Google Icon | Ludwig Van Beethoven

a1

Bukak je newtab Google harini, korang akan nampak lah grafik seperti di atas... cer tekan play... nanti korang boleh main susun not musik Beethoven ni... best gak... aku buat awal pagi.. terapi minda.. by the way, Google telah meraikan kelahiran Beethoven yang ke 245 tahun..... sebenarnya tarikh lahir sebenar beliau tidak diketahui namun beliau dibaptiskan pada 17 Disember 1770...


LUDWIG VAN BEETHOVEN (17Disember1770-26Mac1827), dari bandar Mechelen di Duchy of Brabant di rantau Flemish , ialah seorang pengubah muzik Jerman dan seorang tokoh unggul dalam sejarah muzik muzikal.. Beliau merupakan ahli muzik terpenting dalam tempoh peralihan antara muzik era klasikal dan muzik era romantis dalam muzik barat.. Muzik gubahannya juga memberi inspirasi.. Beethoven juga seorang pemain piano yang dikagumi.

Walaupun pendengaran beliau beransur hilang pada akhir 20-an, Beethoven terus gigih menghasilkan karya-karya agung di sepanjang hidupnya... Karya beliau terus dibuat walaupun selepas pendengaran beliau hilang dan menjadikan beliau pekak.

download

Antara karya beliau yang popular adalah Fifth Symphony, Für Elise, Moonlight Sonata dan Ninth Symphony (Ode to Joy)... 

Beethoven terlantar sakit untuk beberapa bulan dan meninggal dunia pada 26 Mac 1827, ketika berusia 56 tahun dan kematiannya ketika ribut petir.. Bedah siasat mendapati bahawa Beethoven mengalami kerosakan hati, mungkin kerana terlalu kuat mengambil minuman beralkohol..

Tragisnya, jenazah beliau digali semula untuk kajian pada tahun 1862 dan dipindahkan pada tahun 1888 ke Vienna Zentrafriedhof.. 

Banyak pertikaian tentang kematian Beethoven ni... ada yang kata pasal alkohol, ada yang kata sifilis, hepatisis, keracunan dan lain2... ada kontroversi mengatakan Beethoven dibunuh secara perlahan dengan diberikan dos ubat berlebihan..

Panjang sebenarnya kisah Beethoven ni... kalau korang berminat baca lah dekat Wikipedia ye... 

Sekian...

Google Icon | Ludwig Van Beethoven Google Icon | Ludwig Van Beethoven Reviewed by Tunsha Ayunie on December 17, 2015 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.