5/1/15 - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 29, 2015

Si Pondan Yang Tidak Sempat Menjadi Ratu Cantik...

5:47 PM 5
Si Pondan Yang Tidak Sempat Menjadi Ratu Cantik...


Dia seorang spesis yang confuse dengan identiti sendiri.. 

Di Mexico,  seorang pondan (lelaki yang menyerupai wanita) menemui ajalnya sebelum sempat menghadiri pertandingan ratu cantik... Ini kerana, dia menyuntik bahagian dadanya dengan minyak masak.

Juan Manuel Sanchez yang turut dikenali sebagai Bebo dikatakan termakan dengan 'petua' rakannya bagi membesarkan bahagian dadanya.

Haihhh... memacam lah kan... sebelum ini ada kisah seorang wanita Korea bernama Hang Mioku yang dah semulajadi cantik, tapi masih tak puas dengan kecantikannya, menyuntik minyak masak di muka... akibatnya?



see?
nampak tak?
elok dah cantik macam Acha Septriasa,
terus jadi monster...

kesian kan?

Korang peminat fanatik Avengers?? Inilah masa korang mendapatkan barangan ekslusif "Limited Edition" keluaran Avengers !!

Bahayanya Kemurungan...

5:17 PM 4
Bahayanya Kemurungan...
Kemurungan adalah faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah gangguan mental dan emosi. Kemurungan ni berpunca daripada tekanan atau bebanan kerja.


Menurut Pensyarah dan Pakar Psikiatri Pusat Perubahan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Marhani Midin, dalam satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang berumur antara 16 hingga 24 tahun lebih cenderung untuk bunuh diri atas pelbagai sebab akibat kemurungan.

Antara tanda atau ciri-ciri kemurungan :

- Cara berpakaian
- Raut wajah tidak ceria
- Cepat putus asa
- Suka bersendirian
- Bercakap hanya dengan satu nada

Mereka yang mengalami kemurungan akan sentiasa negatif terhadap diri sendiri dan sekeliling.

Untuk mengelakkan terjadinya kemurungan, sentiasalah mencari masa lakukan aktiviti yang menggembirakan hati korang seperti menonton wayang, karaoke dan sebagainya.

-
-
-

Maybe this will make ur days guy... Agak-agak macam mana bunyi & maksud nama artis ni kalau nama mereka yang dah elok-elok, kita tukarkan dengan huruf "O" ?

Quotes #41 - Don't Care

3:31 PM 4
Quotes #41 - Don't Care

I'm 99% sure you don't like me,
But I'm 100% sure I don't care.

for sure.
sebab aku dah malas nak fikir,
siapa suka aku,
siapa benci aku....

aku sibuk ---
menghargai orang yang menyayangi aku .

Quotes #40 - Permintaan Yang Dikabulkan

2:55 PM 1
Quotes #40 - Permintaan Yang Dikabulkan

When Allah not grant
what you want,

Indeed He's giving you
What you need.

PUISI TENTANG DIA

1:15 AM 0
PUISI TENTANG DIA


Dulu aku bisa duduk berjam jam
memikirkan tentang satu hal
Cinta...

Sekarang tidak ada lagi yang aku rasakan
Hanya rasa sakit
Seperti pisau yang menancap didada
Lukanya begitu dalam

Semua ini membuatku terus bertanya kepadamu Tuhan
Kenapa engkau memberiku kekasih yg akhirnya mengkhianatiku
Membuat cinta dan persahabatan
Nggak ada artinya lagi
Percuma aku berlari Tuhan
Mungkin aku harus terbang
Agar lepas dari semua ini
Aku ingin melayang
Lalu menghilang...

**
Ada yang hilang ketika engkau hilang
Hatiku jiwaku ada yang pergi
Ketika kau pergi
Senyumku tawaku
Hidupku ikut hilang bersamamu
Cintaku ikut pergi bersamamu
Sementara aku masih disini
Mencuba tetap berdiri
tanpamu...

***
Tuhan
Diantara semua kesedihanku
Kau selitkan juga kebahagiaan
Kau hadirkan seseorang

Dia membuatku punya alasan untuk tersenyum hari ini
Apa yang lebih berarti dari tawa kalau bukan senyuman kan Tuhan
Seperti gerimis yang lebih menyenangkan daripada hujan
Seperti berjalan yang lebih membuatku tenang daripada berlari
Dan gelap yang membuatku lebih aman daripada terang...

****
Lebih baik menyampaikan apa yang kita rasakan
Apa yg kita punya
Hari ini atau detik ini juga
Kalau ternyata kita cuma punya hari ini
Dan besok belum tentu ada
Bagaimana ?

*****
Kesedihan tidak pernah membiarkan kebahagiaan 
datang sendirian ke kehidupan manusia
Padahal sering kali kita tak punya cukup persediaan 
untuk menjamunya bersamaan

Begitu banyak rasa sakit dan kehilangan didalam hidup kita
Padahal hidup terlalu singkat untuk merasakan itu semua rasa itu
Beruntunglah manusia yang tau apa yang mereka cari
Dan diberi cukup waktu untuk mencari
Kerana kita tidak punya cukup waktu untuk itu
Bahkan sekadar mencari tau apa yang kita cari...

Cinta dan kematian...
Ketika kita siap menerima keduanya
Berarti kita siap menghadapi apa saja...

May 28, 2015

Harus Ke Bermasam Muka Ketika Meniaga?

10:01 PM 4
Harus Ke Bermasam Muka Ketika Meniaga?
Ni laaa nama peniaga... senyum je..
(Opsss sorry, gambar carian Google semata)

Balik dari hospital memang aku malas masak pun... hahahah ! sejak bila aku rajin? Tuan suami aku pun dah fedup dengan aku... ehh bukan fedup... dia kesian sebab aku cepat letih... so dia ikut je laaa makan apa adanya kat luar tu.

Harini ada pasar malam... so cadang hati nak makan nasik kerabu tapi takde kerabu... hahhh ! macam mana tu?? kira nasik biru dengan lauk dia je... aku tak suka langsung serdak segala hampas dia tu... buat aku tak enjoy nak makan... eh sukati aku laa kan.. tekak aku... lalalalalala

... Malangnya, kedai tu tak bukak... takdir memang sebegitu kejam terhadap aku.. bila aku nak, takde... bila aku taknak.. kedai tu boleh pulak bukak tersergam indah di depan mata aku... sobs..

Jalan-jalan je la dengan tuan suami, sekali nampak orang goreng ayam... nyum nyum... nampak sangat2 tempting... apa lagi ! buat laa muka manja gilossss depan tuan suami...




OK.. lepas tu kami beli laaa Nasi Ayam Penyet, dua. Tuan suami memula mintak nasi lemak ayam since nampak nasi lemak bungkus kat situ... dengan ayam goreng panas... tapi...

"Nak nasi lemak ke ayam penyet?" Hakakkk peniaga tu tinggikan suara kat kami... muka plak aku rasa nak lempang je... damn ! Camni ke peniaga? Aku rasa nak ajak tuan suami angkat kaki dah time tu tapi disebabkan no choice sebab aku kebulur... relakan jiwa je laaa walaupun aku panas hati dengan hakakkk tu...

Moral of the story, kalau kau nak meniaga, cer senyum sikit AT LEAST dengan customer kau tak kisah laaa kau tengah period ke sengugut kepe... kalau rasa nak badmood pi dok rumah jangan niaga... hish ...

Tahniah ! Juara Kilauan Emas 5 Dimenangi Pak Mustar

12:18 AM 7
Tahniah ! Juara Kilauan Emas 5 Dimenangi Pak Mustar

Rezeki muka sardin ! hahhahaha... tahniah Wak Mustar kerana memenangi Kilauan Emas sebagai JUARA !! aku dah agak pun Mustar akan menang... sebab dia orang susah... well... bila orang susah ni... banyak jugaklah pengaruh dia... lagipun nama Kilauan Emas... so setanding la dengan umur Mustar... kan??

Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyud Abd. Jabbar memenangi wang tunai berjumpah RM 100,000.00 & motor sebijik... motor apa aku tak tahu... terlepas pandang tadi... maaf laa info tak lengkap... aku nak bagitau Mustar Juara je sebenarnya...

Tahniah !

Ehh.. tadi majlis diserikan oleh BPR & XPDC... perghhhh rasa jitu sungguh... walaupun suara Mael berterabur akibat over drug... kesian ada.. marah pun ada ~


Bukan senang bekerja sebagai 'tukang mayat' tapi wanita ini berjaya.. Dia mampu mencantikkan mayat yang tidak lengkap... Wanita ini berkongsi pengalamannya menguruskan mayat !


May 27, 2015

Ketagihan "ICE" yang melampau !

4:34 PM 8
Ketagihan "ICE" yang melampau !
Ice Cubes by alexgman


Ya, aku pengidap Pagophagia.

Susahnya nak halang diri satu hari dari tidak mengunyah ice walaupun aku tahu memang tak baik untuk tulang dan darah aku... tapi nak buat macam mana...? Lebih baik ketagih ice dari drug, betul tak??

Tapi aku pernah baca kebaikan mengunyah ice disini -- Rahsia Ais

-
-
-

Tak tahu la betul ke tidak since aku tak pernah pun amik tahu buruk baik kunyah air batu ni.. so far gigi aku takde la sakit atau terasa rapuh tapi takut laa jugak... tettttttttttt.... yelaa... ok aku ngaku, kadang2 bila dah pagi aku rasa denyut sikit kat gusi...

Aku selalu beli ice cubes  yang macam kat kedai makan tu... sekali aku beli = RM 1... selalunya bertahan 2 hari... setiap malam aku akan repeat amik 1 cawan... lepas tu seketul2 aku kunyah sampai main game... hahahha normal ke perkara tu?

Entah ! itu bad habit aku.. aku gembira melakukannya... muaahhahahahaa !!


Zaman kecik-kecik memang sangat indah... mak kita dulu selalu abadikan gambar kita yang kadangkala agak "tak senonoh" dipandang.... siap frame lagi uolssss !! 


Wordless Wednesday #39 - Cara Nak Goreng Pisang

1:44 PM 4
Wordless Wednesday #39 - Cara Nak Goreng Pisang
11113702 924028860973822 6981793575866407326 n

Hahaha !
Ada yang kata ni provok je, tulis sendiri, snap sendiri...

Aku cakap :
"Why soOooo serious??"

sekian.

May 26, 2015

Google Icon | Sally Ride

10:35 PM 3
Google Icon | Sally Ride
googleicon

Kalau korang bukak New Tab, atau homepage Google, mesti gambar kat kat tab tu bertukar2 kan?? Comel je doodle-nya... eh... ni tentang siapa pulak ni...?? Ok, ni tentang Sally Ride, angkasawan wanita Amerika yang pertama uolsss....


Google Icon telah memberi tanda hormat kepada beliau sempena hari kelahiran beliau hari ini. 

Sally Kristen Ride (May 26, 1951 - July 23, 2012) adalah seorang ahli fizik Amerika dan merupakan seorang angkasawan. Lahir di Los Angeles dan Ride telah memasuki NASA pada tahun 1978 dan menjadikannya wanita Amerika pertama yang ada di angkasa pada tahun 1983.


Ride-s.jpg

Ride kekal sebagai angkasawan Amerika termuda yang telah mengembara ke angkasa ketika umurnya 32 tahun.

Selepas terbang dua kali menggunakan kapal Angkasa Challenger, beliau meninggalkan NASA pada tahun 1987. Beliau bekerja selama dua tahun di Pusat Universiti Stanford untuk Keselamatan Antarabangsa dan Kawalan Senjata, kemudian berkhidmat di Universiti California, San Diego sebagai Profesor Fizik. Beliau juga berkhidmat sebagai jawatankuasa yang menyiasat bencana kapal angkasa Challenger dan Columbia.

Beliau meninggal dunia akibat kanser pankreas.


Bagus kan kalau ramai diantara kita mempunyai semangat yang jitu... aku teringin tapi antibodi aku tak mengizinkan aku terlalu aktif... aku sangat salute dengan Sally Ride ni... hee ~

Moga bermanfaat !

May 25, 2015

Kerana Sakit, Aku Mengelak...

10:17 PM 10
Kerana Sakit, Aku Mengelak...

Suami aku, Iskandar @ Tokis, dia memang suka peluk aku dari dulu... dia macam abah... pantang free je mesti nak peluk... bagi aku, itulah pengerat kami... aku suka dipeluk.. aku rasa selamat.. aku rasa disayangi...

Tapi beberapa bulan dah ni... aku jadi tak selesa... aku rimas sangat... kadang2 aku rasa tersiksa duduk dalam keadaan bilik yang gelap walaupun ada bayang2 lampu.. emm kesian suami aku...

Agak2 aku berdosa ke?? Dia faham aku tak selesa & kadang2 dia mengeluh laa jugak.. ni aku bukan nak cerita hal dalam bilik tau... cuma ... berdosa tak aku?? aku kekadang serba salah...

Cheers.

Gadis 16 Tahun Dipukul Dan Dibakar Hidup-Hidup di Guatemala !

2:45 PM 4
Gadis 16 Tahun Dipukul Dan Dibakar Hidup-Hidup di Guatemala !

Dia dikatakan bersama 2 lagi sahabatnya merompak & membunuh seorang pemandu teksi berusia 68 tahun, Carlos Enrique Gonzalez Noreiga di Ria Bravo, Guatemala, Mexico.

Mereka melarikan diri tapi sayangnya gadis itu memilih jalan yang salah dan dikepung oleh penduduk disitu.. maka terjadilah adegan memukul gadis tu di khayalak ramai.. Lebih kejam, badannya disimbah petrol seterusnya dibakar hidup-hidup dan dia mati disitu..

emm.. itulah yang terjadi bila manusia yang dikuasai hati dan membuat undang-undang sendiri...

Screenshot 2015 05 25 14 36 37

Ramai yang menyifatkan perbuatan penduduk disitu sebagai tidak berperikemanusian... Ya, memang dia antara yang terlibat dalam kes merompak dan membunuh pemandu teksi tersebut, tetapi adil ke bagi seorang gadis ini sedangkan 2 orang lagi sahabatnya terlepas??

Gigil aku tengok video tadi.. terlalu ekstrem ! Bagi aku, apa salahnya mereka hantar dia kepada polis dan selanjutnya biar polis yang selesaikan, bukan ikut undang2 sendiri...

Tetiba aku jadi takut andai terjadi perkara ni di Malaysia... Sedangkan seorang penagih dadah mencuri tabung masjid pun dah dipukul separuh mati...

Jauhkanlah..

May 24, 2015

Quotes #39 - Jangan Pandang Dari Mana Mereka Datang...

5:02 PM 3
Quotes #39 - Jangan Pandang Dari Mana Mereka Datang...


It does'nt matter WHERE
you came from..

What matters is who you CHOOSE
to be...

(Pappa Smurft)

Kenangan Dirotan.. Sekali Sekala Aku Tersenyum...

4:52 PM 4
Kenangan Dirotan.. Sekali Sekala Aku Tersenyum...
Aku.
(Aku rasa lebih releven menggunakan kataganti nama diri yang ini sekarang).

Teringat zaman sekolah rendah.. macam korang tahu laa aku ni kan sakit kronik dari kecik.. so bila part denda ni cikgu selalu bagi excuse kat aku... takut aku pengsan laa sakit laa... emm benda camni buat aku naik lemak.. so aku malas buat homework etc etc..

... kecuali Cikgu Suraya, cikgu matematik aku ketika aku, dia masih mendenda aku... tak siapa kerja rumah, aku akan kena libas muka dengan buku latihan, ketuk ketampi, rotan kat tapak tangan, berdiri atas kerusi atau siapkan kerja rumah di luar kelas....

Masuk je sekolah menengah... aku tak menjadikan alasan sakit sebagai aku tidak didenda... aku pernah ditanya oleh seorang guru Pendidikan Jasmani... Cikgu Fatimahwati ...

.." Takpe ke saya rotan awak?? Awak tak pengsan ke...??" 





Hahhaha ! Rotan tangan je boleh pengsan ke?? tulah pengaruh ketakutan melayan murid yang sakit.. berbanding Cikgu Suraya, dia tak kisah langsung... so far aku tak pernah pengsan selama menjadi mangsa Cikgu Suraya...

Know what?
... Mama Abah tak pernah pun warning cikgu supaya jangan denda aku walaupun aku ni sakit.. mama abah taknak orang layan aku special dari murid lain...

Bagi aku, rotan tu kenangan.. kau takkan dapat dah lepas habis sekolah... kecuali mak abah kau memang kaki rotan walaupun kau dah besar ^^~

Rugi budak2 sekarang, kena marah sikit pun sampai mak bapak dah datang sekolah, siap bersaman bagai... haih...

USAHA COLONEL HARLAND SANDER, SATU INSPIRASI !

2:15 PM 2
USAHA COLONEL HARLAND SANDER, SATU INSPIRASI !
USAHA COLONEL HARLAND SANDER, SATU INSPIRASI ! - Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah kegemaran hakakkk dari kecik especially ayam dengan mashed potato. Fuhhh hakakkk memang addict sangat weyyyy ! Dulu ayam sedap... rangup... berperisa... bila makan mesti rasa nak lagi dan nak lagi.



Hmm tu dululah.. Sekarang ni, KFC telah dijahanamkan oleh budak2 kita jugak. Hakakkk so far makan KFC sekarang tak puas. Rasa kosong je. satu lagi, kes budak dapur yang tak jujur. Letak kasut la, perah lelehan minyak dari kain buruk la. Yarabbi.. tak semenggah! Tahu tak rezeki menganiaya nanti... hangpa jawab kat akhirat?? tak takut ke?? emo plak hakakkk ni...



Colonel Harland Sanders

Alkisah Sanders ni sememangnya pakar dalam bidang masakan dan digelar Kentucky Colonel oleh Gabenor. Beliau pernah membuka restoran sendiri bernama Court And Cafe. Disitu, beliau telah menciptakan satu resepi rahsia yang osemmmm sangat malangnya restoran itu jatuh bankrap.

Seorang Sanders memang tak kenal erti putus asa. Beliau ingin mengembangkan resepi rahsianya dan yakin bahawa resepinya itu terlalu istimewa!

Sanders merantau hampir ke 1,000 restoran untuk menjual resepinya namun semua restoran itu tidak mahu bekerjasama. Mungkin saja ketika itu ramai perlekehkan Sanders yang bagi mereka, Sander hanyalah... " Situa yang ada hati mahu menjual resepinya yang tak laku"...

Dah kata kan Sanders ni bukan jenis yang berputus asa. Beliau gigih mencuba dan terus mencuba. Sehinggalah beliau sampai ke restoran yang ke 1,008 dan restoran itu sudi menerima dan membeli resepi rahsianya itu.

Dan perniagaan itu terus berkembang dan KFC adalah buktinya ! Sampai sekarang kita kenal apa itu KFC kan??

Sebuah kisah inspirasi untuk aku dan yang lain. Agar tidak cepat putus asa. Sekian.

May 23, 2015

Kisahnya Mee Goreng Mamak Dan Bawang Putih..........

10:27 AM 3
Kisahnya Mee Goreng Mamak Dan Bawang Putih..........
mamak mee goreng2

Kisahnya hakakkk memang makanan rutin kat hospital adalah mee goreng mamak... hakakkk order plain je.. cuma ada tauhu.. sayur lain hakakk takmau... tapi hakakk suka sangat kalau depa letak bawang putih...

Cuma tempat hakakk order ni memang hakakkk pelik... yang masak tu depa letak bawang merah... padahal hero mee goreng mamak kan memang bawang putih?

Satu kerja lah setiap kali Tokis tolong order, mesti pesan... TARUK BAWANG PUTIH ! kalau tak hakakkk memang hilang selera nak makan mee tu...

Bawang putih dengan hakakkk... memang sukar dipisahkan... bau pun bau laaa... penambat selera hakakkk.... kalau masak kari pun hakakkk kutip bawang putih yang ditumis tu... buat masak lemak cili api pun hakakk ketuk bawang putih campak dalam kuah biar sampai lembut, hakakkk ratah... 

Salam Sabtu, 
Hakakkk rindu nak aktif macam dulu.. trafik makin jatuh... readers makin kurang.. tapi takpe ! Hakakkk di sini kerana minat hakakkk...

May 22, 2015

Kenali Apa Itu "Baby Hatch"...

5:59 PM 4
Kenali Apa Itu "Baby Hatch"...
"Baby Hatch" ni adalah salah satu alternatif bagi mengelakkan para-para ibubapa yang tidak sah taraf buang baby diorang tu sepah2... Hospital Pakar Damai yang telah ambil inisiatif seperti ini berikutan terlampau banyak kes buang bayi dengan kejam..


Mungkin korang ada yang komen pasal penggalakan zina bila wujudnya benda ni.. tetapi tak fikirkan tentang kehidupan bayi yang dibuang bersepah tu??

Lagipun, sebelum wujudnya baby hatch ni... ZINA memang dah wujud... dah tak boleh nak tolong lagi... suruh laa ustaz ustazah cerita tentang dosanya, tetapi bila nafsu kawal akal manusia... mereka tetap melakukannya...

BE POSITIVE !!

Hakakkk tengok ramai yang komen tanda tidak setuju.. risau zina makin berleluasa... hurm... hakakk pelik, mampukah mereka yang komen2 tu menghentikan perbuatan zina di kalangan remaja kini?? Jangan kata ya, sebab setiap tahun peratus buang bayi SEMAKIN TINGGI !

11118104 963494403703115 1485196307 n

Baby Hatch ini telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad. Ianya mula diperkenalkan di Jerman dan dilancarkan di Malaysia pada bulan Februari baru-baru ni..


Penuh pengharapan hakakkk ni... supaya tiada lagi berita hakakkk baca yang bayi baru lahir dijumpai mati dalam lubang jamban dan sebagainya... di Malaysia ni, purata pasangan berkahwin memang ramai yang tidak dikurniakan zuriat termasuk hakakkk...

Hurm.. adik2 perempuan kat luar tu.. sebelum melakukan sesuatu... fikir panjang... jangan makan sangat pujuk rayu jantan durjana yang menabur janji semanis madu...

Moga bermanfaat.

REVIEW MOVIE | THE FAULT IN OUT STARS : PERCINTAAN INSAN BERPENYAKIT

4:09 PM 2
REVIEW MOVIE | THE FAULT IN OUT STARS : PERCINTAAN INSAN BERPENYAKIT
The Fault in Our Stars adalah novel keenam yang dikarang penulis Amerika bernama John Green. Novel ini berkisahkan tentang seorang pengidap kanser berusia 16 tahun bernama Hazel.

Kisah mengenai Hazel Grace Lancaster yang mengidap kanser tiroid tahap 4, dan kanser tersebut mula merebak ke paru-parunya ketika dia berusia 13 tahun.. Hazel bergantung hidup dengan tong oksigen portabel.

Mak dan ayah Hazel mencadangkan Hazel menghadiri Persatuan Kumpulan Kanser untuk menambahkan semangat dia dalam kehidupan.. Mulanya Hazel taknak dan lepas mak dia pujuk, Hazel akur.

Semasa menghadiri Persatuan tersebut, Hazel sentiasa fokus pada seorang ahli didalamnya, Augustus Waters, yang mengidap Osteosakorma, dan akan bebas dari penyakit itu andai kakinya dipotong. Augustus jugak menjadi pembantu sahabatnya yang memiliki kanser mata sehingga menyebabkannya buta.


Sepanjang hubungan Augustus dengan Hazel, dia cuba membahagiakan Hazel dan menurut segala hajat Hazel.. Hazel meminati sebuah novel karya Van Houten bertajuk An Imperial Affliction. Kisah itu tentang seorang gadis yang juga pengidap kanser bernama Anna.

Hazel berhajat menemui Van Houten di Amsterdam untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang novel tersebut dan kecewa Van Houten bukan seperti yang disangkanya..


Cerita berakhir dengan kematian Augustus kerana kansernya merebak.. Hazel sangat sedih dan tertekan dengan kehilangan Augustus.. Namun dia mendapat semangat baru untuk meneruskan kehidupannya..

Rate : 4 out of 5
5 stars1

Cerita yang mengingatkan hakakk dengan Tokis...
kami sama2 abnormal person jugak... haha ~

Alkisahnya... Cikgu Itu Menegur...

4:00 PM 2
Alkisahnya... Cikgu Itu Menegur...
Di sekolah, Siti dimarahi oleh cikgu sebab tak pakai anak tudung...
Siti jadi tension...
So keesokannya harinya............


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

11112447 921469351229773 2386817397879098660 n


Hahahhaa !!
Cerita rekaan je tu... 
cuma terlalu comel adik kita seorang ni...

Salam senyum petang Jumaat :)

Dugaan Bila Berdepan Pesakit Mengjengkelkan....

3:51 AM 2
Dugaan Bila Berdepan Pesakit Mengjengkelkan....
Nothing nak update sebenarnya.. saja random memalam buters ni sebab terasa gatal jari nak menaip... hikss.. !

Masa hakakk hemodialisis lately.. ada seorang uncle cina ni... ehh ni bukan cerita rasist ye sebab patient pun memang most of adalah CINA... cina memang ramai mengalami kegagalan buah pinggang, hakakkk no idea lah kenapa...

So uncle ni baru masuk pun hakakkk dah rasa annoyed sangat... muka dia tu something.. tapi tak baik pulak kan... macam la muka kita lawoooo sangat.. haha !

Alkisahnya uncle ni dihalau dari Pusat Hemodialisis swasta sebab masalah hygiene.. pengotor nak matikkk....

Jenis dia..
Batuk tak tutup mulut.. batuk kuat2... buat bising... korek hidung dan korek hidung... Ya Rabbi... bukan patient je bingit, staff pun sama jugak !

Bila hakakkk dengan patient lain makan, time tu la dia buang hingus... waktu kita tido, dia merengus bising... asyik mintak attention staff...

Lastly, staff warning dia... jangan buat hal... dah laa tak jaga diri... hutang 10liter air dalam badan... padahal limit pesakit2 macam kami ni hanya 4 liter laa paling banyak pun... kalau lebih, kau tempah mati...

Dugaan hakakkk lagi laa ni... hakakkk yang sakit bertambah sakit dengan manusia2 cenggini uolsss...

May 21, 2015

RESEPI : Acar Ikan Kurau Masin

10:29 AM 7
RESEPI : Acar Ikan Kurau Masin
Ampa pernah makan acar ni tak?? hakakkk teringat waktu hakakkk makan masa tu kecik lagi.. lepas tu terus jatuh cinta... tapi pastuh lama dah tak makan sampailah tergedik2 dengan mama tersayang.. merengek nak acar ikan masin..

Balik Rawang aritu mama buatkan... Ya Allah... terasa kepuasan... makan gitu je dengan nasikk uolsss... takde lauk lain..

Lepas tu apa jadi??
Hakakkk pening kepala bagai nak gila arr... hakakk kan ada darah tinggi tahap kronik gak... hewhew.. gatal sangat cari sakit...

Tapi takpe, ada ubat !
Meh nak share resepi... yang teringin boleh laa terai..


10985919 10202863070098073 3021179900803829953 n


Resepi Acar Ikan Kurau Masin

Bahan :
Ikan kurau masin - Rendam kejap, potong dadu & goreng 1/2 masak.

Bahan tumbuk kasar :
Bawang merah/bawang kecil
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Jintan manis
Ketumbar
Cili kering
Daun kari
Cili padi - ketuk
cuka,gula

Caranya :
Panaskan minyak, masukkan daun kari, diikuti bahan2 tumbuk. Masak hingga garing dan wangi, selepas itu masukkan cuka, guka dan ikan masin.. Bila masak sepenuhnya masukkan cili api dan gaul, tutup api.

May 20, 2015

Wordless Wednesday #38 - Sakit !

9:18 PM 2
Wordless Wednesday #38 - Sakit !

That's the thing about pain, 
it demands to be felt :)

SINOPSIS MENANTI HARI ITU (ASTRO)

5:02 PM 3
SINOPSIS MENANTI HARI ITU (ASTRO)
Dah lama cerita ni sebenarnya.. ditayangkan waktu Ramadhan 2013... cuma hakakkk berapa kali tengok cerita ni.. nampak nilai2 murni.. berapa kali layan pun tak bosan sebab ada Wan Sharmilla, Ellie Suriaty & Norkhiriah.. pelakon2 yang memang menjadi kegemaran hakakk... depa ada karakter tersendiri...

Snapshot 5

Kisahnya mengenai seorang pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak, dan seorang ibu tunggal beranak dua. Ina (Norkhiriah) bersahabat baik dengan Ipah (Ellie Suriaty).. Ina menginginkan anak tapi rezeki tak ada ke arah itu.. Dia memujuk Ipah untuk menjaga Adi (Naim Daniel) dan mengambilnya sebagai anak angkat kerana Adi masih bayi ketika itu..

Konflik berlaku apabila Ina dihasut oleh Senah kerana Adi lebih memberi perhatian kepada ibu kandungnya sedangkan Ina yang yang menjaganya dari kecil.



Snapshot 3

Ipah ni kira pelayan pelanggan karaoke je berpewatakan kasar.. tapi dia punya sayang kat anak tu.. dia tak peduli pun anak dia kurang ajar dengan dia... dia berjasa besarkan anak dia dengan baik termasuklah Hanis (LakonanWan Sharmilla). Walaupun dia sering dihina oleh suami Ina kerana pekerjaannya, Ipah tidak peduli.. dia percay Tuhan adalah segalanya.

Ina pulak, seorang wanita bertudung yang lemah lembut tapi termakan dengan hasutan Senah.. Dia takut Adi akan tinggalkan dia sedangkan kasih sayang antara Ipah & Ina dibagi samarata pada Adi..

Hakakk suka skrip Ipah dalam cerita ni.. :

"Kau cabut je la tudung tu kalau kau tak percaya Tuhan !"

Moral of the story, jangan tengok siapa ibubapanya... tengoklah corak didikan yang diberi (",)

May 19, 2015

Google Icon | Barbapapa

10:46 PM 2
Google Icon | Barbapapa
cats

BARBAPAPA adalah watak kartun yang berona merah jambu, diminati kanak-kanak di sekolah Perancis dan ianya diterjemahkan ke dalam 30 bahasa, sudah mencapai pertengahan umur.

Barbapapa adalah nama bagi keluarga kartun tersebut, dimana telah diwjudkan pada 19 Mei 1970 oleh arkitek Perancis dan penulis Annette Tison dan pasangannya dari Amerika, Talus Taylor, yang meninggal dunia bulan lepas di Paris pada umur 82 tahun.


Annette Tison and Talus Taylor.

Lagenda mengatakan bahawa pasangan itu yang tinggal di Paris, berjalan di Luxembourg Gardens apabila Taylor mendengar seorang kanak-kanak berkata sesuatu kepada bapanya yang berbunyi seakan-akan "baa baa baa baa".


Taylor bertanya pada Tison apa yang kanak-kanak itu mahu lalu Tison menjawab kanak-kanak itu meminta "Barbe-à-papa" (janggut ayah) ataupun gula-gula kapas.

Beberapa jam pasangan itu duduk di restoran, mereka mula melukis watak-watak kartun yang kebanyakkannya berbentuk buah pir. Lukisan mereka kemudiannya menjadi sebuah buku cerita dan ditayangkan sebagai kartun di TV selama 5 minit pada tahun 1970-an.



Semoga bermanfaat ye..
lambat sket hakakkk hapdet harini...

May 18, 2015

Cadbury Dairy Milk.. Present..

1:21 PM 4
Cadbury Dairy Milk.. Present..
Hakakkk baca la kat Rotikaya semalam, pasal Dato Siti sebagai Duta Cadbury, sedang melancarkan produk terbaru dari Cadbury... komen2 negatif je hakakkk baca especially melibatkan babi lah kan uolsss...

Cadbury dan Babi memang agak sinonim sejak DNA babi katanya dijumpai dalam coklat kegemaran ramai ni... so ramailah orang Islam boikot lebih2 kejap kata halal.. lepas tu haram.. lepas tu halal balik sampai umat Islam tak percaya dah...



cadbury splash



Cadbury memperkenalkan flavour baru yang lagi best dan sedap... Hakakkk dah try dah... not bad.. memula tengok kat Pasaraya Soon Huat tu... hakakkk memang cepat tergoda dengan coklat yang berbalut cantik2... belilah yang kecik...

JELLY POPPING CANDY... meletup2 didalam mulut... Kalau korang pernah makan gula2 serbuk yang meletup dalam mulut... itulah dia..

PEANUT TOFFEE COOKIES...  ada rasa coffee cookies... sedap gak.. tapi nak feeling2 hakakk lebih suka yang letup2 tu...


SOALAN :
Hakakkk tak takut ke ada DNA BABI DALAM CADBURY ?

Pegangan hakakkk senang je... hakakk yakin, hakakk makan... kalau hakakk was2... hakakk tolak tepi... sebelum ni hakakk memang anti Cadbury sebab teringat masa beli dulu berulat... tapi sebab hakakkk teringin sangat nak rasa yang baru ni... hakakkk gagah jugak sebab tak suka rasa siksa kempunan tu...

Alhamdulillah... hakakkk masih yakin...

So pada yang was2 tu... terpulang... entri hakakkk ni langsung takde niat untuk menyeru semua makan Cadbury, cuma hakakkk meluat sangatlah tengok para Melayu ni hentam Melayu lain yang makan Cadbury.... orang lain yang makan, perut orang lain pulak yang panas... alahai...

Kisah dia satu ------------ cakap tak serupa bikin hakakkkk ni. Sebelum ni kemain kata taknak makan Cadbury. Hahahhaa ! I can't help myself, yang baru tu nampak macam sedap sangat !

May 17, 2015

SINOPSIS & REVIEW MOVIE | EVIL DEAD (2013) : KISAH PEMBEBASAN IBLIS YANG KEJAM

1:17 AM 2
SINOPSIS & REVIEW MOVIE | EVIL DEAD (2013) : KISAH PEMBEBASAN IBLIS YANG KEJAM

Kisah 5 sahabat. Mia (Jane Levy) adalah seorang penagih dadah dari keluarga yang porak peranda. Dia ada seorang abang bernama David (Shilloh Fernandez).

Mereka bercadang untuk ke sebuah kabin milik ibu mereka di tengah Nameless Forest bersama dengan sahabat mereka Olivia (Jessica Lucas), Natalie (Elizabeth Blackmore) dan Eric (Lou Taylor Pucci).


Tujuan diorang just nak sembuhkan si Mia ni dan jauhkan dia dari najis dadah dan mulakan kehidupan baru. Tapi tujuan asal diorang ni berganti dengan malapetaka pulak kat kabin tu. Sebabnya? Si Eric ni tadi tak sengaja pergi baca mantera dalam buku misteri yang dia jumpa kat kabin tu..

Mantera tu pulak adalah mantera membebaskan iblis kejam yang dikurung beberapa tahun dulu. Iblis tu merasuk si Mia dan mulalah kejadian dimana seorang demi seorang mati dalam keadaan yang mengerikan...




Tokis cakap dia tengok citer ni, dia boleh jadi gila... ! Hahhaa... hakakkk setuju since scene dalam cerita ni sangat2 mendebarkan.. kalau layan dengan kusyuk ni mau hakakkk termasuk dalam imaginasi sendiri... dia banyak potong2... toreh2... koyak2 kulit... takde cover punya ! hilang gengster hakakkk dengan Tokis tau !

Rate : 4 out of 5

4 stars1

May 16, 2015

TELEMOVIE - HIDUPKU, SOLATKU, MATIKU (SEMPENA ISRAK MIKRAJ)

11:26 PM 2
TELEMOVIE - HIDUPKU, SOLATKU, MATIKU (SEMPENA ISRAK MIKRAJ)


Cerita ini sedang ditayangkan di astro Oasis dan Maya HD .

Kisah tentang Nordin (Sharnazz Ahmad) yang mengidap penyakit kusta dan sentiasa dihina oleh orang kampung. Isterinya Lela (Fasha Sandha) sering dicucuk dan dihasut oleh jiran mereka kerana hidup Lela sekeluarga miskin. Mereka dikurniakan dua orang anak.

Lela berkeinginan untuk bekerja dan Nordin mengizinkannya walaupun hati Nordin berat. Lela terkena kejutan budaya selepas dirinya digoda seorang tunang orang, lelaki kaya, iaitu pelanggan butik tempat Lela bekerja.

Keadaan Nordin bertambah perit apabila Lela meminta cerai untuk bersama kekasihnya. Nordin dengan tabah menjaga kedua anak mereka sendirian dan menjadikan solat sebagai peneman dan penawar dukanya.

Dia juga tidak dibenarkan solat di masjid akibat sikap prejudis masyarakat di perkampungannya itu. Nasib Nordin baik apabila majikannya Encik Wong, sentiasa membantunya.

Pelakon : Sharnazz Ahmad, Fasha Sandha, Puteri Balqish
Arahan : Raja Ahmad Alauddin


Apa nilai moral hakakkk nampak... adalah apa yang berlaku di sekeliling kita.. masyarakat sesama bangsa sebenarnya agak prejudis dan rasist dengan golongan2 sebegini.. Dalam cerita ni juga menyelitkan betapa baiknya Encik Wong yang tidak jijik langsung dengan penyakit kusta yang dialami Nordin malah dia langsung tidak menghina Nordin... 

Isterinya juga sanggup menjaga anak2 Nordin.. banyak nilai2 murni yang dapat kita pelajari dalam cerita ni... warna2 kehidupan manusia.. dalam cerita ini juga uolsss... kita disarankan jangan menghakimi luaran seseorang... sebab Nordin tak tahu pun sebenarnya Encik Wong beragama Islam.

Hakakkk suka... hakakkk suka !!

Teacher's Day - Selamat Hari Guru, Cikgu !

10:30 AM 4
Teacher's Day - Selamat Hari Guru, Cikgu !
td

Jenguk2 Google, hakakkk nampak gambar ni.. comel pulak...
Faham apa maksud lukisan ni??

yeah.. 
HARI GURU !!


Sedikit info mengenai Hari Guru, ianya disambut sempena menghargai usaha2 guru yang mengajar kita.. Tarikh Hari Guru bagi setiap negara adalah berbeza.. Kita di Malaysia menyambutnya pada 16 May ...


SELAMAT HARI GURU hakakkk ucapkan pada guru2 yang pernah hadir dalam hidup hakakkk... tak kisah laaa cikgu sekolah ke... mak abah hakakkk pun cikgu kepada hakakkk.... adik2... suami... kawan2... mereka ni banyak buat hakakkk renung kehidupan tau..

Aduhai... sedih pulak bila kerinduan terhadap cikgu2 sekolah ni muncul..
sebab hakakkk antara murid yang paling suweyyy time tu... choiii !