Kisah Seram : Kemunculan Roh Zona Memberitahu Siapa Pembunuhnya - Monolog Aku Cuma Di Kiri

December 17, 2015

Kisah Seram : Kemunculan Roh Zona Memberitahu Siapa Pembunuhnya

greenbrierghosthouseweb

#Misteri #Seram | Oktober 1896, kejadian tentang bibit cinta antara seorang gadis dan pemuda yang tinggal di bandar Greenbier, barat Virginia, Amerika Syarikat... Yang gadisnya bernama Elva Zona Heaster dan lelakinya Erasmus Stribbling Trout Shue juga dikenali sebagai Edward.. Dalam percintaan yang singkat mereka membuat keputusan untuk berkahwin namun ianya ditentang oleh Mary Jane Heaster, ibu kepada Zona.. Naluri ibunya merasakan Edward bukan lelaki yang baik..

Walaupun ditentang, mereka berdua tetap berkahwin dan tidak sampai tiga bulan hidup bersama, satu tragedi berlaku tanggal 23 Januari 1897.. seorang budak lelaki datang ke rumah pasangan itu dan menemui mayat terbaring kaku.... budak tu terus bagitau Mary Jane, ibu Zona.

Ibu Zona menghubungi Dr. George W.Knapp, selepas satu jam kemudian, doktor itu tiba di rumah Zona... ketika itu, Edward sudah membersihkan mayat isterinya dan memakaikan mayat isterinya dengan gaun berkolar.

greenbrier ghost featureweb
Mary Jane & Zona

Edward terus memangku, menangis teresak2 dan tidak membenarkan sesiapa menyentuh mayat isterinya..esoknya, mayat Zona dikebumikan.. kelakuan Edward semakin pelik apabila dia sentiasa berada di keranda Zona dan tidak benarkan pelawat dekat dengan keranda..

Mary Jane yang tidak sedap hati dengan kematian anaknya itu telah berdoa supaya roh anaknya datang dan menceritakan perkara sebenar... tidak lama kemudian doa Mary Jane, termakbul ! Roh Zona datang dan menceritakan kepada ibunya yang dia hidup terseksa disamping Edward..

Zona memberitahu bahawa dia dibunuh hanya kerana Edward berang dengan masakannya lalu Edward memusingkan leher Zona hingga patah dan mati...  selepas roh Zona menceritakan peristiwa itu, Mary Jane bersungguh2 meyakinkan John Alfred Preston, iaitu seorang pendakwa untuk membuka kertas siasatan baru... 

Greenbrierghost signweb

Walaupun ianya pelik kerana kejadian diceritakan oleh "hantu", namun Preston membantu.. akhirnya kubur Zona di gali dan di-autopsi.. Edward akhirnya ditahan.. dia dibicarakan dan dihukum penjara sepanjang hayat..

Hasil siasatan juga mendapati Edward pernah berkahwin dua kali dan Edward digambarkan sebagai seorang yang kejam... seorang isteri telah bercerai dengannya dan seorang lagi mati dalam keadaan misteri...

Satu papan tanda peringatan didirikan dekat dengan kubur Zona, ianya tertulis tentang kisah Zona, gadis yang mati pada tahun 1897 sebelum muncul dalam mimpi ibunya, dan memberitahu perbuatan suami yang kejam..

Kisah Zona juga dikenali sebagai The Greenbrier Ghost !

1 comment:

  1. naluri seorang sorang ibu akan merasakan sesuatu yg xdirasakan org lain yg memandangnya dgn mata kasar saja n Allah memburu petunjuknya...suami zona yg zalim dihukum setimpal kezalimannya...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.