TUNKU ABDUL JALIL SULTAN IBRAHIM MANGKAT

image

TUNKU ABDUL JALIL SULTAN IBRAHIM MANGKAT | Lepas satu pemergian demi satu pemergian pada penutupan tahun ini.. Terbaru, anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7:11 malam tadi (Sabtu) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

Almarhum Tunku Abdul Jalil semasa hayatnya adalah pejuang kanser hati dan telah menjalani pemindahan hati di Hospital Universiti Sun Yat-Sen, Selatan China pada 10 Disember tahun lalu, namun Allah SWT lebih menyayanginya dan almarhum meninggal pada umur 25 tahun... ahli keluarga diraja Johor turut berada di sisi saat pemergiannya..

Kerana penyakitnya itu, ianya telah mendorong Sultan Ibrahim untuk menubuhkan Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation, yang dapat membantu pesakit kanser yang memerlukan bantuan kewangan dan perawatan.

Almarhum akan disembahyangkan dan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah selepas Zohor... Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat... berehatlah Tuanku :(

tengku jalil sakit2

Sedih hati terkenang seorang demi seorang pergi... ini yang kita kenal.. yang kita tak kenal berapa ramai lagi yang telah kembali kepada "rumah asal".... bila terfikir... adakah lepas ini giliran aku?? Sesungguhnya janji Allah SWT itu pasti ..

Merafak Sembah Takziah Buat Kerabat Diraja Johor.

Innalillahi wainna ilaihi rojiun ~
TUNKU ABDUL JALIL SULTAN IBRAHIM MANGKAT TUNKU ABDUL JALIL SULTAN IBRAHIM MANGKAT Reviewed by Tunsha Ayunie on December 06, 2015 Rating: 5

2 comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.