Warkah Buat Nenda-Nendaku... - Monolog Aku Cuma Di Kiri

October 12, 2015

Warkah Buat Nenda-Nendaku...

Betapa terasanya aku hari ini... aku dah tak ada nenek, at both side, mama dan abah...

-----

Masa maktok meninggalkan dunia ini, aku masih tak rasa apapun sebab maktok bukanlah nenek yang rapat dengan aku.... Tapi dia agak caring tentang cucu-cunya especially, aku.. sebab aku sakit... Saki baki hidupnya... asyik call aku bertanya khabar... respon aku? BOLAYAN.

Agaknya sebab tu aku rasa ralat, untuk kali KEDUA.


10365854 10201557407497324 6862450766136715667 n

Opah...
Tanggal 2006 - Sebelum jangka hayat Opah berakhir.. Opah terbakar... azab dunia dari muda sehingga tua yang Opah harungi memang maha hebat.. Opah ingat dah tutup dapur gas, tapi api tak tutup rapat dan gas bocor.. Lepas tu Opah nak masak, Opah bukak api dah terjadilah kebakaran itu.. Pakcik Zaki kata Opah tak meronta sakit, mungkin Opah terkejut,,. dah masuk ICU baru nampak Opah sakit... Sedih tengok keadaan Opah... Fiqa tak percaya yang terbaring itu adalah Opah....

Beberapa hari sebelum Opah pergi, Fiqa ada kempen kat Sungai Congkak.. Opah tak bagi Fiqa pergi... Fiqa iyekan je... Tapi Fiqa pergi jugak... 3 hari selama di Sungai Congkak, Fiqa asyik ingat Opah je... Bila balik dari kem, Fiqa penat.. mama ajak tengok Opah senja tu.. Fiqa cakap esok je... Sebelum solat Maghrib, abah call cakap Opah dah tenat... Gugup hati Fiqa masa tu.. berharap tiada apa berlaku...

Seusai solat maghrib, abah call lagi... cakap Opah dah takde.... Fiqa kelu.... Tak percaya rasanya Opah dah takde... Fiqa tak menangis... Pakcik Zaki bawa kami 3 beradik (Lia di hospital) .. ke hospital... dalam perjalanan Fiqa masih berharap Opah bernafas.... Tapi harapan tu meleset bila tengok Opah hanya terbaring ditutupi kain putih :( Maafkan Fiqa ya Opah, Fiqa tak sempat peluk cium Opah kali terakhir... gambar menunjukkan betapa sayangnya Fiqa pada Opah pun, takde... ralatnya Ya Rabbi....


12088165 10203683260962332 5327954032914370375 n

Maktok,
Tanggal  2015 (10/10/2015 - 10.50PM) - Maktok hembuskan nafas yang terakhir... Sebelum itu, hampir 3 tahun maktok berperang dengan sakit... Condition Maktok on off.. Maktok sihat dan sakit kembali... Semasa Maktok sakit, tak ada perasaan risau langsung dalam diri Fiq... bagi Fiq sakit Maktok adalah normal..

Hari berganti hari, Maktok semakin tak kuat... Nak jalan pun tak larat... Padahal raya tempohari nampak Maktok sihat dan muka gembira... Mungkin Maktok happy sebab tengok Fiq kan?? Hampir 1 tahun lebih Maktok tak jumpa Fiq lepas Fiq kawin.... tapi Maktok rajin call... cuma Fiq tak appreciate kasih sayang Maktok, Fiq nampak Maktok call tapi acapkali Fiq tak jawab... sebab Maktok selalu tanya perkara sama... Fiq bosan :(

Malam tu mama cakap Maktok dah tenat...  Fiq masih tenang, sebab Fiq anggap biasalah orang tua... ada time nampak weak... tapi sangkaan itu meleset.. Mama call lagi, cakap Maktok dah takde... Fiq masih tenang... tak rasa apapun.... berdosanya Fiq....  Fiq tengok Maktok dah terbaring kaku... masih Fiq tenang sehinggalah pagi semalam (11/10/2015), Fiq cium Maktok sebelum dimandi & dikafankan.. Ya Allah.. bercucuran airmata Fiq.. baru terbayang betapa sehingga akhir nafas pun yang Fiq tak pedulikan Maktok :(

-
-
-
-

Opah & Maktok,
Maafkan cucu kalian.... Yang sentiasa bersikap pentingkan diri sendiri... Semoga kalian bahagia di syurga Allah Azza Wajalla.. Demi Allah, aku menyayangi kalian........ Damailah kalian di-SANA..

Innalillahi wainna ilaihi rojiun ~

1 comment:

  1. Al-fatihah..Moga Nenda sya tenang di sana..salam takziah dari akak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.