6/1/15 - Tunsha Ayunie Punya Belog

June 29, 2015

Serangan Balas Azwan Ali

1:41 PM 11
Serangan Balas Azwan Ali

Ehh... sejak bila aku overrrr minat gosip ni?? hahahha mentang2 tak puasa, bangga plak buat dosa... krikk krikkk... takde lah... aku mulai geram dengan retissss pohjaan aku satu ketika dulu ni... aku rindu dia yang laser tapi tak over masa zaman CitCat kat AstroRia dulu... sekarang ni tak tau lah jin aprit mana bertenggek dekat dia...

SUAMI ISTERI SUSPEK PENDERA NUR ZULIANA ZAARA, DIREMAN EMPAT HARI !

12:08 PM 4
SUAMI ISTERI SUSPEK PENDERA NUR ZULIANA ZAARA, DIREMAN EMPAT HARI !

Aku takde nak kata apa..
cukuplah si anak mendapat pembelaan...

Berita penuh - hmetro.com.my

Tuah Kena Maki Dengan Azwan Ali, Wanita Ini Diberi Makan Stik Percuma

11:47 AM 2
Tuah Kena Maki Dengan Azwan Ali, Wanita Ini Diberi Makan Stik Percuma
TUAH KENA MAKI DENGAN AZWAN ALI, WANITA INI DIBERI MAKAN STIK PERCUMA - Assalamualaikum wbt. Tuah ayam nampak la dekat kaki ayam, tapi... tuah manusia memang takde siapa yang tahu kan?

c URchln L

Akibat ayat laser Azwan Ali, orang lain yang beruntung. Tapi yang dapat malu tentulah Azwan Ali. Aku sememangnya peminat Azwan Ali. Aku kagum dengan dia walaupun tak tahu apa yang harus aku kagumkan. Tapi pe'el dia yang kuat maki je buat aku rasa loya sikit. 

wan2

Kena maki kaw2 tapi balasannya...

SETIMPAL !

wan1

Moral of the story ni laaa ye, janganlah kita cepat melatah bila tengok perkataan yang seumpama makian itu. Tak semestinya perkataan itu sebenarnya makian. Walaupun kita tahu itu sikap kita, mohon jagalah sikit hati orang lain yang dah lama kipas-kipas kita, jadi peminat setia.

KITA??????????? ehhh cerita macam hakakkkk pulak yang retissss kan??? Oklah bye~

RESEPI : Vietnamese Spring Roll Versi Gojessss

11:15 AM 0
RESEPI : Vietnamese Spring Roll Versi Gojessss
popia

Since tengok Dr.Ezani (Masterchef) upload gambar dalam FB.. pasal Vietnamese Spring Roll ... meronta2 laaaa aku rasa nak buat... tapi sebab puas cari rice paper tak jumpa2 kat Paragon Ampang tu... so aku batalkan je niat... aku tengok post tu dari tahun lepas kot... harini (28/06/2015) ... dapat jugak aku membuatnya... Anyway... aku guna rice paper jenama Mekong.

popia
Source from Google.

Resepi Vietnamese Spring Roll
Bahan-bahan :-
Rice paper
Air suam sikit
Bihun - dicelur  dengan air panas sehingga lembut & toskan
Lobak merah - potong memanjang
Bawang putih
Udang
Daun sup/ketumbar
Cara membuatnya :-
Tumis bawang putih dengan satu sudu besar minyak dan masukkan udang, lobak merah & daun sup. Angkat dan sejukkan.. 

Rice paper direndam dalam air suam 1-2 saat, letak atas pinggan. Susun bahan2 lain ke dalamnya, terus gulung.
Bahan-bahan (Sos) :
1 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji cili merah - cincang halus
2 biji cili padi - cincang halus
2-3 sudu sos plum
2 sudu madu
sedikit air
sedikit jus lemon/limau nipis

Cara membuatnya :
Masak kesemuanya (kecuali jus limau) sehingga pekat & secukup rasa.
Banyak yang aku derhaka pasal resepi ni... bahan aku tak ready dan tak ingat pun... sebab teruja sangat nampak ricepaper kat SoonHuat Rawang, aku rembat je laaa mintak mama tolong bayar... huahuaaa... janji adik aku suka... tuan suami cakap sedap... kira derhaka2 pun menjadi laa.. ye tak??

Resepi asal, inti seperti udang tu dikukus.. bahan lain boleh letak salad, timun, serunding, su'un.. dan sebagainya..
Resepi sos tu takde pun sos plum, tapi aku dah terbeli... so aku letak laaa jugak... dr.ezani makan dengan sos hoisin... ngehngeh..
Jemput try !

Buah Kelapa Ini Dah Disenikan Menjadi Lampu Yang Cantik !

11:00 AM 1
Buah Kelapa Ini Dah Disenikan Menjadi Lampu Yang Cantik !

Seorang seniman seni bernama Vainius Kubilius telah menebuk lubang ke atas buah kelapa dan menjadikannya satu rekaan yang eksotik... Sesudah itu, dia menanamkan lampu dan menyalakannya di sudut yang kosong, hasilnya.... lampu itu memancarkan pola2 yang sangat indah !

Vainius mengambil masa hampir 9 bulan untuk menyiapkan rekaannya. Rekaan ini diberi nama Nymphs. Fuhhhh... sumpah cantik... terbayang letak kat dalam bilik aku.... rasa macam di alam fantasi gittewwww....

Lelagi gambar - Nymphsworkshop

MENARIK UNTUK AMBIL TAHU NI : 
MUNGKIN STEP2 NI AKAN BUAT ORANG KAMPUNG KORANG AKAN JADI TERUJA LAGI ''IMPRESS'' GITTEW.. 12 STEPS YOU CAN TO TO BALIK KAMPUNG IN STYLE WHEN YOU HAVE TRULY MADE IT ~

#Quotes #46 - Hey Monday !

10:00 AM 0
#Quotes #46 - Hey Monday !


Monday is Perfect Day
to correct last week's mistakes.

Good morning !
Have a blast !

June 28, 2015

NUR ZULIANA ZAARA - MANGSA PENDERAAN IBU TIRI ! - LARI LAAA PUAS-PUAS !

9:55 PM 5
NUR ZULIANA ZAARA - MANGSA PENDERAAN IBU TIRI ! - LARI LAAA PUAS-PUAS !

Muka cantik tak guna kalau hati busuk... emmm... waktu cerai dulu si ayah laaaa sibuk nak menjaga anak... laaaa ni.... nipis badan anak kau kerjakan !

Aku ni kena bara api rokok yang sikit tu pun berair mata... (since dulu laaa aku smoking, now aku stop dah lama...).. inikan budak kecik 5 tahun yang kulit haluih tu lagiiiii..... haih... nasib laa mak kandung dia perasan....


Luluh hati seorang ibu kandung bila tengok keadaan anaknya , Nur Zuliana Zaara atau panggilan manjanya, Yaya, berkeadaan cengkung, lebam, tulang patah, tak terurus dan dipenuhi cucuhan rokok tu...

Aku memang tak boleh angkat dengan kes cenggini... sebab aku pun turut merasa sakit... tulaaaa tak guna dapat mak tiri lawa, bapak ensem... kalau perangai dah macam penagih dadah.... pandai pulak depa lari bila polis dapat tahu....

Nak lari mana?? Tuhan Tu Hebat ampa tau dakkkkk?? Semoga ampa tertangkap...

Quotes #45 - Smile

2:00 PM 1
Quotes #45 - Smile
auni

I was smiling yesterday,
I am smiling today,
and I will smile tomorrow..

RESEPI : NASI AYAM HAKKA

10:30 AM 4
RESEPI : NASI AYAM HAKKA

June 27, 2015

Aweera - Terhakis

11:00 AM 0
Aweera - Terhakis

aweera

Aweera - Terhakis

Kasih..benarkanku untuk menjelaskan
Segala apa yang terpendam
Di dalam hatiku ini..

June 26, 2015

SINOPSIS WADI (SLOT ZEHRA TV3)

10:01 PM 0
SINOPSIS WADI (SLOT ZEHRA TV3)
Wadi TV3

JUDUL : WADI
SIARAN : Slot Zehra, TV3
HARI / MASA : Setiap hari Jumaat, jam 9 malam
PENGARAH : Heykal Hanifah
GENRE : Drama
PELAKON : Syafie Naswip, Ardell Aryana, Naim Daniel, Shafieq Shazwan, Fimie Don, Azhan Rani, Amyza Aznan, Lisdawati, Faezah Elai & Zamarul Hisham

SINOPSIS
Wadi, (Azwadi,17Tahun), dan Widya saling mencintai. Mereka belajar satu sekolah. Wadi miskin dan tinggal di kampung setinggan. Ayah Wadi terkorban kertika cuba menyelamatkan Wadi yang hampir lemas ketika mandi di lombong.

Sejak kejadian itu, Wadi tinggal bersama ibu tirinya, Zainah, dan dua orang adik perempuan tirinya, Zira dan Zana. Zainah amat membenci Wadi kerana dia mengganggap punca kematian suaminya punca dari Wadi.

Biarpun Zainah selalu memukul Wadi dengan penyapu dan membaling Wadi dengan barang-barang sehingga Wadi cedera, Wadi tetap bersabar membiarkan dirinya diperlakukan dengan kejam. Zira sendiri tidak tahan melihat ibunya mendera Wadi. Zira begitu menyayangi dan bersimpati dengan Wadi. Berbeza dengan Zana yang turut membenci Wadi seperti ibunya. Macam-macam yang dilakukan oleh Zainah dan Zana untuk menyakiti Wadi kerana mahu mengusirnya.

Quotes #44 - Be That Girl !

7:20 PM 2
Quotes #44 - Be That Girl !

 Be that strong girl that
everyone knew would make it 
through the worst...

TELEMOVIE DALAM PELUKAN RAMADHAN (TV3)

6:45 PM 1
TELEMOVIE DALAM PELUKAN RAMADHAN (TV3)

Saksikan telemovie ini pada hari :

Ahad , 28 Jun 2015 ,
pada jam 9 malam ,
di Astro Ria.


SINOPSIS | Seorang lelaki kaya dan angkuh , Irfan (Hairul Azreen), tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberikan padanya. Suatu hari satu kemalangan menimpa seorang pekerjanya, Annas. Annas berada dalam keadaan koma. Atas permintaan Afiqah (Aishah Elias), Irfan telah menyamar dan melalui kehidupan Annas.

Telemovie ini dilakonkan oleh 
Hairul Azreen, Fauziah Nawi, Aishah Elias dan Ben Amir,

-Done update-

KEDUDUKAN MALU

10:00 AM 3
KEDUDUKAN MALU



Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud ;

" Malu adalah sebahagian daripada iman, dan
iman adalah syurga "

(Riwayat al-Tarmizi)
wallahualam.

Pengajaran :- Malu tidak mendatangkan hasil melainkan kebaikan.

Moga bermanfaat :)

June 25, 2015

Sambal Sreng Wak Nang | Mendidih Di Mulut, Nikmat Di Perut !

10:45 AM 3
Sambal Sreng Wak Nang | Mendidih Di Mulut, Nikmat Di Perut !
SAMBAL SRENG WAK NANG : MENDIDIH DI MULUT, NIKMAT DI PERUT - Assalamualaikum wbt. Aku dah lama mengidam #SambalSrengWakNang ni. Dari bro Saiful Nang kenalkan lagi. Since aku memang suka pedasssssssssss, #sambalsreng ni bagi aku memang sambal yang mengancam arr. Rasa macam sambal ketuk tapi memang kaw la pedasnya.

Sebab dah lama mengidam dari tahun 2014, so dah sampai waktunya memujuk tuan suami. Ngehngeh.... Kebetulan srengster area Ampang ada inbox aku 2-3 malam lepas sebab dia volunteer nak hantar, so aku pun jadi seronok laaa kannnnnnn??


Aku makan dengan roti je, sebab sambal cenggini aku macam tak masuk tekak makan dengan nasi. Dengan Sambal Sreng ni korang boleh jugak makan dengan maggi, nasi goreng, jadikan rencah goreng sayur dan sebagainya. Multi-purpose kan?



Sambal Sreng ni memang homemade dari Wak Nang sendiri. Masak sendiri uolssss. Memang lagi terasa sedaplaa kan? Tengok gambar pun dah meleleh air liur. Apalagi rasanya kan? Memang mendidih dalam mulut laaa. Tengok saja tagline sambal ni. Walaupun pedas dimulut, bila masuk perut boleh buat korang happy tau especially korang yang sukakan pedas!



Korang berminat nak cuba tak???
Kalau ada yang berminat bolehlah pergi ke Official Page Wak Nang !



Harga :-
Sebotol /= RM 13

Official Page :- 
Sambal Sreng Wak Nang

Yang ada area berdekatan Ampang, KLCC & KL Sentral :-
Srengster Ampang, KLCC & KL Sentral

SMS/Whatsapp : 012-3637945

atau----

Korang boleh search di Facebook dengan keywords
"SRENGSTER".


June 24, 2015

Lawak Seram | " Saya Nak Lamar Anak Pakcik "

10:44 PM 1
Lawak Seram | " Saya Nak Lamar Anak Pakcik "


Said pergi ke rumah seorang gadis yang baru dikenalinya semalam.. Gadis itu yang memberi alamat kepadanya. Apabila bertemu dengan bapak si gadis berkenaan, dengan penuh harapan Said menyatakan hasratnya.. mereka berbual panjang...

RESEPI : Bar Bounty (Kelapa Parut Bersalut Coklat)

6:27 PM 1
RESEPI : Bar Bounty (Kelapa Parut Bersalut Coklat)
Selalunya kalau orang pergi Langkawi, aku suka kalau depa sedekahkan coklat Bounty ni... mama pun suka... kunyah slow2 penuh nikmat memang perghhhh..... bercinta dengan perasaan sendiri uolssss....

Terjumpa resepi ni dalam Resepi Sedap, so saja nak abadikan dalam entri... sebab kekadang aku lupa apa nama resepi yang aku nak buat... ngee ~

milk bounty bar 2


RESEPI BAR BOUNTY
Bahan-Bahan :
400g coklat - Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain.
Kelapa kering/parut
susu pekat manis

Cara Membuatnya :
Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.

Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering.

Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.

Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit.

Terbayang2 rasanya... macam nak buat je balik Rawang nanti !

Tutorial | Menukar Text "Read More" Kepada "Butang Readmore"

5:47 PM 0
Tutorial | Menukar Text "Read More" Kepada "Butang Readmore"

Susah payah mencari tutorial yang menggunakan format paling baru dalam blog ni... atau coding aku lari2 aku tak tahu laa... just simple sharing je ni.. semoga bermanfaat.

RESEPI - Udang Masak Serai Wangi

4:05 PM 0
RESEPI - Udang Masak Serai Wangi


Boring dengan masakan yang sama? Boleh try ni.. guna udang besar laaa macam udang galah ke.. udang harimau ke... kalau korang kaya, lobster pun boleh... aku teringin nak makan udang rupa kalajengking tu... tapi tuan suami kata untuk manusia alergik macam aku, lupakan saja... memang gatal miang habih....

Jenis Cap Tepung Beras Dan Kegunaannya...

3:34 PM 2
Jenis Cap Tepung Beras Dan Kegunaannya...
Tepung beras.

Selalunya aku main rembat je asal nampak tepung beras... tak sangka pulak setiap "cap" dia ada kegunaan untuk sesuatu masakan... kira banyak jenis laaa tepung beras ni... hahaha... aku selalu beli tepung beras untuk buat laksam atau goreng pisang ajewww....


June 23, 2015

Tips Mendapatkan Tidur Yang Nyenyak (Part-1)

10:30 AM 1
Tips Mendapatkan Tidur Yang Nyenyak (Part-1)

Para pengidap Imsomnia memang derita dengan penyakit tidur kan... aku rasa aku dah termasuk golongan ni... rasa tak mampu tidur nyenyak... 5 minit lena dan aku tak boleh nak tido betul, boleh gigih berdiri depan kerusi main game Candy Crush ! huahuahua

 

  • Sediakan jadual tidur yang tetap : Tidur pada waktu yang sama setiap malam. Andaikan korang masuk tidur pukul 10pm harini, pastikan esok, lusa dan seterusnya macam tu jugak. Cuba jangan lari dari rutin tersebut. 
  • Tetapkan masa untuk bangun pagi : Kalau korang dapatkan tidur yang cukup, korang akan bangun secara on-time tanpa guna jam loceng korang tu.. Kalau nak jugak guna jam loceng, pastikan korang set time untuk dapatkan tidur yang cukup. 
  • Lelapkan diri diwaktu siang seketika : Kalau korang rasa tidur malam korang tak cukup, ambil masa sekejap di waktu siang untuk lelapkan mata... kekonon bayar hutang tidur la gittew...
  • Pilihlah waktu yang sesuai untuk tidur siang : Tidur pada waktu yang sama setiap malam. Andaikan korang masuk tidur pukul 10pm harini, pastikan esok, lusa dan seterusnya macam tu jugak. Cuba jangan lari dari rutin tersebut. 
  • Sediakan jadual tidur yang tetap : Kalau imsomnia adalah masalah korang, memang patut korang tidur siang, lakukan sebelum asar ye... kalau lepas asar orang kata ikut perangai saitonnnn plak... mihmihmih... amik laaa dalam masa 30 minit untuk lelapkan diri korang waktu siang tu..
  • Melawan mata dari terus rasa mengantuk : Hahhaha yang ni ramai gagal... termasuklah aku..  tengah taip entri pun boleh terlelap... emm... apapun kalau korang betul2 nak berdisiplin dengan timing tidur tu, korang leka-kan diri dengan basuh pinggan ke.. lompat2 ke.. supaya tak ganggu time tidur yang korang dah set-kan tu... tapi kalau tak tahan gak.. tidur je laa...
Semoga bermanfaat ye... ini untuk manusia macam aku yang tak reti nak tidur... untuk pengetahuan... kalau tidur tak cukup pun, oksigen dalam darah akan berkurang... maka terjadilah rasa nak pitam dan sebagainya....pisyaww !

June 22, 2015

Tyrese Gibson Masuk Islam? Alahai.... Propa Lebih !

11:24 PM 4
Tyrese Gibson Masuk Islam? Alahai.... Propa Lebih !
Orang kita kalau tengok bangsa lain peluk Islam, kemain bersyukur... Oklah... tambah saudara baru... baru2 ni kecoh laa konon2 si Tyrese Gibson masuk Islam... errr sebab apa kecoh plak...??


Sekeping gambar merungkai segalanya alkisah... adoiii.... asal nampak orang tu pakai jubah, berserban... terus claim dia Islam... kembangkanlah sikit akal fikiran tu...

Haaa... pasal gambar tu korang boleh buat konklusi ntah pape... maka tampillah tuan punya gambar memberi keterangan yang dia masih berpegang teguh dengan agamanya, iaitu, Kristian..

image16 624x246

Apapun agamanya, selagi dia berbuat kebaikan, menghormati agama yang lain... insyaAllah ada ganjaran... itu janji Allah ye yuolssss.... jangan ampa dok pulun cakap depa Kristian maka depa kapiaq, kita tak tahu disisi Tuhan, siapa depa...

oklah... chiow... aku nak blogwalking... dah lama tinggalkan habit BW ni... rasa bersalah pulak dengan peminat setia... ehh.... kk rendam kepala dalam baldi.. bye ~

HAK PENJAWAT AWAM DIKETEPIKAN?

10:34 PM 0
HAK PENJAWAT AWAM DIKETEPIKAN?
Masa aku memula sakit dulu, hak mama sebagai penjawat awam memang diutamakan... alhamdulillah, memang aku kat HKL dulu mama tak keluarkan satu sen pun.. (tak silap aku la).. cuma dalam kos perubatan tradisional laa kot duit mama banyak habis.... tapi lagutu je...

... aku hanya pulih bila dapat buah pinggang baru, itu pun tak kekal lama... 9 tahun, direject kembali... paling sedih bila mama yang bagi, tak boleh pakai... actually kenyataan tu aku tak mampu terima sampai sekarang... buah pinggang mak aku sendiri tak sesuai dalam tubuh aku :(

ka1
(Aku tak faham kenapa harus di-delete luahan rasa beliau)

Ini bukanlah cerita aku, tapi tentang Encik Khairul Anuar, merangkap kawan aku zaman Yahoo Messenger dulu, kami panggil dia Papa Roy... 

Tidak terlalu baru, tapi aku ikut jugak laa kisah dia... mempunyai seorang anak perempuan yang harus menjalankan kimoterapi... selepas pembedahan untuk membuang tumor di dalam kepalanya. Paparoy menghadapi permasalahan kerana sukar meminta bantuan...

paroy
(Ini status yang para komentar suruh Paparoy delete)

g1
g2

Aku disini hanya menggunakan medium blogging untuk membantu... Semoga ada yang sudi membantu dan bertanggungjawab terhadap keluarga ini... Aku faham perasaan bila golongan rendah macam kami selalu diketepikan... (cuma masa zaman aku dulu, aku & mama bernasib baik...)

Aku berharappppppp sangat, pihak yang bertanggungjawab dapat membantu mereka... aku seorang pesakit, aku pernah tengok mama abah bersusah payah menanggung aku.. kesana kemari mintak bantuan... ini je salah satu cara aku membantu.... menyelami perasaan mereka...

qiss1

Semoga adik Qistina Batrisyia tabah mengharungi dugaan ini...

Biodata : Puteri Balqis Azizi

4:48 PM 0
Biodata : Puteri Balqis Azizi

Entah apa yang aku suka sangat tengok muka Puteri Balqis ni... rasa nak cecubit je dari awal lakonan dia dulu... semalam layan cerita Tribute to Saloma arahan Melissa Saila, lakonan Nabila Huda... yang jadi Saloma waktu kecik, dak Balqis ni laa... menjadi betul slang Singapura dia tu... yang lelain nampak agak kaku...

BIODATA PUTERI BALQIS :-
Nama : Puteri Balqis Binti Azizi
Tarikh Lahir : 12 April 2007
Profesion : Pelakon & Model Kanak-Kanak

777

Tak tahulah Puteri Balqis mampu gantikan Wan Maimunah ataupun tidak... apapun... lakonan adik Balqis sentiasa menjadi... betul2 hayati watak gittew...

MEH AMBIL TAHU !
Sedar ataupun tidak, peningkatan jenayah berpunca dari kita , sebagai rakyat Malaysia sendiri. KORANG MUNGKIN TAKKAN DAPAT TERIMA KENYATAAN INI, TAPI PENDEDAHAN YANG DIDEDAHKAN INI AMAT PENTING UNTUK KORANG TAHU !

June 21, 2015

21th June 2015 - Happy Father's Day, Abah !

2:04 AM 2
21th June 2015 - Happy Father's Day, Abah !
google

Sunday -- June 21  --
Father's Day 2015
-
-
-
Father's Day atau Hari Bapa bertujuan untuk meraikan, memberi penghormatan dan peringatan kepada para bapa. Hari Bapa disambut oleh seluruh dunia dan ada diantaranya memberi hadiah kepada bapa masing2..

eh eh... formal plak ayat aku... hahahhaa.... kantoi translate... werks... takdelah.. aku kopiket sikit dalam wikipedia... dalam melayu muslim yang ekstrem, dah tentulah hari bapa ni dikaitkan dengan paderi itu dan ini....

Tapi bergantung sajalah pada nawaitu kau... menyambut paderi atau meraikan ayah kau?? Allah bagi akal, gunalah sebalik mungkin... bukan disimpan dalam tempurung tu....





HAPPY FATHER'S DAY, ABAH !
I LOVE YOU, SO MUCH !

June 20, 2015

Quotes #43 - Make It Simple !

10:38 AM 2
Quotes #43 - Make It Simple !

Mood aku suwey bila pepagi aku dah rasa cemburu dan tersisih...
terasa jugak lah kiranya kan...

for the beginning untuk ubah sikap aku, 
aku malas amik tahu perkara yang bagi aku...

kecikkkkkkkkkkk sangat !
Happy Saturday !

Off to hemodialisis.