October 19, 2015

RESEPI SANDWICH ASIAN TROPICAL TUNA

RESEPI SANDWICH ASIAN TROPICAL TUNA - Masa aku treatment kat Selayang , inilah rupa sandwich yang aku suka makan.. Nak tahu harga dia?? RM4.50 kooooo.. oklah... Zaman tu abah kasi duit belanja setiapkali treatment... abah bagi RM10 so aku beli je laaa... hahaha... tak merasa sangat payahnya nak cari duit.... hidup mewah sungguh aku dulu.... dah kahwin ni baru merasa betapa susahnya hidup... sobs...


------------ kk ni cerita pasal sandwich.

So sebab aku dah pindah Ampang dan tak jumpa lagi sandwich feveret aku ni, maka alternatif paling nyata adalah buat sendiri. Aku pernah buat dah entri pasal sandwich ni tapi entri tu ntah hape2 macam budak tak sekolah so aku buat je laa entri baru... So aku nak share in case korang nak buat breakfast kan....


RESEPI SANDWICH ASIAN TROPICAL TUNA


Bahan-bahannya :-
Roti putih (aku guna Hi5) lembut je..
Tuna in chunk (Tuna dalam air)
Mayonis
Garam
Chili flakes / Serbuk cili - nak guna dedua pun boleh
Bawang merah (potong dadu)
Serbuk bawang putih
Timun
Salad
**salad bahagi dua, satu bahagian cincang, satu bahagian biar je selai2 gitu

Cara-caranya :-
Campur semua bahan kecuali timun & salad yang dibiarkan selai2 tu. Kemudian timun dan salad susun kat atas roti, sapu inti yang korang buat tadi.

MasyaAllah... senangnya... apa lagi?? makannnn..... hidangkan secawan nescafe... burpppp alhamdulillah....

3 comments:

  1. dalam banyak-banyak benda...sandwich jugak la yg maha mudah dan sedap..kahkah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaa kan Sally... tutup mata pun boleh buat.... senang kemain ~

      Delete
    2. Hahaha...Sally ingat resepi yang lain...x perasan plak nama dia! kekeke

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.