambal?? Sambal apa yang korang tahu makan & buat sendiri?? Aku dari zaman kekecik seawal umur 8 tahun dah gheti makan sambal belacan.. No sambal belacan is no nasik... Cukuplah nasi + ikan kembung/selar goreng kunyit + kicap manis sikit... Ya Allah.. itupun bertambah tau...

September 24, 2015

Lebih Kurang 300 Jemaah Terkorban Akibat Dirempuh Di Mina

7:44 PM 0
Lebih Kurang 300 Jemaah Terkorban Akibat Dirempuh Di Mina
haji_injured_600

Lebih kurang 300 jemaah haji yang terkorban manakala 450 yang lain dilaporkan cedera akibat dirempuh ketika jemaah sedang melakukan ibadat wukuf di Mina.. Berita Al-Arabiya melaporkan kejadian berlaku berhampiran khemah yang menempatkan jemaah haji.

Jom Ke Busan ! Bandar Yang Penuh Bersejarah Di Korea !

5:53 PM 1
Jom Ke Busan ! Bandar Yang Penuh Bersejarah Di Korea !

Busan atau sebutan sebenarnya [pu~shan] , dikenali juga sebagai Kota Metropolitan Busan, adalah sebuah bandar pelabuhan yang terbesar di daerah Korea Selatan... Kota Busan sangat kaya dengan tradisi dan budaya..

Busn juga dikenali sebagai Kota yang Bersejarah.. Ianya dikenali kerana gunungnya, kuil2 dan juga makanan laut... Salah satu tempat yang boleh buat pengunjung berdaya-imaginasi...

7169

Tempat ini di-panggil Gamcheon Culture Village, selain itu ada yang memberinya nama sebagai "Santorini Korea", "Machu Pichu Korea" atau "Lego Village"... Nak tahu kenapa?? Jom baca »»» Korang Tak Akan Menyesal Bila Bercuti Di Busan, Korea ! ««« Aku tak pernah impikan diri sendiri untuk sampai ke Korea sampailah aku tahu banyak sangat tempat menarik... hahahha ai is teruja tau !

September 22, 2015

Lisa Surihani Dan Yusry KRU Umumkan Nama Anak

9:56 PM 4
Lisa Surihani Dan Yusry KRU Umumkan Nama Anak
nama anak lisa surihani

Sumber - Beautifulnara

Akhirnya penantian peminat termakbul.. Nama yang dipilih oleh Lisa & Yusry untuk babygirl depa adalah Yahaira Leanne... yang membawa maksud "Wahai sebaik2 kelembutan".. Cantik pulak nama anak perempuan Lisa & Yusry ni... aku tunggu jugak kot ada hati2 busuk pertikai nama anak depa ni...

Sebenarnya dalam tulisan jawi, kalau translate balik sebutannya "Ya Khaira Lian".. tapi nak best sikit depa letaklah.. Yahaira Leanne.... pun boleh... hakakkk tarakkk hal... anak depa... depa yang asuh...

.. Janganlah pertikaikan nama Yahaira Leanne ni ye... Maksud dah baik tu.. Semoga Yahaira Leanne membesar menjadi gadis cantik dan baik... mwahs !

September 21, 2015

Mereka Ini Mati, Tetapi Hidup Kembali..

2:11 PM 10
Mereka Ini Mati, Tetapi Hidup Kembali..
10174981 10202267053758037 3971281956598307211 n
Sebab muka terlalu "serabai"
maka kita buat pembedahan plastik surgeri kejap..

Dalam gambar yang bersama aku ini adalah... Norzam Iskandar, dia suami aku.. Dia dilahirkan sebagai seorang yang normal tanpa cacat celanya... Namun perjalanan hidupnya yang tragis, akibat manusia lain... dia menanggung akibatnya...

Bila Juliana Evans Peluk Shaheizy Sam

1:41 PM 0
Bila Juliana Evans Peluk Shaheizy Sam
666

Juliana.... Dari mula minah ni seorang gadis yang angkuh sehinggalah ditakdirkan dia kemalangan... Akibat kemalangan itu dia diharuskan menjalani pembedahan.. Sebelum itu, Sam banyak menggembirakannya di dalam hospital... Hanya Sam yang ada bersama dengannya....

Sahabat2nya tiada dan melarikan diri.. haaaa masa tengah happy2 kekawan yang dia anggap sahabat tu laaa yang berdamping... tapi bila sakit kekawan dia bolayan je....

September 20, 2015

AWAS ! Papadom Digoreng Dengan Minyak Biawak !

4:46 PM 1
AWAS ! Papadom Digoreng Dengan Minyak Biawak !


Siapa suka makan papadom?? (Tuan Suami aku terus angkat tangan) hahaha... k tipu.

Papadom ni kira makanan ruji jugaklah kot bagi bangsa & kaum India... So bila dah bawak masuk Malaysia, orang2 kita pun suka makanan papadom ni... Bukan Is je, adik aku Aboy pun suka makan papadom... aku teringat Fatin Fadzil punya video, dia makan papadom dengan whipped cream... dia kata sedap... aku macam ----------- ohhhh...

September 19, 2015

DIARI AKU DIALISIS : HYPO & CRAMPS

5:29 PM 2
DIARI AKU DIALISIS : HYPO & CRAMPS
aku

Kisahnya malam tadi lepas lepak dengan Is makan roti kat kedai mamak... kepala aku rasa macam nak pecah... baru teringat aku berapa hari lupa nak makan ubat... bila Is nak tolong ambik aku asyik hold je... entahlaaa... berapa ketika ni malas sangat2 nak makan ubat...

... Saja cari pasal lah kan?? Dalam pukul 2am aku telan ubat darah tinggi yang ada beberapa jenis tu... semua jenis aku telan.... lagipun aku dialisis lambat lagi... confident bebenau takde side effect...

Malam tadi aku tak tido pun.. tido2 ayam je lagaknya... ntah laa... aku lena je... terkejut dan terbangun... lepas tu tak mampu nak tido dah... so aku just layan Candy Crush & FB je...

Pagi tadi bangun tido aku rasa badan ok je sampailah dah ke hospital, kepala aku berpinau... blood pressure pulak macam rendah semacam tapi target doktor cakap itu normal... so aku anggap je laaa normal... 134/74 gitu...


Aku dialisis macam biasa... dalam 1 jam pertama ok lagi.. aku pun makan... minum.... ada arrr rasa letih.. masuk jam kedua.. aku dah tak boleh angkat tapi aku lawan lagi... buat vooodooo je... then aku tidur... so far dah melepasi fasa 2 jam setengah... Lagi 1 jam setengah?? Aku dah start cramps... aku ingat cramps sikit... aku berdiri, peluk Is... then masukkan air... tapi lain pulak jadi... aku hampir collapse sebab rasa dooniaaa gelap gelita...

siap cakap kat Is ---- "Abang...sayang takut...sayang taknak mati !!!"

menangis2 meraung2 aku kat situ... dengan tahan cramps yang dah serang satu badan... dengan nak lawan hypo aku tu... hypo ni kalau kau tak lawan maka KO lah jawabnya... alhamdulillah... nasib staff cepat.... cuma aku kembung sikit arrr sebab tarik air tak habis... masuk air je lebih...

--- Pengajaran arrr buat aku... jangan sesuka makan ubat darah tinggi tu kalau esok tu treatment... memang tak terbendung jugak laaa fasa lawan melawan tadi....

Quotes #56

8:00 AM 1
Quotes #56
BE URSELF.

Because an ORIGINAL 
is worth more than
a COPY.

Ini Sebabnya Kenapa Imam Masjid Negara Ditampar ~

7:09 AM 0
Ini Sebabnya Kenapa Imam Masjid Negara Ditampar ~

September 18, 2015

Biar Betul Kamus Oxford ni??

11:41 PM 1
Biar Betul Kamus Oxford ni??

OXFORD DICTIONARY atau Bahasa Melayu-nya , Kamus Oxford.. adalah kamus yang terpopular di kedai2 buku... mahupun dikalangan pelajar.. pensyarah... atau pembaca yang minat pada maksud2 perkataan yang mereka tidak tahu...


Kamus Oxford ni di-publish oleh Universiti Oxford sendiri yang famous sangat di United Kingdom tuuu.... Buat masa ni... ada lebih kurang 20jilid jenis kamus Oxford...

Tapi ada satu benda yang kurang pasti... aku terjumpa perkataan yang samseng2 selalu guna... kira bahasa pasar la... »»» Biar Betul?? Perkataan LEPAK dalam kamus OXFORD ??! ««« Hahhaha jangan memain tau... Oxford dah majuuuu.... tak lama lagi mungkin perkataan sailang, pailang,rembat semua masuk Oxford jugak !

Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Mengimamkan Solat Jumaat

6:57 PM 1
Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Mengimamkan Solat Jumaat
imam

Berlaku kekecohan di Masjid Negara ketika solat Jumaat tadi... 

Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ditampar oleh seorang warga India ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat.. Polis mengesahkan suspek berasal dari Kashmir, India.

Gorilla Ini Tidak Dapat Menerima Kenyataan Anaknya Sudah Mati

4:54 PM 2
Gorilla Ini Tidak Dapat Menerima Kenyataan Anaknya Sudah Mati


Kalau tengok spesis Gorilla ke Monyet ke... hmm teringat aku kisah yang dikisahkan kekonon manusia ni revolusi dari spesis monyet gorilla bagai ni...


Itu bukan kisahnya lah yang aku nak habaq,... Ini ada satu cerita... Kejadian di Frankfurt Zoo daerah Jerman, seekor gorilla diberi nama Shira ni tak boleh terima kenyataan bahawa anaknya sudah mati... Dia dilihat kehulu kehilir membawa anaknya dengan wajah resah , memeluk dan mengoncang anaknya supaya bangun...

Ini bukan kali pertama anak Shira mati, sebelum ini anaknya Tandu juga mati akibat jangkitan virus.. Shira memerlukan ruang atas kehilangan anak-anaknya...

hmm... sedih pulak baca... lagi sedih bila haiwan tu rasa sedih atas kehilangan anaknya... ni manusia yang diberi rezeki anak... kau buang macam kau ludah chewinggum je...

Manusia VS Monyet?? Macam mana korang nak handle kalau ada monyet depan mata korang?? Jom layan kuiz ni !! »»» Cabut Lari Atau Biarkan Si Monyet Menyerang? ««« Just for fun !!

Kereta Harith Iskander Kena Reject !

12:02 PM 6
Kereta Harith Iskander Kena Reject !
Harith Iskandar @ Harith Iskander sebenarnya... seorang retissss komedi yang dah berkecimpung lama sangat dalam dunia seni... Sebagai pelakon, pelawak dan pengacara...  


Sedikit info tentang beliau... Nama penuh adalah Harith Iskander bin Musa.. Anak kelahiran Johor dan beragama Islam.. Beliau mula aktif dalam dunia seni dari tahun 1980 sehinggalah sekarang... Telah berkahwin dengan dengan seorang model & doktor, Jezamine Lim.. Dikurniakan 2 orang anak (on the way yang ke-3) ..

hahhhh !! Selalu kalau retissss ni... jual apapun LAKU.... tapi terbalik dengan kes Harith Iskander ni... Kereta dia nak jual takde siapa nak beli... Nak tahu kenapa?? Jom tengok »»» Harith Iskander Terpinga-Pinga Bila Keretanya Kena "Reject" «««

------ Kesian kan?? Nasib baik ada isteri dia yang membantu... Cantik gak bini Harith ni... dulu tak pernah amik tahu pun... eh eh.... ke situ plak.. ngeeee ~~~

Gambar Ekslusif Anak Perempuan Lisa Surihani Dan Yusry KRU

1:28 AM 0
Gambar Ekslusif Anak Perempuan Lisa Surihani Dan Yusry KRU
Secara ekslusifnya Lisa dan Yusry berkongsi gambar anak sulung mereka... Ramai yang menyangka mereka dapat anak kembar... tapi ternyata hanya seorang bayi perempuan yang ... COMEL !


Suka sungguh tengok muka Lisa Surihani... dah hilang babyface dia... yang ada satu wajah keibuan yang.... ntah... aku tak tahu nak describes.. tapi aku suka tengok muka Lisa dalam gambar ni.... by the way... apa nama anak depa ni??

.. HLIVE cakap akan diumumkan selepas 7 hari... jenggggjengggg.... haaaa nasihat hakakkk.... apapun nama yang diberi... tak payah laaa korang nak komplen dan panas montot sangat... tu anak depa.... ampa jaga je anak nama anak sendiri.... nama baguih tapi perangai saitonnnn nirrojimmm pun tak guna...

--------------- ehhh melalut dah ~ sorry .

Tak sabar nak tunggu gambar close-up baby... :)

September 17, 2015

KALAU ADA ANAK... MOHON AJAR MORAL & SIVIK !

1:38 AM 8
KALAU ADA ANAK... MOHON AJAR MORAL & SIVIK !
Jujur je laa aku terkilan dengan bebudak... sampai mood aku & diri aku yang suka budak2 tu bertukar jadi benci... Aku tahu laaa Is dengan aku ni memang spesis alien... Is pinggang patah, aku pulak tangan ber-bumper sana-sini...

Aku keluar dengan Is je ada yang pandang... pandang... dan terus pandang... aku cuba positif walaupun tak tahu positifnya tu arah mana.....

B612 2015 09 01 07 34 22
Selingan supaya korang menyampah ~~~

Tadi aku teman Is pergi petrolpump nak punggah duit... then datang satu kereta parking... kete Is ni takde aircond so aku bukak tingkap laa... then anak kepada empunya kereta tu dok usha2 aku... lepas usha... lagi dan lagi.... 

Kau faham tak perasaan kau tengah tahan panas, then orang dok usha2 kau??

although a kid?

Then dia cakap.... "Mama..mama... tengok tangan budak dalam kereta tu..."

BUDAKKKKK dia panggil aku?? emmm aku nak marah... fikir budak.... So far ramai bebudak bikin aku annoying dengan cara depa pandang tangan aku.... hmm instead part dia panggil budak aku tak kisah sangat  yelah aku kan kecik macam kekanak...

Satu kes pulak masa aku makan kat kedai mamak tempoh hari... Dia bisik kat makcik dia... sambil pepandang aku... lastly gelak2... apa hina sangat kepe tangan bonggol aku ni?? Aku kekadang ringan sangat tangan nak pelempang anak2 yang agak kurang ajar jugak laaa bagi aku...

---- Anak buah aku Arissa yang baru 3-4 tahun pun pandai bertanya :-

"..Bonda... kenapa tangan bonda macam ni?? "

Kalaulah aku ada anak.... aku akan ajar anak aku hormat orang yang berlainan fizikal dari dia... Supaya dia hormat dan tahu orang akan terasa kalau dia pandang2 bisik2 cenggitu... Aku sedih tau... especially bila kena gelak.... macam mana lah Is boleh menanggung kekurangan dia tu selama berpuluh tahun....... Itu sebab jugak laa kot Allah temukan aku dengan Is... supaya aku kuat semangat , tahan caci maki orang ~~~ ahhhh pfttttttttttt ~

September 16, 2015

Jom Makan "Wednesday Rice" !

5:38 PM 0
Jom Makan "Wednesday Rice" !
Dalam Malaysia ni macam-macam korang boleh dapat especially bab makanan... memang superb habis... cakap je nak makan apa.... memang ada kat Malaysia ni.... itu je part aku sayangkan Malaysia... kah !

.. Tapi... kalau cakap atau tanya orang pasal "Wednesday Rice".. agak2 orang tahu ke apa kebenda punya makanan ni...?? Jom tengok »»» Ohh.. Rupanya Itu Maksud "Wednesday Rice" «««  .. Kelakar je bila tengok... aku dah tergelak2 depan lappy sengsorang... Is kata aku gila... kk tipu.. dia tak cakap camtu pun...

Selain dari Wednesday Rice... perkara baru yang korang akan tahu... adalah naik BELON dari Sarawak ke Kuala Lumpur... haaaa koooo mampooooooooo???

Long Khong - The Art Of Devil 2 - Dendam Seorang Guru Cantik Yang Kejam

4:33 PM 5
Long Khong - The Art Of Devil 2 - Dendam Seorang Guru Cantik Yang Kejam
1

Seorang guru cantik iaitu Cik Aajaan Panor, menjadi kegilaan guru2 & murid2 lelaki disekolahnya.. Diorang ni desperate sangat nak dapatkan Panor... Dalam waktu yang sama, sebenarnya Panor ni dah kahwin dengan bapa kepada muridnya, Ta.. Tapi sebab Panor ni cantik... dia mula menggoda kawan Ta, iaitu Por dan menjalin hubungan sulit dengan jurulatih sukan kat sekolah tu..

Nak jadi cerita... Por bengang bila dapat tahu bukan dia satu2nya kekasih Panor.. So dia bercadang untuk merakam aksi seksual antara Panor dan jurulatih sukan tersebut untuk membuktikan kepada bapa Ta.. Bukan tu je, rakaman aksi seksual tu disiarkan di TV sekolah.. Perkara ini menjadikan Panor berasa malu dan dia menikam2 kakinya berulang2 kali... Lepas tu dia balik kampung...


2

Kawan2 Por yang lain termasuk Tair, Noot dan Ko bersubahat mengenakan sihir terhadap jurulatih dan Panor..Jurulatih tersebut akhirnya mati.. 

Beberapa tahun selepas itu... Ayah Ta bunuh diri... Demi memberi penghormatan kepada Panor, pelajar2 merangkap sahabat2 Por ni pergi ke sebuah kampung terpencil, iaitu tempat tinggal Panor..

3

4

Akibat perasaan marahnya, Panor meminta tolong dari seorang makcik ni.. Makcik ni kata tak ada apa yang Panor boleh buat kecuali bunuh orang2 yang menyakitinya dan memakan daging mereka... Dengan itu Panor akan menjadi kuat.. Panor juga akan memiliki Syaitan Bermata Tiga andai dia membunuh pawang yang memporak-perandakan hidup dia...


.. Kerana ilmu yang dituntut Panor, dia menjadi seorang yang sangat kejam... Dia melakukan pemujaan dan menyimpan mayat2 orang yang dibunuh...

Haahahaha... apa lagi ek aku nak taip...?? Actually cerita ni tahun 2008 gitu... Tapi baru semalam aku tengok... aku memang suka cerita ilmu2 hitam ni.... teringin nak menuntut tapi... errr tapi tak berkesudahan plak nanti... kah !

Cerita ni kan... haihhh kalau lemah semangat jangan tengok... kemain kejam dia buat student2 dia tu... especially scene Panor & Por... perghhh.... aku tengok Is yang kuat tu pun terkemut2 muka... pegang sana pegang sini... punyalah dia fokus tengok citer tu... bukan dia je... aku pun...

ehh tu je... kbai ~

Related post :

http://bit.ly/1sqXNON
Jom kumpul cash dengan 8share !
Daftar sekarang !

Selamat Hari Malaysia ! 16 September 2015

3:28 PM 0
Selamat Hari Malaysia ! 16 September 2015

Belum terlambat kot untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada rakyat Malaysia... Hari Malaysia disambut untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.. info lain silalah ke wikipedia ye.. mihmih

So... korang buat apa cuti2 ni...?? Aku dengan Is tadi dah bersiap nak ke Pusat Zakat alkisahnya... Is dah mandi, aku tido lagi... lastly dia kejut aku and bagitahu...

"Sayang ! Harini kan Hari Malaysia.....? "

Lisa Surihani Selamat Melahirkan Anak Sulung.. TAHNIAH !!!

2:42 AM 0
Lisa Surihani Selamat Melahirkan Anak Sulung.. TAHNIAH !!!
Aku memang suka lakonan Lisa Surihani ni walaupun dia punya overrr tu lain macam... ehhh ni bukan cerita pasal aku... tapi LISA !

Lisa Surihani Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulun

Berita disampaikan oleh HLIVE... Lisa selamat melahirkan anaknya pada jam 11.44 malam bersamaan 15 September 2015.. Baby gegurl... Tak sabar nak tengok rupa baby.... ehhh hakakkk soooo eksaited ditengah malam ini...

Tahniah Lisa & Yusry... Jaga baby elok2... harta dooonia akhirat tu... Semoga Lisa & baby sentiasa sihat dan sentiasa dilindungi Allah Azza Wajalla... Ameen..

Telemovie | Jalan Singkat Ke Syurga [HD]

2:25 AM 0
Telemovie | Jalan Singkat Ke Syurga [HD]
Screenshot 2015 09 15 23 28 02 1

Jalan Singkat Ke Syurga adalah telemovie arahan Rashid Sibir.. Mengisahkan tentang Fadil, seorang usahawan yang berjaya dan hidup mewah tetapi oleh kerana duniawi, dia lupa tanggungjawabnya sebagai seorang Islam...

September 15, 2015

Penghargaan | Terima Kasih Followers !! #600

10:24 AM 2
Penghargaan | Terima Kasih Followers !! #600
Lama dah tak update pasal followers ni.. maklumlah kan... aku bukan gigih sangat update beberapa waktu ni... nak kerah idea rasa kosong je... macam mana lah kan hakak2 yang busy tu sempat update pelbagai macam entri...

Hidup aku just... tengok Is... Is pandang aku.. aku pandang Is balik... lepas tu makan... and tido... err aku nak update pasal apa kalau dah hari2 gitu? Lastly aku buat je laaa artikel pape... hmm

3

Just nak berterima kasih kepada followers2 yang mencukupkan target aku sehingga 600... punyalah lama nak dapat angka tu... tapi sedih sikit laa... follow2 tapi aku tak rasa depa datang baca entri aku... so aku boleh tengok siapa yang bebetul singgah...

Yang hargai penulisan merapu aku yang tak sudah ni.. terima kasih :)
Yang follow sebab nak aku follow balik pun, terima kasih tapi maaf sebab aku tak dapat lakukan itu :)

sekian.

Ini Adalah Wanita Cantik Seluruh Dunia Yang Pandai Masak !

9:51 AM 0
Ini Adalah Wanita Cantik Seluruh Dunia Yang Pandai Masak !

Betapa sinonimnya perempuan dengan memasak... Tapi zaman sekarang nak cari perempuan muda yang pandai masak memang susah kan..?? Semua jenis makan kat luar... opsss rasa cakap depan cermin pulak... muahahahaha !!

... err... aku bukan malas masak... cuma enviroment dapur kat sini bikin aku MALAS... hahhh boleh guna alasan cenggitu??

Well.. bila makcik2 nampak perempuan muda yang seksi & feminin... depa akan judge gegurl cenggini tak pandai masak dan hanya pentingkan kecantikan je... Fuhhh kena laharrr camtu perit gak... sesuka makcik je ye... don't judge a gurl from our dressup tau.. ehh...

September 14, 2015

Jenis Mask Korang Kena Pakai Waktu Jerebu !

7:22 PM 0
Jenis Mask Korang Kena Pakai Waktu Jerebu !

Musim jerebu membiak kembali... Maka seluruh alam jadi tenggelam.... Dah tak nampak flora fauna je... Yang kau nampak... ASAP !!

Berapa hari ni aku memang marah pihak MPAJ dan insan2 yang rajin sangat potong pokok pada musim jerebu ni... ribut apa takde kau pergi potong pokok... tak tahu ke habuk2 tu penyumbang jerebu yang maha hebat ni.... serious arr tak boleh angkat...

Air Liur Basi Yang Berkhasiat !

4:29 PM 2
Air Liur Basi Yang Berkhasiat !


Tajuk geli tapi info yang aku nak bagi ni tidaklah menggelikan sama sekali tau malah bermanfaat untuk korang yang menjaga kesihatan & awet muda... ceyyyceyyyceyyy suka lettewww....

So itulah... aku nak bagitahu betapa eloknya minum tanpa memberus gigi terlebih dahulu... Kekadang kita nampak benda tu jijik sebenarnya bagi manfaat pada kita tau... Tok Aunty aku memulakan pagi dia meminum segelas air kosong (tanpa memberus gigi) dan sesudu minyak zaitun (satu sudu minyak zaitun dan telan begitu je)... Walaupun dah berpangkat nenek.. dia tetap cantik awet muda walaupun ada kedut2 halus... 

ehh normally laa kitaran hidup ada kekedut kan... respect beliau tak inject botox...

KELEBIHAN AIR LIUR BASI ~

Air liur basi ni membantu sistem pencernaan badan kita tau.. Ramai tak tahu air liur basi adalah penawar semulajadi paling mujarab.. Tapi airliur basi korang sendiri laa... jangan arr gigih pulak mintak airliur basi orang lain... haha !

Apabila bangun dari tidur, terus minum air kosong segelas.. Rasulullah SAW sepanjang hayatnya akan meneguk segelas air putih terlebih dahulu sebelum beliau bersugi dan berwuduk untuk menunaikan solat subuh...

Tapi, sebelum tidur.. pastikanlah korang gosok gigi dulu ye... kita kan nak tidur pun dalam keadaan bersih tau..!

Moga bermanfaat :)

September 13, 2015

Jam Loceng Pembancuh Kopi !

1:38 PM 6
Jam Loceng Pembancuh Kopi !
Bestnya kalau bangun pagi then dah ada kopi kat sebelah kita... itu untuk coffee addicted laa kan... Seriously aku malas gila nak bancuh air apa semua ni... cuma sejak ada suami ni memang dia kaki kopi so aku buat laaa....

jam-alarm-yang-akan-membuatmu-bangun-pagi-dengan-secangkir-kopi-2

Josh Renouf ni seorang pereka yang hebat jugak laa... Dia cipta satu alarm clock yang boleh bancuh kopi.. Sambil jam tu bunyi sambil tu dia bancuh kopi... Sebelum kopi itu dibancuh.. bahan-bahan dah disediakan dalam alat tu...

jam-alarm-yang-akan-membuatmu-bangun-pagi-dengan-secangkir-kopi-3

jam-alarm-yang-akan-membuatmu-bangun-pagi-dengan-secangkir-kopi-4

jam-alarm-yang-akan-membuatmu-bangun-pagi-dengan-secangkir-kopi-12

jam-alarm-yang-akan-membuatmu-bangun-pagi-dengan-secangkir-kopi

Kopi adalah salah satu cara untuk buat badan korang relax... Banyak cara untuk korang hargai kopi... »»» Hargailah Secangkir Kopi ««« sebab ianya sangatlah membantu untuk korang yang emo tak tentu pasal... serabut dan runsing...emm... Nabi pun suka minum kopi tau :)

Selamat Hari Ahad !