REVIEW FILEM - Jwanita - Gadis Psiko Yang Punya Jiwa... - Tunsha Ayunie Punya Belog

November 26, 2015

REVIEW FILEM - Jwanita - Gadis Psiko Yang Punya Jiwa...

12042664 726893784082855 802696748770690043 n
Niat nak tengok cerita Jwanita ni dah lama sejak kawan aku si Dura dok post & post pasal cerita ni.... tengok trailer pulak macam memanggil2 aku ke panggung tapi sayangnya tuan suami tersayang jenis malas nak layan cerita melayu kennnnnnnnnn.... maka, aku akur...

Nak langgan astro first kat rumah MIL ni macam malas lah pulak sebab kat sini depa layan citer omputeh je... so hajat hati balik rumah Rawang ler baru aku tengok, sebab aku ada geng... adik2 aku minat citer psiko, seram, ngeri macam aku jugak..... mihmih

PEmujaan
Sinopsis JWANITA | Jwanita (Maya Karin) mengalami tekanan perasaan dari kecil akibat kehilangan ibubapanya dalam kemalangan. Dia dan adiknya, Julaikha (Cristina Suzzanne), ditempatkan di rumah anak2 yatim.. Suatu hari, satu pasangan telah mengambil Julaikha sebagai anak angkat namun Jwanita tidak dibenarkan ikut sama akibat penyakitnya itu...

Satu malam, Jwanita melarikan diri dan ingin pergi ke rumah keluarga angkat Julaikha dan dia dikejar oleh seorang lelaki... Jwanita meminta pertolongan daripada seorang wanita tetapi malang nasib Jwanita apabila diculik oleh lelaki yang mengejarnya dan wanita tersebut  (Umie Aida) yang juga seorang bomoh.. Jwanita telah didera dari segi mental dan fizikal dari kecil sehingga dewasa, menyebabkan dirinya mengalami masalah mental.. Dia sempat membunuh kedua bomoh tersebut..

Setelah kejadian itu, Jwanita ditempatkan di hospital sakit jiwa dan bertemu dengan Doktor Farhan (Bront Palarae).. Hatinya berbunga dan dia berasa sayang pada Farhan namun konflik melanda apabila Farhan berkahwin dengan adiknya, Julaikha.. Oleh kerana kecewa, Jwanita menghilangkan diri..

Setelah beberapa tahun, Jwanita muncul semula dalam kehidupan Julaikha sekeluarga untuk membalas dendam....

4
Review Dari AKU :-
Bagi aku, karga Osman Ali ni perlu lebih digilap/polish sebab ada yang tak logik dalam cerita ni.... Namun cerita ni tetap menarik bagi aku sebab ada elemen seram & ngeri.. Cerita ni ala2 The Art Of Devil ... Watak Jwanita boleh memberi kesan kepada penonton yang emosional macam aku.

Mungkin watak Jwanita disangka sebagai seorang yang jahat walaupun sebenarnya dia adalah mangsa keadaan... di akhir cerita, penonton akan maki hamun si Farhan ni sebab dialah punca Jwanita menjadi semakin kejam...

Satu penghormatan tentang watak Jwanita yang gigih dan kuat dalam mengawal kehidupannya yang serba malang... Dia berdendam sehingga ke saat akhir dan betul2 mendapatkan apa yang dia mahu, cuma part dendam tu Encik Osman Ali tak gilap lebih lagi... (mungkin juga sebab ada hampir 30 babak terpaksa ditapis )...

Apapun, walaupun filem Jwanita ada masukkan elemen cinta sesikit.... tapi hakakkk wajar bagi 4 bintang sebab ceritanya tak menghampakan... bayangkan langgan kat AstroFirst... hakakkk maraton tengok cerita tu je .... 

sekian...

1 comment:

  1. Tak berapa minat citer seram2 ni..takut kang terbawa2 dalam mimpi..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.