October 27, 2015

Tabiat Ini Yang Sukar Dihakis~


Assalamualaikum wbt...

Selamat pagi wahai Selasa... semoga hari ini lebih baik dari semalam... semalam adalah hari yang panas dan gelap bagi aku walaupun hujan sangat lebat... hari yang paling membuatkan aku jadi seorang isteri durhaka... entah hantu apa berpeleseran dalam hati aku tak tahu... ingat Tuhan jauh sekali....

Dari pagi semalam aku moody atas hal yang kecil2... sampai kemalam aku tidak menegur Is... aku mogok lapar... aku tak minum... aku tak makan... hanya berperap dalam bilik... Is pujuk tapi aku buat tak endah... malah meninggikan suara... berdosanya aku... 

Baran Is naik jugak laaa lepas tu.... nak elak terpukul aku, pintu jadi mangsa... alhamdulillah Is memang akan jadikan pintu sebagai mangsa bila dia baran... salah aku jugak... dipujuk2... EGO... bongkak sangat... kalau laki lain, dah chiow lah... MUNGKIN...

Malam tadi sebab aku bingit.... aku pukul diri sendiri... aku tumbuk perut sendiri... Is tenangkan aku... aku perasan jugak dia baca ayat kursi untuk tenangkan aku... entah kenapa aku jadi tak tentu arah semalam... masa dia nak tenangkan aku, dengan dia2 sekali aku pukul... aduhai... berdosa sangat aku ni... maafkan aku suami :(

Lepas tu ajak aku pergi makan, sebelum tido kami bermaafan... itulah kami pun.... gaduh lah seharian macam-mana pun... takkan jangkau hari2.... sebab sebelum tido, kami akan bermaafan... moga tabiat keanak-anakan aku ni akan terhakis jugak suatu masa nanti.... terima kasih suami kerana bersabar dalam 3 tahun perkahwinan ini...

3 comments:

  1. banyak bersabar dalam perkahwinan ni .... ego mmg kena letak tepi ....

    ReplyDelete
  2. Sabar yer Sha, jangan marah2. Tapi bagus la sentiasa bermaafan...

    ReplyDelete
  3. dalam rumahtangga ni kena ada kompromi
    tak boleh dedua ego
    semoga berbahagia hingga akhir hayat ye

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.