Resepi - Ayam Bawang Putih Simple

cats
Hakikatnya bila pepagi camni mulalah perut kebuluran... aku sejak kawin & tinggal dengan in law memang asyik skip breakfast je... entahlah... rumah ni bukan macam rumah mama, serba serbi ada.... yela... mama kan suka masak diluar kotak lauk biasa... so bahan2 serba serbi lengkap.... 

Berbeza dengan rumah in law, hanya masak lauk yang tipikal... oven takde... bila nak masak je barang2 akan dibeli... memang kontra laa... apapun, mom in law baik, dia yang banyak support aku dengan suami sementara kami jadi golongan asnaf ni..

So, sebab aku memang teringin nak makan something yang ada bawang putih.. aku terjumpa resepi yang superb simple kacang goreng ni...

RESEPI AYAM BAWANG PUTIH YANG SIMPLE
Bahan-bahan:-
  • 1 1/2 pound ayam tanpa tulang - dipotong dadu (ikut saiz nak makan)
  • 1/4 cawan butter
  • 6 ulas bawang putih dicincang
  • 2 cawan serbuk roti
Cara-caranya:-
  • Panaskan oven 190'c.
  • Dalam pan, cairkan butter/marjerin dan tumis bawang putih. Ketepikan.
  • Ayam dicelup dalam campuran butter tadi dan celup dalam serbuk roti.. aturkan ayam dalam dulang dan bakar lebih kurang 20-30minit atau hingga masak.
Korang nak goreng pun takde masalah pun... kita yang buat dia kan... pandai2 laaa alter... nak tambah spice lain pun silakan... nah ambikkkk... subuh2 hakakk dah taip resepi....

Cheers,

Resepi - Ayam Bawang Putih Simple Resepi - Ayam Bawang Putih Simple Reviewed by Tunsha Ayunie on November 20, 2015 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.