Derita Ke Hidup Dengan Mak Bapak?? - Tunsha Ayunie Punya Belog

December 12, 2015

Derita Ke Hidup Dengan Mak Bapak??

C360 2014 10 05 13 30 48 975

DERITA KE HIDUP DENGAN MAK BAPAK | Langsung tak... aku tak pernah derita hidup dengan mama abah & adik2 aku... diorang penyayang... sangat caring pada aku... slacknya cuma satu, mereka terlalu overprotected aku... yelah, aku faham... semua sebab aku sakit..... anything will be happen kan... so takde laaa aku rasa derita pun...

Selalu je pergi karaoke sesama.... merenung KLCC dan posing sana dan sini sekeluarga.. entah... aku tak pernah rasa derita langsung... malah aku selalu keep update kebahagiaan aku dulu sebelum kahwin.. kawan2 aku yang tahu mama abah overprotected, nak ajak aku keluar depa sanggup berdepan dengan mama abah aku dulu... haaaa gittew... so tang mana derita pulak??

12376141 10153321911998100 8398381585448817819 n
(from Beautifulnara)

Aku kawin masa umur aku 23 tahun... (dalam linkungan ni adakah dipanggil kawin muda?) ntah aku tak tahu.... biasalah bila berumahtangga, apa lagi yang aku boleh update? zaman bercinta dengan suami dulu aku mengalami krisis yang membuatkan aku dengan suami tak boleh jumpa selalu... dah kawin, aku bahagia... aku update je laaa...

Seawal aku kawin jela aku keep update segala perkara aku buat dengan suami.... yelah, first time rasa hidup berdua, dalam kesempitan pulak tu... kawin pun takde baju bagai... inai pakai sendiri... nikah ikut Islam, settle... mana ada kenduri.... takde pun.... cuma itulah... aku pamerkan kebahagiaan aku dalam FB.... (siap ada kata aku riak) ... padahal --------

Dah nak masuk 3 tahun ni aku slowly je la update pun.... kekadang jari rasa nak update something tapi tak tahu apa... aku pun post je laaa apa yang aku bual dengan suami...

102

Aku terbaca komen ni kat Beautifulnara.. dan aku setuju... kekadang kami2 ni pamer kebahagiaan kami bersebab... kekadang nak tutup rasa sedih tu.... jangan compare dengan zaman dulu.. dulu takde FB... sekarang ni makcik2 pun ada je pamer kebahagiaan dengan suami.... eloklah pamer kebahagiaan dengan yang halal dari berpeluk sakan padahal ----------------- kawin pun tak lagi...

Aku ni takde anak lagi... kalau ada anak of coz aku post pasal anak aku.... kelakarnya anak aku... harini dia bermuram durja dengan aku... tapi sedihnya... aku tak ada rezeki disitu...

-- Kenapa aku acapkali update pasal aku dengan suami? Sebab aku appreciated dia... aku appreciated sangat kurniaan Tuhan pada aku.... sebab aku pesakit kronik, dan dia OKU fizikal...

Apa kena mengena?

Sebab dulu aku banyak kali gagal dalam percintaan yang hampir membawa aku kepada perkahwinan... tapi semuanya tipu aku... mereka normal dan berjanji akan jaga aku... sedangkan mereka tahu aku tak boleh tension... ntah laa... masa terbuang yang sia2...

Tapi suami aku yang mereka pandang CACAT inilah banyak berjasa dan bertanggungjawab atas aku... mengajar aku supaya tidak jadi bodoh dan kuat semangat... sentiasa mengangkat martabat aku sebagai seorang isteri... sungguhpun dia kekurangan, dia sentiasa lebihkan aku....... bukan senang hidup kami berdua ni sebab aku sendiri kena fight untuk hidup in fact antibodi aku memang teramat lemah masa ni...

Moral & sivik dari cerita & bebelan aku ni.... berlapang dada... kau mungkin tak suka tayang kebahagiaan kau dengan suami tapi kau masih ada intipati penceritaan kebahagiaan kau bersama anak kau pulak.... Nasib orang berbeza, kau tak pernah tahu apa mereka lalui :)

Sekian.

14 comments:

  1. Betul...kita tak tahu apa yang ada di hati orang lain bila mereka kemaskini status...mungkin sekadar untuk 'menyedapkan' hati mereka sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul KakCik.... kekadang hiburan aje.... update tu kadang tak seindah mana pun... siapa lagi nak pujuk hati kalau bukan diri sendiri? kekadang ada masalah lain... tapi nak pujuk diri tu... update je laaa tengah bersukaria dengan suami... hihi

      Delete
    2. Tak mengapa..update apa sahaja selagi tak melanggar syarak..mana nak puaskan hati org yg penuh hasad dengki..semangat!!

      Delete
  2. SEBAK BACA CITER TUNSHA TERNYATA TUNSHA/SUAMI SGT BESAR HATI SANGGUP MENERIMA PASANGAN MSG2 SEADANYA...BERTABAHLH DLM MENERUSKAN KEHIDUPAN INSYAALAH SUKSES DUNIA N AKHIRAT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Paridah.... Itulah... dalam keadaan dia tak sempurna pun sanggup bela Sha ni... perut Sha didulukan.. semua kepentingan dia, dia tolak tepi... semua bagi Sha aje... terima kasih ya kak atas semangat dan doa :)

      Delete
  3. Betul tu... kita tak tau susah senang org lain kan? Apa yg penting kita sentiasa positif.. manusia biasalah... dh lumrah.... semoga sha dan suami sentiasa kuat... ok.. cheersss!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ramai orang boleh positif Cikla... kebanyakkan orang kita masih tinggal dalam tempurung lagi... tak open-minded.... especially meleis la... bukan nak hentam tapi kenyataan kan...

      Delete
  4. Ujian manusia ni Allah bagi lain-lain...mgkn ada yg mmg derita masa bersama ibubape (eg : kes pukul, dera) dan macam-macam lagi...so, ada certain kes tweet tu tak valid sbnrnya...hihihi...

    perihal keluarga ni lain org lain ragamnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Sally .. Sha cuma bersuara (eh menaip) bagi pihak Sha aje... sebab ada yang sindir menyindir kan... tempiasnya kena jugak laa sebab rajin jugak Sha update sekian sekian tentang Sha dengan suami...

      Dan YES ! perihal keluarga ni lain2... tu sebab Sha bilang, berlapang dada.. agak2 rimas... UNFRIEND/UNFOLLOW je... haha

      Delete
  5. personal pendapat saya lah ye...orang yang kahwin mudda tu cakap dia bahagia lepas kahwin, bukanlah nak kata dia tak bahagia sebelum kahwin.tapi, diorang kena faham jugak, kami yang kahwin lambat ni rasa 'cemburu' bila baca status macam tu.mungkin tu yng cuba brader Adhiey tu cuba sampaikan.

    apa-apa pun, nak bahagis tu kena cari sendiri.tak kisahlah, dah kahwin ke belum..bersyukur apa yang ada dan sayang orang yang sayang kita, bahagia tu akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. its ok kaksal.... ini pun personally pendapat from my side... :) no heart feeling ya?

      Delete
    2. haha..excited akak nak komen, ayat pun tunggang langgang..hihihi

      Delete
  6. Salam singgah. Best hidup dengan ibubapa. Tetiba rindu dengan my parents di kampung...huhu...

    ReplyDelete
  7. adeh...susah nak komen bab ni...apapun kita kena banyak-banyak berdoa...doa itu senjata.

    insyaallah semua yang Allah kurniakan adalah yang terbaik untuk kita

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.