Menikmati Hari Yang Tidak Sihat ~



Jerebu sekarang memang cepat membuatkan orang sakit dan tidak sihat termasuklah demam dan sebagainya... Ianya adalah memang hari yang paling tak best bagi korang, actually aku jugak.. Bila sakit ni memang tak ada mood langsung kan?? Rasa nak mengamuk dah macam perangai apa dah... Seolah korang bukan diri korang.. wuahhahahaha

Sebenarnya hari yang tidak sihat ni adalah peluang yang terbaik untuk korang relax dan focus pada kesihatan dan badan korang sendiri... forget others. ceyyy...
.
.
.
.
So apa yang korang perlu buat dihari yang berpenyakit sangat ni??




MEDITASI - Wahhh dah macam nama kumpulan rockers 90an... kah ! Ok serius.... meditasi adalah sejenis latihan praktikal untuk buat korang lebih relaks.. contohnya, yoga... ada cakap yoga tu haram... just because cara duduk ala2 buddha gittew... Heyyy open up ur mind k?? Yoga boleh menenangkan korang... well... if korang ada option lain untuk bermeditasi pun, ok je .. ianya juga untuk melatih diri kita untuk lebih positif ketika sakit.

Korang mungkin boleh buat macam ni :-
  • Tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan fikiran.
  • Dengar lagu2 yang tenang...
  • Hayati tubuh korang if ada part yang korang tak selesa... just imagine korang ada di zon selesa.

KETAWA - Ketawa boleh mengurangkan tekanan yang korang hadapi ketika sakit.. Ianya jugak meningkatkan sistem imune dalam badan korang.
  • Layan cerita-cerita kelakar.
  • Baca buku ke komik ke yang boleh menghiburkan korang.
BERCAKAP DENGAN ORANG TERSAYANG - Ni kalau zaman bercinta ni... demam boleh terus baik kalau dah cakap telefon dengan orang tersayang... hahhaha benda ni betul kan?? mungkin korang boleh call mak korang atau bergosip dengan kawan baik korang?? Ianya meningkatkan tahan oxytocin dan membantu korang untuk cepat sembuh,

BUAT PERKARA YANG KORANG SUKA - Masak ke.. kemas rumah ke... karoke bagai nak gila je... apa saja.... Ini membantu korang untuk melupakan kesakitan dan menaikkan mood korang menjadi lebih baik.

LAKUKAN SENAMAN RINGAN - Tapi jangan lakukan jika korang ada masalah jantung atau sakit2 dada.. its not good.. ia akan menjadikan korang bertambah teruk tapi lakukan sedikit senaman ringan andai korang mampu.



Selain daripada point yang aku bagi kat atas... apa yang korang perlu lakukan untuk improve condition korang adalah dengan :-
  • Cukupkan rehat.
  • Nikmati saat korang mandi, jangan nak cepat je.
  • Makan sesuatu especially karbohidrat.
  • Minum air kosong lebih.
  • Dedahkan diri dengan cahaya matahari.
Fuhhh gigih nak habiskan entri panjang sambil kejar masa nak ke hospital.. moga bermanfaat ya... kbai ~

Menikmati Hari Yang Tidak Sihat ~ Menikmati Hari Yang Tidak Sihat ~ Reviewed by Tunsha Ayunie on October 20, 2015 Rating: 5

3 comments

  1. Salam singgah!

    Akak pula bila tak sihat nampak katil aje. Kalau boleh nak landing atas katil aje. Bukan senang nak berehat. Ni time-time jerebu ni memang lagilah senang nak sakit. Hari ni pun tekak dah mula gatal, dah mula batuk. Mintanya janganlah sampai sakit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab singgah.. waalaikumusalam wbt ~ hah !

      Memang time jerebu ni berbaring jee laaa kisahnya... Time sakit je laaa dapat rehat pun kak.... auni nih dah tak reti nak rehat dah sebab hari2 dok sakit.... muahahahhaa !!

      mudah2an kak... jauhkanlah akak MD dari diserang penyakit... ameen....

      Delete
  2. akk suka bercakap dgn org tersayang tu. mmg boleh release stress/

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.