November 29, 2015

Bila Suamiku Berjaga Kerana Aku Jatuh Katil...

sick bed
Aku rasa adalah 2-3 kali aku update yang aku jatuh katil dalam blog ni... hahahaha... even dulu masa single pun sama... sampai dah berlaku pun gitu jugak perangai... tak tahulah kenapa... mabuk ubat sangat... kot??

Malam tadi sekali lagi aku jatuh... sedar2 aku jerit & nangis sebab fistula aku terhimpit... nasib baik takde apa yang berlaku... takut jugak vibrato kat fistula ni mati... karang tak pasal doktor tanam tiub kat leher @ dada aku... hmmm tak sanggup.... trauma !

So lepas dia dodoikan aku sampai terlelap... aku tido... sebelum tu aku nampak laa dia vape-on sambil main game henpon.... mata aku dah layu... sekali aku bangun... dia masih berjaga... aku tanya kenapa dia tak tido... dia cakap risau aku jatuh katil lagi...

Allahu... aku tak pernah bayangkan seorang Adam yang mencintai aku selepas ayahandaku...

Tapi pagi tadi masa dia nak ke toilet, dia pulak jatuh tergolek... emmm husband aku memang susah sikit nak bangun berdiri... kaki kiri tak kuat... rusuk problem... tulang blakang patah... entah semangat apa yang bagi dia kekuatan aku tak tahulah... berdebar jantung aku bila dia jatuh tadi...

RISAU !! 

--- alhamdulillah Allah swt masih kurniakan kekuatan padanya, dia masih KUAT !

❝.. Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang 
melainkan dengan kesanggupannya... ❞
==
(Surah Al-Baqarah, Ayat 286)

3 comments:

  1. Tuhan tu maha pemurah Sha..walaupun Sha diuji dengan sakit,tp Dia hantar seorang lelaki yang baik sebagai teman.macam Sal ni, sihat walafiat pun, malam tidur peluk bantal je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakSal... Kebaikannya mungkin sebab kami serupa... Suami Sha pun sakit... hampir lumpuh satu badan.... orang jelik, pelik je tengok suami Sha sebab dia jalan mendada (sebab tulang belakang dah bengkok)... Takpe KakSal.. insyaAllah, Allah akan bagi jugak... tidak kat dunia, kat akhirat comfirm ada...

      Kitaran hidup kita kan berbeza... at least Kak Sal boleh travel sana sini.... Sha dengan suami asyik travel kat HOSPITAL je... hahahahhaa

      Delete
  2. haha..nasib katil tak tinggi..try ltk katil dkt dinding confirm xjatuh..hihi..kalau sha..yang jatuh cuma patung nya..:)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.