Google Icon | Hedy Lamarr Hedwig

1

Cantik doodle kat Google harini lebih2 bila korang tekan play... mesti ada yang tertanya siapalah watak perempuan ni kan.. retissss ke dia??Google memberi penghormatan kepada Hedy Lamarr pada tanggal ulangtahun beliau yang ke-101.. 

Hedwig Eva Maria Kiesler, atau dikenali sebagai Hedy Lamarr (9 November 1914 - 19 Januari 2000) adalah seorang pelakon filem Austria dan Amerika juga seorang pencipta.. Beliau berketurunan Yahudi, anak kepada seorang pegawai bank dan pemain piano..

Lamarr muncul di pelbagai filem popular termasuk Algiers (1938) bersama Charles Boyer, I take This Woman (1940) bersama Spencer Tracy, Comrade X (1940) bersama Clark Gable, Come Live With Me (1941) bersama James Stewart, HM Pulham,ESQ (1941) bersama Robert Young, & juga Samson & Delilah (1949) bersama Victor Mature. 



Salah satu peranan/watak pertama beliau adalah di Republik Filem Ecstacy (1933)..  Filem ini diharamkan di kebanyakkan tempat disebabkan Lamarr telah dikreditkan sebagai pemangku orgasme wanita pertama yang ditunjukkan dalam filem bukan lucah.. Akibat dari kontroversi tersebut, dia melarikan diri bersama suaminya secara diam-diam ke Paris..

Di sana, beliau bertemu dengan MGM, pengurus kepada Louis B.Mayer, yang menawarkannya kontrak filem di Hollywood, seterusnya menjadikan beliau bintang filem dari tahun 1930an hingga 1950an.

With husband, John Loder.

Sepanjang perkahwinan pertamanya, Lamarr melibatkan diri dalam Sains Penggunaan, sejurus kemudian dia menggunakan ilmu sains yang dia ada untuk menjadi seorang pencipta.. Beliau bosan dengan kerjaya lakonannya.

Beliau prihatin terhadap kumpulan Nazi dan latihan mereka dalam jamming di radio, pada Perang Dunia Kedua.. Dengan menggunakan minatnya dalam Sains, dia dan komposer Georde Antheil, mencipta peranti "komunikasi rahsia" .. Tentera laut Amerika Syarikat mula menggunakan peranti ini pada tahun 1960-an.

Dia mencipta Komunikasi Tanpa Wayar semasa Perang Dunia Kedua dan kita masih menggunakannya di dalam Wi-Fi & Bluetooth.

Rest in Peace - Hedy Lamarr

Lamarr meninggal dunia di Casselberry, Florida, pada 19 Januari 2000, ketika berumur 85 tahun akibat serangan jantung.

Fuhh.... no wonder Google memberi penghormatan pada dia... rupanya ada jasa dia terhadap kita2 ni...rest in peace, dear Hedy.

Google Icon | Hedy Lamarr Hedwig Google Icon | Hedy Lamarr Hedwig Reviewed by Tunsha Ayunie on November 09, 2015 Rating: 5

1 comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.