Google Icon | Adolphe Sax - Monolog Aku Cuma Di Kiri

November 06, 2015

Google Icon | Adolphe Sax

google

Google Icon hari ini meraikan kelahiran Adolphe Sax yang ke-201.. aiksss ... Siapa Adolphe Sax ni??

Antoine-Joseph "Adolphe" Sax (November 06,1814 - Februari 07,1894) adalah seorang pencipta dari Belgium dan pemuzik yang mencipta Saksofon. Dia bermain seruling dan klarinet.. Ciptaan beliau yang lain adalah saxotromba, saxhorn dan saxtuba.

saxo

Beliau dilahirkan pada 6 November 1817 di Dinant. Belgium, anak kepada pasangan Encik dan Puan Charles Joseph.. Walaupun nama pertamanya Antoine tapi beliau dipanggil Adolphe dari zaman kanak-kanak.. Ibubapanya juga adalah pereka instrument tersendiri dan membuat beberapa perubahan rekabentuk tanduk..

Adolphe mula membuat peralatan muzik sendiri pada usia yang masih muda dan pernah melibatkan diri dalam sebuah pertandingan yang melibatkan ciptaannya sendiri iaitu flutes dan klarinet pada umur 15 tahun.


Kehidupannya adalah sangat tragis.. berikut adalah perkara yang malang berlaku pada Adolphe tapi dia ni memang kuat semangat, mungkin.

  • Beliau pernah jatuh dari ketinggian tiga tingkat dan kepalanya terhentak di atas batu keras serta hampir tidak boleh berdiri. Dianggap telah mati.
  • Beliau pernah minum semangkutk penuh air yang berisi vitriolized dan menelan pil.
  • Beliau membakar dirinya dengan serbuk letupan.
  • Beliau jatuh kedalam kuali panas dan sebahagian tubuhnya terbakar.
  • Beliau hampir mati akibat keracunan dan lemas di dalam bilik tidur sendiri.
  • Beliau dipukul di kepala dengan baru.
  • Beliau jatuh ke dalam sungai dan dijumpai hasil pertemuan kulit giginya.
Keluarganya menyifatkan Adolphe sebagai bernasib malang dan dia tidak akan hidup, malah jiran-jirannya juga menyifatkan Adolphe sebagai "hantu".



Setelah meninggalkan sekolah, beliau mula membuat eksperimen dengan reka bentuk instrument baru, manakala ibubapanya terus membuat instrument konvensional untuk mencari rezeki. Ciptaan pertama Adolphe yang meningkatkan namanya adalah reka bentuk bass klarinet, pada usia 24 tahun.

Sax mengalami kanser bibir antara tahun 1853 ke 1858 tetapi sempat dipulihkan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1894 di Paris dan dikebumikan di Avenue de Montebello.

Fuhh... kesian jugak dengan Adolphe ni kan... tapi dalam pada kejadian psiko yang menimpa, dia adalah icon dunia kerana mencipta Saxofon... tetiba teringat arwahyarham Tan Sri P.Ramlee.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.