November 16, 2015

Variasi Resepi Kerabu Baba Dan Nyonya... WAJIB CUBA !

pasangan penganitn baba nyonya
PENGENALAN - Baba & Nyonya (juga dikenali sebagai Peranakan) adalah golongan keturunan Cina yang unik di-antara kaum Cina yang lain, khususnya di Melaka. Tetapi kebanyakan mereka tidak mahu mengakui mereka adalah bangsa Cina sebaliknya lebih bangga mengaku mereka adalah dari keturunan rakyat British..

Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara pemasakan Melayu... Menjadi kebiasaan mereka juga makan menggunakan tangan..

cats
Salah satu jenis makanan yang popular dikalangan Baba Nyonya adalah Kerabu Kaki Ayam... aku kalau makan ni tak boleh stop... suka betul dengan kaki ayam... lemak2 masam manis masin tu aduhhh..... menambat selera....... kah ! over plak drama kau...

Ni nak bagi resepi...
RESEPI KERABU KAKI AYAM
  • 10 ketul kaki ayam (rebus & buang tulangnya, ambil isi)
  • segenggam daun sup - dicincang kasar
  • 1/2 ulas bawang merah - hiris halus
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 1 cawan lobak merah - hiris halus
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
(Bahan campuran)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu teh belacan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu teh gula
  • 4 sudu besar jus limau
  • 1 sudu besar sos cili
(Caranya)
  • Campurkan semuanya... sesuaikan rasa.. boleh digantikan dengan sotong yang dicelur sebentar dan dihiris halus.
-
-
-

14 Lagi Resepi Kerabu Peranakan Yang Sedap Gilerrr ! ... cubalah.... kerabu nih laaa lauk paling senang korang buat... guna apa barang yang ada kat rumah aje... rasa2 nak diet pun boleh laa dok ratah kerabu ni... ye dakkk??

Cheers.

4 comments:

  1. apa jenis kerabu mmg fav sy...mmm yummy!

    ReplyDelete
  2. kaki ayam pun boleh ek.
    shark bukan penggemar kaki ayam.
    nampak gaya kena tengok je lar.
    hehe..

    ReplyDelete
  3. kerabu kalau kena dengan rasa dia gaya dia...makan sebekas pun tak perasan kot! hahahaha

    ReplyDelete
  4. Nanti nak cuba masak sendiri... Ehhh boleh ka... Erti takyah la. Suruh wife masak jela... Hehehe ok ARz ada sikit darah baba nyonya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.