Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1437H - Monolog Aku Cuma Di Kiri

December 24, 2015

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1437H

maulidul

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1437H | Maulidur Rasul (Mawlid Nabi) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada 12 Rabiulawal.. Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan Allah SWT..

Baginda seorang manusia yang paling tawaduk walaupun Baginda merupakan kekasih dan Nabi Allah SAW.. Baginda juga tidak suka dipuji sebagaimana yang diceritakan oleh Sayidina Umar Al-Khattab di dalam sebuah hadith ,

...Janganlah kamu memuji aku berlebih-lebihan seperti 
kaum Nasrani memuji Nabi Isa ibn Maryam, 
Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah. 
Maka kami semua menyebut : Hamba Allah dan rasul-Nya,

[HR : At-Tarmizi, Bukhari, Ahmad dan Abu Dawud]


Banyak hadith yang menceritakan tentang sifat tawaduk Rasulullah SAW antaranya :-
  • Baginda yang akan pergi menemui orang yang berhajat kepadanya, bukan orang yang berhajat itu datang menemui baginda.
  • Baginda pernah memenuhi undangan seorang hamba, ketika itu Baginda hanya menunggang seekor keldai yang pelananya diperbuat dari sabut.
  • Baginda menunaikan ibadah haji hanya dengan menunggang unta yang pelananya sudah usang dan di lapik dengan baldu yang harganya tidak sampai empat dirham sebagaimana yang dicerita oleh Anas bin Malik.
  • Baginda tidak akan menghampakan undangan walaupun makanan yang dihidangkan hanya roti dan lemak lembu yang sudah basi.
  • Baginda tidak suka para sahabat bangun bagi menghormatinya apabila Baginda mendatangi mereka. Anas bin Malik meriwayatkan, ❝  Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat melainkan Rasulullah SAW... Tetapi bila Baginda datang, mereka tidak bangun kerana mengetahui bahawa Baginda tidak suka dihormati begitu... ❞
  • Baginda adalah manusia biasa, Baginda merendam pakaian, memerah susu kambing dan urusan peribadinya sendiri walaupun Baginda mempunyai ramai isteri dan khadam (pembantu).

26d4191f49e46039047b5a395637676f

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan tentang sifat keperibadian dan tawaduk Rasulullah SAW... begitu agungnya Baginda... begitu mulianya Baginda... Allahu.... Selawat dan salam junjungan ke atas Baginda Rasulullah SAW....

sekian.

3 comments:

  1. Selawat dan salam utk Rasul junjungan.
    Salam Maulidur Rasul

    ReplyDelete
  2. semoga kita antara yang mendapat syafaat Baginda SAW =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.