RESEPI : Chee Cheong Fun (Chinese Rice Roll) - Tunsha Ayunie Punya Belog

November 17, 2015

RESEPI : Chee Cheong Fun (Chinese Rice Roll)

images

Apa itu Chee Cheong Fun?? haaaa ni kalau translate kat media, chee cheong bermaksud usus babi, fun pulak bermaksud mee !Dah makanan ni jenis makanan ruji kaum depa, mungkin highlight sikit babi tu kot... puasss aku belek nama lain bagi Chee Cheong Fun ni tapi menemui jalan buntu... aku tanya Is yang berdarah Cina ni pun dia tak tahu... lagi best laki aku ni... mak dia Cina tapi dia sendiri tak reti sangat bahasa Cina... hahaha... 

Ok ok... maksud lain bagi Chee Cheong Fun ni adalah "Gulungan Berinti". 

Aku makan benda alah ni 6 tahun lepas semasa join mama hi-tea.. tapi inti dia bukanlah usus babi... inti dia sengkuang.. udang kering.... yadayada... so dah sah sah ler halal... aku kemainlah mencari resepi ni 6 tahun lalu tanpa tahu apa nama sebenarnya.. lastly semalam aku baru jumpa... sedihnya... 6 tahun tuuuu :(

So sesiapa nak try... bolehlah.. benda ni sedap... boleh buat sendiri... makan banyak2... resepi cedok dari blog Kjee..

RESEPI CHEE CHEONG FUN
Bahan-bahan (Mee) :-
  • 100 gms tepung beras
  • 20 gms tepung ubi
  • 365 ml air
  • secubit garam
Caranya :- 
Campurkan semua bahan dan perap. Panaskan pengukus, sediakan loyang. Griskan dengan sedikit minyak. Ambil satu senduk adunan dan ratakan ke dalam loyang. Kukus hingga masak. Selepas itu masukkan inti dan gulung menggunakan spatula.

Bahan-bahan (Inti) :-
  • 1 mangkuk sengkuang didadu kecil (basuh dan toskan sampai kering)
  • 2 sudu besar udang kering (dicuci, keringkan dan tumbuk)
  • 1 labu bawang besar didadu kecil
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap pekat (kicap biasa pun boleh)
  • 1 sudu kecil cili flakes (boleh ambik cili kering, kisar kering)
  • daun bawang - dihiris halus
  • minyak
Cara-caranya :-
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga wangi. Masukkan chili flakes dan udang kering yang ditumbuk. Goreng garing.
  • Kemudian letakkan sengkuang, kicap & sos tiram serta daun bawang. Masak hingga kering. Ketepikan.
Bahan-bahan (Sos) :-
  • 6 sudu kicap cair
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air panas
  • 1 sudu kecil minyak bijan
Cara-caranya :-
  • Campur kicap cair, air panas dan gula. Biarkan gula larut dan letakkan minyak bijan. Taburkan atas gulungan yang dibalut tadi.
Aku tak pernah cuba lagi... nanti balik Rawang nak try... apa2 aku update ye... see you !

7 comments:

  1. Masalah dia kat nak kukus mee tu satu satu je..hahahaha...sama la macam nak buat laksam..huihh! mencabar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa bab kukus mee tu yang leceh.... nak makan kejapppp je ! haha

      Delete
  2. tak pernah makan lagi.. ala2 popia kan ? cuma dia lembut kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah... ala2 popia... ehh tak sangat... macam laksam kot.... tapi hakakkk rasa kulit dia more rasa kuew tiaw gittew..

      Delete
  3. MENARIK WLUPUN BILA TRANSLATE BUNYI NYE MENAKUTKAN HAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha aku pun terkejut beb.... masa nak up entri ni pun fikir banyak kali.... apa nama aku nak letak..... tapi memang sedap !

      Delete
  4. Chee Cheong Fun maksudnya mee usus babi, tetapi ia tidak berbuat dari usus babi, cuma rupanya nmpk sprt usus babi, tapi biasanya Cina tempatan suka panggil nama ringkasnya Cheong Fun sebab ada Cina Muslim yang tidak makan babi. Ada juga mee yang dinama Lou Shun Fun yang bermaksud mee tikus sebab rupanya yang seperti ekor tikus.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.