Cara Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris & Isteri Mendidik Anak - Tunsha Ayunie Punya Belog

November 18, 2015

Cara Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris & Isteri Mendidik Anak

image

Kagum aku dengan Dato' Aliff Shukri lakibini nih.... depa ni humble kemain... betapa aku respectnya insan seperti Dato' Shukri sebab beliau dan isteri tidak mewahkan anak2.... sanggup ajar anak bersusah2 dulu.... bila kita belajar susah, kita akan lebih menghargai kehidupan... mungkin ramai dah tahu kehidupan beliau dulu macam mana...

ehh baru aku tahu Dato' Aliff Shukri ni anak kepada pengasas produk Sendayu Tinggi... ibunya juga tidak mewahkan anak2... 

Inilah cara Dato Terlajak Larissss kita dan isterinya mendidik anak2 mereka :-
  • Beliau dan isteri tidak pernah memberi gadget kepada anak2.. jadual anak2 mereka hanya penuh dengan masa untuk belajar Bahasa Cina, Inggeris, & mengaji.. Masa yang terluang akan digunakan bersama keluarga.
  • Anak2 mereka hanya dibenarkan menonton TV pada hari Sabtu selama 2 jam je.
  • Setiapkali makan di rumah, mereka akan makan bersama di lantai berbentangkan tikar je.. meja hanya syarat je letak kat rumah... (kekadang digunakan prop untuk orang berlakon).
  • Dato' Aliff Shukri kalau pergi kerja, dia bawak bekal... Anak2 pun dididik supaya bawak bekal.. Isteri atau beliau sendiri yang masak.. Dato' Aliff Shukri jugak percaya air tangan seorang isteri & ibu adalah yang terbaik...
  • Anak2 sekolah swasta, tetapi beliau hanya memberi belanja RM2 je itupun untuk beli aiskrim/apa2.. Makbapak sekarang?? koman2 pun RM10 sehari bagi anak2 belanja...
  • Nak beli mainan pun kat kedai 5 hengget je...
  • Beliau akan membawa anak2nya ke rumah anak2 yatim 2 bulan sekali untuk anak2nya tidur disana dan merasai kehidupan susah senang anak2 yatim yang kehilangan ibubapa..
  • Dato' Aliff Shukri juga mendidik anaknya supaya tahu betapa susahnya mencari duit...  beliau percaya, anak2 yang berkualiti datangnya dari didikan ibubapa.. Datin pula percaya bahawa anak2 ada kelebihan dan kekurangan... jadi mereka tidak memilih kasih...
Satu hari nanti jika ditakdirkan aku ada anak... pun aku akan ajar anak bersusah2 dulu... aku dah rasa susahnya hidup (walaupun sebelum kahwin aku merasa mewah).... Bukannya aku nak anak2 rasa apa aku rasa, tapi tetap point yang sama, aku nak mereka lebih menghargai kehidupan, insyaAllah.

3 comments:

  1. dato ni memang cara hidup dia sederhana sangt2.pakaian dia kat rumah pun biasa je..tapi rumah mak aih..tengok drama Tuan anas mikael tu..itu lah rumah dia..besar dan cantik..

    ReplyDelete
  2. Setakat ni pernah bawa pergi umah anak yatim... Insha Allah.. Akan datang akan diperluaskan lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.