Takziah... Pak Yus Jambu Meninggal Dunia.. - Tunsha Ayunie Punya Belog

November 30, 2015

Takziah... Pak Yus Jambu Meninggal Dunia..

pakyus
PAK YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA | Firman Allah SWT dalam surah Al-Anbiya, ayat 35 (QS-21:35) , ❝ Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.... ❞...begitulah yang berlaku pada ahli kumpulan Jambu Maharaja Lawak, iaitu Pakyus atau nama sebenarnya Yussry bin Edoo (39), yang telah menghembuskan nafas yang terakhir beberapa jam tadi di Hospital Selayang.

12308495 998000310262325 3424473456912643773 n
Gambar terakhir arwah bersama peminat beberapa jam sebelum nafasnya yang terakhir.

Arwah dikatakan mengalami sesak nafas.. punca sakit tidak diketahui... hmm mula2 aku ingatkan hanya propa tapi bila tengok instagram, ramai rakan2 artis yang mengucapkan takziah... terasa jugak sebab baru 2 hari aritu tengok arwah dalam Juara Parodi..

UPDATE : Arwah meninggal dunia akibat serangan jantung.

taukeh
Arwah pernah menjadi juara Raja Lawak musim pertama dan pencapaian dalam Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan 2004.. Arwah juga berada dalam kumpulan Jambu bersama sahabat baiknya, Tauke.

Takziah diucapkan pada keluarga Pak Yus... semoga roh arwah dicucuri rahmat... Innalillahi wainnailaihi rojiun :(

3 comments:


  1. Semoga Allah meletakkan rohnya di kalangan mereka yg beriman..

    Sekarang ni ramai sangat yg meninggal pada usia muda kena serangan jantung. Semoga dalam kesibukan dgn rutin seharian kita dapat jaga pemakanan dan luangkan sedikit masa untuk bersenam, sayangilah jantung kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Abang JR...
      Sha sendiri bermasalah jantung.... effect dari kegagalan buah pinggang... tapi pemergian seseorang tu bukanlah kerana sakit, in fact kalau dah ajal kan... apapun sama2lah menjaga kesihatan...

      Delete
  2. Salam takziah utk keluarga arwah.. al fatihah...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.