RESEPI : Sambal Udang Kering - Monolog Aku Cuma Di Kiri

November 18, 2015

RESEPI : Sambal Udang Kering

1524573 683724774994151 1980637003 n
Tummytroll.wordpress.com

Sambal ni ala2 serunding jugaklah kekdahnya... Sedap dimakan dengan Chee Cheong Fun... ntah.. aku suka kombinasi Chee Cheong Fun ni.... ada manis... ada masin... ada tawar... haaa camne tu?? resepi  sambal ni aku cedok dari blog Messy Witchen yang telah aku melayu-kan... heee.. Diingatkan sambal ni ibarat masak serunding... perlukan kesabaran yang SANGAT TINGGI ~

RESEPI SAMBAL UDANG KERING
Bahan-bahan :-
  • 280g udang kering - basuh & tos & kisar
  • 185g bawang merah & 40g bawang putih - kisar jadi pes
  • 40g cili kering - buang biji & basuh - kisar jadi pes (tak perlu rebus)
  • 1-2 asam keping
  • 2 sudu besar gula
  • Minyak
Cara-caranya :-
  • Panaskan minyak, tumis pes bawang, tumis hingga sedikit kering.
  • Masukkan pes cili, masak hingga naik bau.
  • Seterusnya masukkan udang kering kisar tadi.
  • Campak gula & asam keping. Masak sehingga bahan semua kering.
  • Masukkan sedikit minyak jika terlalu kering.
  • Buang asam keping selepas habis masak.
Boleh simpan dalam bekas kedap udara... nak makan dengan nasi impit boleh... dengan nasi panas boleh... dengan roti boleh... ahhh multi purpose tau !

Cheers.

5 comments:

  1. wahhh menarik ...aku pulak suka yang ikan bilis tu sedap..sama je cara masaknye

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah... ikan bilis pun best gak..... kalau malas masak... jauh dengan nasi, makan...lalalalalaa

      Delete
  2. thanks for sharing adik, yang ni kakak belum pernah masak lagi...bolehlah cuba bila-bila masa dan makan dengan chee cheong fun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur most welcome kak... selamat mencuba :)

      Delete
  3. Menarik dan menyelerakan nampak sambal tuh..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.