Google Idol | Kenali Siapa "Lucy Australopithecus, Si Gadis Purba".. - Tunsha Ayunie Punya Belog

November 26, 2015

Google Idol | Kenali Siapa "Lucy Australopithecus, Si Gadis Purba"..

1a

24 November 2015 baru2 ni, sesiapa yang bukak google bolehlah nampak doodle seperti yang diatas ni kan?? aku memang suka taip info segala mak nenek doodle from Google ni cuma itu hari tak sempat... penat letih macam ular sawa gara2 makan terlalu banyak kat Rawang... Sooooo
         back. to. basic.


Dikenali sebagai Lucy Australopithecus, ditemui pada 41 tahun  yang lalu, di Hadar, Lembah Awash, Depresi Afar, Eethiopia, oleh Donald Carl Johanson.. "LUCY" dalam bahasa Ethiopia bererti "dinqines" yang membawa maksud "Menakjubkan" dan nama ini digunakan terhadap fosil manusia purba.. 'Lucy' adalah koleksi fosil tulang yang terdiri dari golongan Australopithecus.. Australopithecus adalah seekor hominid. (boleh google).. haha... jangan tak tahu, mat salleh kata inilah asal nenek moyang kita.... weeeeeeeeeeeee

5 Fakta Tentang Lucy Australopithecus
  • (1) Dinamakan sempena tajuk lagu nyanyian The Beatles, 'Lucy in the Sky with Diamonds'.
  • Selepas penemuan itu, Donald Johanson selaku ahli paleontologi memainkan kaset The Beatles, ketika itu mereka sedang menyanyikan lagu "Lucy in the Sky with Diamonds" dan satu kumpulan telah memberi cadangan untuk menamakan rangka tersebut sebagai "Lucy".
  • (2) Lucy Berjalan Tegak
  • Salah satu perkara menarik tentang Lucy, ahli saintis mendapati dari lengkungan tulang belakang dan struktur lutut, dia menghabiskan masanya dengan berjalan menggunakan dua kaki saja.
  • (3) Tiada Siapa Tahu Bagaimana Dia Mati
  • (4) Lucy masih tinggal di Ethiopia, Tempat Dia Ditemui
  • Rangkanya tersembunyi dari orang ramai dengan cara meletakkan di Muzium yang dibina khas di Ethiopia Addis Ababa.
  • (5) Bertubuh Pendek
  • Australopithecus mungkin jenis berjalan tegak seperti manusia tetapi mereka lebih pendek dari manusia normal.
lucy
Sebelum timbulnya Google Doodle ni, aku dah melayan cerita Lucy 2014... memula aku ingat cerita seram... rupanya cerita tentang Lucy Australopithecus ni laa... genre adalah Sains Fiksyen... best jugak... boleh lahhh kalau korang nak layan tapi dia takdelah cerita pasal exactly mana datang si Lucy ni...

Moga bermanfaat ye... berpeluh hakakkk nak translate cerita pasal "nenek moyang" kita ni...

2 comments:

  1. cite lucy tu pacal lucy yang ni ke
    camne lain aje jalan cite
    tapi suka tengok cite tu...cam lain dari yang lain

    by the way, tiap kali datang sini
    mesti ada aje lain...selalu header aje
    ni almost semua tukar ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, cerita pasal Lucy yang nih laa tapi tak lengkap cerita tu sebab takde siapa tahu pun kisah Lucy yang sebenarnye...

      boring sangat kak asyik cat sama je.... sekali sekala renovate je semua sekali... haha

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.