Sinopsis Filem | Paranormal Activity 5 : The Ghost Dimension

091220101478

SINOPSIS PARANORMAL ACTIVITY 5 : THE GHOST DIMENSION | Mengisahkan tentang Ryan Fleege (Chris J.Murray), isterinya Emily (Brit Shaw) dan anak perempuan mereka Leila (Ivy George) yang berusia 7 tahun sedang membuat persediaan untuk menyambut Krismas di rumah baru mereka.. 

Semasa sedang sibuk mengemas rumah baru mereka, Ryan menemui sebuah kamera video lama yang diketahuinya mampu merakam penampakan aneh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.. Sepanjang Ryan membuat rakaman, anaknya Leila mula berkelakuan pelik dan sentiasa bercakap seorang diri seolah dia mempunyai rakan khayalan...

Kejadian lebih menakutkan apabila pasangan ini terpaksa berlawan dengan kuasa jahat dari alam ghaib... Apakah akan jadi seterusnya?? Jom layan »»» [OFFICIAL TRAILER] Paranormal Activity 5: The Ghost Dimension «««

Aku follow cerita Paranormal Activity ni dari 1st episode lagi... paling best adik aku kencing aku kaw2... dia kata cerita ni kisah benar... konon2 orang jumpa tape rakaman ni then dijadikan movie... hahahhaa... punyalah aku percaya.... slow sangat akak depa ni...


Sinopsis Filem | Paranormal Activity 5 : The Ghost Dimension Sinopsis Filem | Paranormal Activity 5 : The Ghost Dimension Reviewed by Tunsha Ayunie on October 27, 2015 Rating: 5

3 comments

  1. terima kaseh je la... cerita ni mesti banyak part terkejot2... lemah jantong!

    ReplyDelete
  2. Wah, Sha peminat citer hantu yer...

    ReplyDelete
  3. tak penah tengok pun cite
    tau2 dah ada episod banyak
    Blair witch project penah tengok? tu memang buat akak senak jantung

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.